KUALA LUMPUR: PAS Perak telah menjangkakan sejak awal lagi bahawasa Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Rakyat adalah bersifat mengelirukan rakyat.
"Ibarat 'beri secupak ambil balik segantang' atau 'beri RM1 dan ambil semula RM100' daripada seluruh rakyat," kata Pesuruhjayanya, Razman Zakaria.
Beliau berpandangan, rakyat mungkin dikhayalkan dengan pemberian yang tidak seberapa berbanding kenaikan yang berlaku termasuklah harga minyak yang dinaikkan sebanyak 20 sen.
Menurutnya, rakyat akan merasai keperitan dengan kenaikan kos kehidupan seharian kesan daripada kenaikan harga minyak dan menjelang perlaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun hadapan.
Beliau berkata, ia sudah pasti akan memberi impak yang besar terhadap inflasi ekonomi negara secara keseluruhan.
"Bajet yang dibentang itu juga turut mengelirukan dan mengaburkan mata golongan tertentu termasuklah belia, nelayan serta golongan berpendapatan rendah yang kurang kesedaran politik dan perkembangan semasa," ujarnya lagi.
Justeru, kata beliau seluruh rakyat perlu membuat pengiraan secara logik tentang peningkat drastik yang bakal berlaku pada tahun 2015 yang dijangka sangat mencabar.
Sebagai contoh, ujarnya pekebun getah dan sawit perlu membuat kiraan tentang kehilangan pendapatan akibat daripada penurunan harga komoditi getah dan sawit di mana tiada langkah yang serius oleh kerajaan terhadap permintaan rakyat untuk menetapkan harga lantai RM4/kg berbanding masa ini.
Menurutnya lagi, golongan usahawan khususnya kecil-kecilan perlu mencongak apa yang akan berlaku pasca kenaikan harga minyak serta perlaksanaan cukai GST yang akan menyebabkan modal mereka meningkat dan secara tidak langsung untung semakin berkurang.
Katanya, GST memberi kesan langsung terhadap kenaikan harga barang sebanyak 6% yang ditanggung oleh pengguna.
"Kami sangat mengharapkan agar kekayaan negara daripada pelbagai sumber yang dianugerahkan oleh Allah ini dapat diurus dengan bijak bagi memberi impak yang lebih besar seterusnya nikmatnya diperoleh oleh seluruh rakyat," ujarny
No comments:
Post a Comment