Thursday, July 17, 2014

KALAU ADA PROJEK, MESTI ADA SEBAB ....

Semoga projek bina Kapal Perang ini bukan untuk jadikan adik beradik pemimpin UMNO kaya raya hendakNya..


Pada tahun 1995, kerajaan telah mengswastakan Naval Dockyard di Lumut, Perak dan kontrak kerja-kerja pengendalian tersebut diberikan kepada PSCI Industries Bhd (PSCI) dengan pembayaran upah sebanyak RM300 Juta.

Adik beradik pemimpin UMNO mempunyai kepentingan terbesar di dalam kontrak ini dan projek tersebut kemudiannya dinamakan sebagai PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd.

Dalam tahun 1997 pula, PSC-Naval Dockyard dianugerahkan kontrak untuk membina 27 buah kapal-kapal perang untuk kegunaan TLDM dengan nilai berjumlah RM24 bilion.

Suatu projek yang amat besar sekali, buat pertama kali diberikan kepada sebuah syarikat swasta untuk dikendalikannya.

Pada pertengahan tahun 2007, hanya 2 daripada 27 buah kapal perang telah siap dipasang dan diserahkan kepada TLDM.

Akan tetapi kedua-dua buah kapal perang tersebut gagal dalam semua siri ujian kelayakan bagi membolehkannya untuk beroperasi.

Terdapat lebih daripada 298 jenis aduan teknikal mengenai ketidakberkesanan ke atas kedua-dua buah kapal perang tersebut, di mana ianya juga merangkumi di antara 100 dan 383 jenis peralatan yang tidak lengkap dan ada kalanya langsung tidak ada.

Itu projek yang terbukti sebagai projek mengkayakan adik beradik pemimpin UMNO..

Terbaru satu lagi projek pembinaan 6 buah Kapal Perang untuk TLDM berkonsepkan Littoral Combat Ship (LCS) bernilai RM9Billion telah ditandatangani..

Baca ni..

1. Impian Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk menyaksikan kapal perang berkonsepkan Littoral Combat Ship (LCS) sudah hampir menjadi kenyataan apabila kontrak pembinaan kapal itu ditandatangani pada bulan ini.

2. Kontrak bernilai RM9 bilion itu ditandatangani antara TLDM dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.

3. Mengikut kontrak tersebut, Boustead perlu merekabentuk dan membina kapal perang LCS sebanyak enam buah kepada TLDM.

4. Walaupun butiran kontrak masih lagi misteri, saya menjangkakan kapal pertama akan dibina pada tahun ini dan dijangka siap sekitar tahun 2018.

5. Tempoh pembinaan dan penghantaran keenam-enam buah kapal akan mengambil masa lebih kurang 10 tahun (perghh lama gila)

6. Jika mengikut butiran awal, TLDM telah pun memilih rekabentuk konsep baru yang diperkenalkan Peranchis iaitu Gowind.

7. Kapal perang Gowind ini apabila memasuki perkhidmatan TLDM akan menjadi kapal perang terbaik dalam kelasnya dan mampu menandingi keupayaan kapal jenis Delta milik Singapura.

8. Ini disebabkan Gowind direka untuk menandingi kapal-kapal perang lebih besar dan canggih milik kuasa-kuasa besar yang menunjukkan minat mereka terhadap rantau ini.

9. Dengan berat sehingga 3,000 tan, keupayaan frigate kelas Gowind ini sudah menandingi mana-mana kapal milik negara jiran tertangga seperti Indonesia-Sigma (1,692 tan), Singapura-Delta (3,200 tan).

10.Berbanding dengan saiz negara yang berkeluasan 329,847 kilometer persegi (darat) dan kawasan maritim sepanjang 2,607 kilometer, ternyata kemasukkan enam buah kapal perang ini akan menjadikan Malaysia sebagai kuasa maritim yang disegani.

11.Sehingga sekarang TLDM mempunyai empat buah kapal frigate dalam perkhidmatannya iaitu dari Kelas Lekiu (dua buah) dan Kelas Kasturi (dua buah).

12.Saya tidak mempunyai butiran secara terperinci pemindahan teknologi yang diperolehi oleh Boustead selain dari pembinaan sebahagian daripada kapal-kapal perang tersebut akan dibuat di limbungan Boustead di Lumut.

Sepenuhnya silalah baca di SINI

Apa yang kita boleh harapkan ialah semoga projek ini tidak mengulangi sejarah yang lalu dimana kapal tak dapat.. Adik beradik pemimpin UMNO yang kaya raya...

No comments:

Post a Comment