Sunday, October 12, 2014

BN : NAK TAMBAH PENDAPATAN NEGARA MUDAH JER... KENAKAN CUKAI PADA RAKYAT... SETEL...

MUHAMMAD FAIZAL


KU‎ALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Bajet 2015 yang diumumkan kerajaan sebagai bajet menindas rakyat.

Beliau berkata, penindasan yang dilakukan terhadap rakyat kerana kerajaan sehingga sekarang masih gagal mencari sumber baru selain mengambil cukai dari rakyat.

"Sumber pendapatan tetap sama iaitu dari cukai rakyat, syarikat dan juga sumber petroleum.

"Ia bukan sahaja tidak baik untuk negara ini tetapi turut membebankan rakyat, bukan sekadar cukai tetapi kebergantungan kepada petroleum memungkin subsidi bakal ditarik balik," jelasnya.

Menurut beliau lagi, ketandusan idea mencari sumber baru sebagai pendapatan negara turut membuktikan Barisan Nasional (BN) gagal menjadi kerajaan yang efisen.

Ketika ditanya mengenai petrol RON95 dan diesel yng tidak dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)‎, katanya itu membuktikan ketidakadilan yng berlaku terhadap rakyat.

"Bagi cukai GST walaupun terdapat sejumlah barangan yang tidak dikenakan GST tetapi msih wujud ketidakadilan berterusan terhadap rakyat.

"Petrol RON95 dan diesel tidak dikenakan cukai dan ia turut memberi peluang kepada golongan kaya untuk menikmatinya.

"Jadi apa keistimewaan dan pengecualian terhadap rakyat yang di bawah dalam GST, penarikan subsidi dikatakan ada golongan kaya pakai dan ini sama seperti GST," sambung beliau lagi.

Ketua Penerangan PAS Pusat itu turut berpendapat pelaksanaan GST tidak memberi kebaikan untuk orang miskin juga dilihat tidak adil untuk rakyat.

No comments:

Post a Comment