Wednesday, July 23, 2014

APCO : INGATKAN KUAT, RUPANYA LARI SELERAK ...

Gaza : Israel sahkan seorang tenteranya hilang dan 28 dah mampus...


SELAMA ini, seluruh penduduk dunia disogokkan dengan berita Zionis menggempur dan membedil penduduk Gaza yang kini memasuki hari ke-13.

Sepanjang tempoh itu juga rejim Zionis diketuai Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu seolah-olah meraikan kemenangan mereka dan tersenyum melihat darah dan kematian penduduk Gaza yang tidak berdosa.

Lebih 500 kematian sudah tercatat dan daripada jumlah itu, 80 adalah kanak-kanak seawal usia lapan bulan.

Bagaimana pula dengan perihal kematian atau kecederaan dialami oleh askar Zionis sejak hari pertama hingga kini?

Segala butiran itu, disembunyikan media Barat dan Pasukan Pertahanan Israel (IDF).

Tujuannya adalah untuk menggambarkan mereka mampu melawan tentera Hamas dari Briged Ezzudeen al-Qassam, Briged Syuhada Al-Aqsa, Briged Abu Ali Mustoffa dan Briged Saraya Al-Quds.

Hakikatnya, segala pendedahan itu adalah salah! Selama ini, tentera Israel penakut dan pengecut.


Mereka hanya berani menyerang penduduk Gaza melalui serangan udara dan apabila tiba misi menggempur di darat antara satu lawan satu Israel lari bertempiaran.

Bukan itu sahaja mereka juga bertempiaran lari bila dibaling batu oleh penduduk di sebuah perkampungan di Genting Gaza.

Segala kelemahan tentera Zionis kini sudah tersebar di laman video You Tube dan rangkaian media sosial, namun IDF berterusan menafikan situasi itu.

Israel minta bantuan Rusia

Ketika seluruh dunia tertumpu kepada nahas MH14, Netanyahu mengeluarkan kenyataan bahawa Israel telah mendapatkan bantuan luar untuk menentang kemaraan tentera Palestin.

Bantuan luar yang dimaksudkan sekali gus memecahkan rahsia Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin apabila beliau bertindak berdiam diri tentang insiden MH17.

Putin dikatakan tidak berminat untuk menyelesaikan masalah MH17 dan lebih menumpukan perhatian kepada pergolakan di Gaza.

Beliau juga memberi alasan terlalu sibuk dengan krisis Gaza berbanding MH17 dengan menyifatkan pergolakan di Gaza sebagai bencana perang yang perlu dihentikan segera.

Bagaimanapun, beliau terjerat apabila mendedahkan ada menerima panggilan Netanyahu selepas pemimpin itu meminta bantuan.

Putin juga dalam satu kenyataan di portal RT berkata, Netanyahu mengaku tidak mampu berhadapan dengan tentera Hamas sekiranya serangan darat akan dilancarkan.

Putin mendakwa Netanyahu meminta bantuan ketenteraan dan aset pertahanan selain meminta negara dunia lain untuk menggesa Hamas menghentikan serangan.

Helah Zionis didedah

Selama ini, Israel banyak menuduh Hamas yang menggunakan perisai manusia terdiri daripada kanak-kanak dan golongan wanita dalam pertempuran ini.


Mereka mendakwa, Briged al-Qassam sengaja meletakkan kanak-kanak dan wanita di masjid dan kawasan tumpuan bedilan namun tindakan itu dilakukan oleh mereka sendiri ketika cuba memasuki sebuah perkampungan di Nitufut dan Ashdod.

Dalam paparan video yang tersebar, rejim ini juga dilihat lari apabila dibaling batu oleh penduduk tempatan sedangkan mereka bersenjata lengkap dengan AK47 dan bom tangan. Lucu dan pelik.

Ada juga paparan memperlihatkan dua anggota Zionis gagal memanjat tembok hanya setinggi kira-kira empat meter.

Ternyata mereka bukan tentera yang hebat kerana mereka kebanyakan direkrut dari negara luar.

Ia terbukti apabila semalam, Israel mendedahkan menerima 100 remaja Britain untuk bersama-sama berhadapan dengan serangan Hamas.

13 askar Zionis terbunuh

Media mendedahkan sepanjang tempoh 13 hari serangan hanya 13 askar Zionis dilaporkan terbunuh namun jumlah itu lebih dari yang dilaporkan.

Portal Media, Al-Arabiya dan Islamic Turkey Organisation mendedahkan, puluhan tentera Zionis maut dan mayat mereka disembunyikan termasuk ratusan juga dilaporkan cedera.

Jurucakap sayap Hamas dari Briged al-Qasam melaporkan kumpulan mujahidin itu dapat menahan beberapa askar Israel dalam pertempuran kelmarin di bandar Gaza.

Bercakap di stesen televisyen Hamas Abu Ubaida berkata: “Tentera Israel, Shaul Aaron kini dalam tangan Briged al-Qassam,” katanya.

Wartawan AFP pula melaporkan, sejurus berita itu tersebar, penduduk Palestin bersorak di Ramallah dan Hebron.

Mereka melepaskan beberapa tembakan udara sebagai simbolik kemenangan kepada al-Qassam.

Difahamkan, tentera Israel itu ditahan 24 jam sebelumnya semasa satu serbuan ke atas musuh di daerah Tuffah di pinggir sebelah timur Gaza.

Pada 2006, Hamas juga pernah menculik seorang askar Israel, Gilad Shalit dan pada 2011 tahanan itu dibebaskan sebagai pertukaran kepada lebih daripada 1,027 tahanan Palestin.

Penculikan askar ini penting buat Hamas kerana ia bakal digunakan sebagai ‘alat pertukaran’ untuk tahanan penduduk Palestin di penjara Tel Aviv.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri menyifatkan penculikan Shaul Aaron adalah satu kemenangan besar dan satu bentuk cara membalas dendam terhadap pejuang yang syahid.

“Sepanjang 13 hari ini, puluhan askar Zionis maut dan cedera. Angka itu tidak didedahkan kerana mereka tidak mahu imej IDF yang dilengkapi dengan senjata dan roket canggih tercalar, “Katanya dalam satu temu bual di satu stesen televisyen tempatan.

Isarel sangkal dakwaan Hamas

Israel menafikan ada tenteranya ditawan al-Qassam di Gaza semasa pertempuran di Shejaiya, kelmarin.

“Tidak ada tentera Israel ditawan dan khabar angin itu tidak betul,” kata Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa Bersatu, Ron Prosor kepada wartawan di New York.

Media di Israel juga melaporkan penafian yang sama daripada sumber berbeza.

The Times of Israel melaporkan, IDF dengan tegas menepis dakwaan Hamas, Haaretz pula memetik sumber IDF yang mengatakan dakwaan Hamas itu meragukan dan kemungkinan Hamas menawan tenteranya adalah tipis.

Jurucakap tentera Israel sebelum itu memberitahu media bahawa IDF sedang menyiasat dakwaan Hamas bahawa ia sudah menahan seorang tentera rejim Zionis itu lapor Sinar Harian


Manakala media negara haram Yahudi Times of Israel mendedahkan hingga kini 28 orang tenteranya dah mampus..


Jumlah terkini yang Syahid di Gaza pula..


Al Fatihah buat semua yang syahid....

No comments:

Post a Comment