Lain cakap, lain bikin, itulah Datuk Anifah Aman, Menteri Luar Malaysia. Dia telah berbohong kepada rakyat Malaysia yang kononnya pihak berkuasa New Zealand telah menawarkan "alternatif" untuk membawa pulang seorang diplomat Malaysia yang dituduh terbabit dalam kes serangan seksual sebelum 30 Mei lalu.
Anifah berkata tawaran alternatif untuk membawa Rizalman pulang dibuat oleh pegawai dari polis New Zealand dan Timbalan Ketua Protokol Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan semasa bermesyuarat dengan pegawai Malaysia pada 12 Mei. Baca di sini
Anifah Aman nampak beriya-iya sangat mahu berlaku adil kepada mangsa serangan seksual itu dengan memerikan jaminan bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang niat untuk menutup kes Rizalman yang dituduh terlibat dalam kes tersebut di New Zealand.Lihat kapsyen diatas.Beritanya ada di sini
Adalah amat memalukan sekali. Anifah ni temberang cukup kuat! Celaka punya menteri. Buat malu Malaysia satu dunia!
Terdapat laporan beserta dokumen (gambar atas) menyangkal dakwaan Anifah itu.Dokumen itu juga menunjukkan bahawa Malaysia juga meminta pertuduhan terhadap Muhammad Rizalman Ismail – memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol – digugurkan. | ||
Posted: 30 Jun 2014 09:20 PM PDT
Perdana Menteri New Zealand kesal bahawa kakitangan diplomatik di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington itu telah dibenarkan meninggalkan negara itu.
Beliau mendesak dia dikembalikan bagi menghadapi tuduhan di sana.
The Herald pada hari Ahad lepas melaporkan bahawa mereka mempunyai bukti yang mencukupi untuk mengaitkan diplomat itu dengan serangan dengan niat untuk rogol.
Tetapi reaksi Anifah terhadap desakan tersebut sangat memalukan negara.
Apakah Anifah ingat rakyat New Zealand belum bertamadun lagi? Anifah ingat perangai mereka macam sesetengah orang Malaysia yang gila mahu pancung kepala orang atau kepala lembu?
Anifah, yang dijadual mengadakan sidang akhbar mengenai isu itu hari ini, berkata diplomat itu akan kembali ke Wellington hanya jika dia telah diberi jaminan perbicaraan yang adil dan yang nyawanya tidak berada dalam bahaya di sana.
|
Tuesday, July 1, 2014
PM KITA: MENTERI PUN KAKI KENCING....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment