Wednesday, October 1, 2014

MINYAK 2O SEN : DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA ...

Minyak naik : Apa makna 'Di sini Lahirnya Sebuah Cinta'

 

Tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikkan harga petrol dan diesel secara mendadak mulai hari ini adalah suatu yang amat dikesali dan mengecewakan.

"Suatu tindakan tidak bertanggungjawab di saat rakyat bersiap untuk merayakan Aidil Adha," ujar Pengerusi Lajnah Pekerja Dan Pengguna PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir dalam satu kenyataan.

Katanya, kerajaan BN makin tidak prihatin kepada rakyat yang sedang menghadapi tekanan ekonomi yang memeritkan.

Sesungguhnya, ujar beliau kenaikan harga bahan api beberapa bulan sebelum perlaksanaan GST sudah pasti akan mempercepatkan lagi kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

"Kenaikan terbaru ini menggambarkan betapa rakusnya kerajaan Barisan Nasional dan tidak mempedulikan nasib rakyat jelata yang semakin tertekan," katanya lagi.

Menurutnya, pengorbanan dan kesabaran rakyat langsung tidak dihargai dan dipandang sepi oleh pentadbiran Najib-Mahyuddin.

Beliau menambah, rakyat sedang dipermain dan diperlecehkan oleh kerajaan yang sarat bermain slogan dan teriakan kosong.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apa maknanya slogan '1Malaysia' dan 'Di sini Lahirnya Sebuah Cinta' yang menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan negara apabila rakyat hidup dicengkam derita.

"Cukup cukuplah wahai pemerintah yang diamanahkan oleh rakyat daripada mengambil mudah, mempermainkan, dan memperlecehkan rakyat jelata," ujarnya. 

No comments:

Post a Comment