MH17 : Marah kan Rusia tapi macai demo bawa bendera Jerman.. Bodohnya dia...
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan persefahaman dicapai dengan kumpulan pemisah pro-Rusia di Ukraine untuk memulangkan jenazah mangsa nahas pesawat MH17 serta kotak hitamnya ke Malaysia.
Beliau memberitahu perjanjian dibuat dengan Alexander Borodai, yang mengakui dirinya sebagai perdana menteri yang mengetuai puak pemisah timur Ukraine di daerah Donetsk di mana MH17 terhempas.
Tetapi hari ini satu demo telah diadakan dihadapan Kedutaan Rusia oleh Pemuda UMNO dan PERKASA..
Kalau kita bandingkan kenyataan antara Pemuda UMNO dan PERKASA yang telah mengadakan demo di hadapan Kedutaan Rusia nampak PERKASA lebih bijak dari Pemuda UMNO..
Ni kenyataan Pemuda UMNO..
Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini menyerahkan memorandum kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kedutaan Rusia bagi mendesak pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dibawa ke muka pengadilan.
Naib Ketua Pemuda BN Khairul Azuan Harun berkata penyerahan kotak hitam dan jenazah mangsa tidak mencukupi, sebaliknya dalang insiden berkenaan juga mesti didakwa.
"Pemulangan dua kotak hitam dan jenazah mangsa tidak mencukupi, sebaliknya keadilan mesti ditegakkan dalam usaha kita mencari siapakah penjenayah sebenar.
"Kami minta tiada mana-mana negara melindungi penjenayah ini," katanya kepada pemberita bersama ratusan peserta yang membuat bantahan di hadapan Kedutaan Rusia hari ini.
Ini pula kenyataan PERKASA..
Perkasa Selangor pula berpandangan Ukraine perlu bertanggungjawab atas insiden serangan MH17 kerana ia berlaku di negara mereka.
Yang dipertuanya, Abu Bakar Yahya berkata selain itu, Rusia perlu mempertahankan diri tidak kira sama ada mereka di pihak yang benar atau pun tidak.
"Kita minta Ukraine bertanggungjawab atas kejatuhan kapal terbang yang ditembak di negara mereka dan Rusia harus mempertahankan dirinya sama ada mereka bersalah atau pun tidak kerana dikatakan senjata yang ditembak adalah buatan Rusia.
Kenyataan penuh sila baca di The Malaysian Insider
Maka tak hairanlah kalau Pemuda UMNO itu menjadi sasaran kutukan penyokong UMNO sendiri di laman Facebook Friends of Barisan Nasional..
Antaranya...
Kesian... buat demo pun kena kutuk dengan penyokong sendiri...
Cuma yang aku hairan ialah apa kena mengena Jerman dengan insiden MH17 ini?.. Bukannya apa.. aku tertanya-tanya sebab ada antara macai yang sertai demo tu bawak bendera Jerman bukannya Rusia..
Kat bawah ni gambar bendera Rusia..
Kah.. kah.. kah.. marah kat Rusia tapi bawak bendera Jerman.. Bodohnya dia...
No comments:
Post a Comment