Thursday, July 3, 2014

UMNO KEDAH : KAMI IKHLAS ??? HAKHH TUIH...

DEWAN ULAMA PAS NEGERI KEDAH
KENYATAAN MEDIA
1. Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Dato' Dr Mashitah Ibrahim diingatkan agar menghentikan tuduhan ekstrem beliau terhadap institusi pondok yang dibangunkan atas keprihatinan tuan guru dan rakyat untuk menyuburkan ilmu Islam.
2. Kenyataannya mengaitkan pondok sebagai tempat menyebarkan fahaman esktremis merupakan satu tuduhan melulu dan menunjukkan prejudis melampau beliau. Malah, tuduhan dangkal itu seolah-olah menafikan jasa tuan-tuan guru dalam menyampaikan Islam serta keupayaan pasukan keselamatan negara dalam memantau dan menangani aktiviti ekstremis di negara ini.
3. Adalah mustahil sekolah pondok yang sedia dimaklumi sering terhimpit oleh kekurangan dana dan wujud atas sumbangan rakyat boleh membiayai pergerakan bersenjata.
4. Mungkin kerana tidak senang dengan institusi pondok yang semakin berkembang hari ini dan mereka enggan bernaung di bawah YPPM, maka Dr Mashitah membuat gesaan untuk diadakan undang-undang khusus penubuhan sekolah pondok.
5. Sepatutnya sebagai Pengerusi YPPM beliau menggalakkan kewujudan lebih banyak pondok dan bukannya berprasangka bahawa setiap kewujudan itu bermotif negatif. Tetapi kenyataannya dilihat lebih kepada mahu menyekat penubuhan sekolah-sekolah pondok.

6. Soal penyebaran fahaman ekstremis adalah satu isu lain yang mesti ditangani pihak polis dan kita yakin mereka berkeupayaan memantau hal tersebut.
7. Jangan hanya kerana terdapat individu tertentu terlibat kegiatan negatif dan kebetulan dari sekolah pondok, maka Dr Mashitah secara gopoh dan melampau turut mengaitkan seluruh pondok dengan aktiviti berkenaan.
8. Jika demikian, bagaimana penyamun, perompak, penagih dadah dan individu-individu perosak negara termasuk penjenayah kolar putih yang merupakan lulusan sekolah atau universiti kerajaan? Adakah sekolah dan universiti itu yang disalahkan?
9. Begitu juga Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Mahathir yang kebelakangan ini kerap memasuki pondok-pondok. Apakah beliau sedang menaja kegiatan tertentu untuk kepentingan peribadi?
10. Bahkan, amat dikesali kerana kenyataan jahat Dr Mashitah itu menunjukkan beliau senada dengan stigma prejudis musuh-musuh Islam yang mensasarkan institusi Islam dan umat Islam dengan kegiatan keganasan.
11. Timbalan Mufti Negeri Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin telah menyebut tiada istilah militan atau pengganas ke atas orang Islam yang mempertahankan saudara Islamnya.
12. Oleh itu, kefahaman Mashitah terhadap jihad perlu diperbetulkan terlebih dahulu dan menilai sekolah pondok secara fakta, bukannya prejudis melampau sebagaimana kenyataan dikeluarkannya.

USTAZ AHMAD YAHAYA
Setiausaha

No comments:

Post a Comment