Tuesday, July 15, 2014

BLOGGER KEDAH : KAMI KEBULOQ, MB BELA ORANG DIA SAJA ...


Sudah lebih setahun PR macam tak aktif di Kedah. Kejayaan Umno-BN rampas Kedah dari tangan PR pada PRU-13 lalu bagaikan buah mati kepada PR sehinggakan tidak keterlaluan kalau dikatakan, PR seperti tidak lagi aktif di Kedah.

PAS yang jadi kepala PR di Kedah pun nampak sudah tidak begitu menyengat selepas kematian Ustaz Azizan. Perpecahan di kalangan pemimpin PAS, memudahkan Mukhriz Mahathir untuk mengaut segala projek di negeri itu untuk kroni-kroninya.

Bila Mukhriz Mahathir umumkan rancangan membina lapangan terbang antarabangsa di Kulim, yang paling kuat bersorak adalah macai-macai dan pengampu-pengampunya. Manakala yang paling kuat telan air liur pula adalah konco-konconya yang berproksikan orang-orang di sekeliling Mukhriz.

Berbeza dengan pentadbiran Ustaz Azizan dulu, walaupun Mukhriz Mahathir nampak macam bodoh dan bahlol, tetapi orang-orang di sekelilingnya cukup kuat melantak dan menyebat. Mereka mengata-ngata Ustaz Azizan kononnya semasa hidup, Ustaz Azizan bagi orang-orangnya macam-macam projek yang gagal, tetapi Mukhriz Mahathir pun apa kurangnya.

Tengok sahaja Kedah sekarang. Apa yang ada di Kedah? Apa yang lebih baik Kedah di bawah Mukhriz berbanding di bawah Allahyarham Azizan selain daripada pengumuman demi pengumuman projek dan ampu serta bodek dari segenap peringkat sehinggalah sampai ke peringkat Blogger?

Beberapa bulan sebelum PRU-13 lalu, antara blog/portal paling berkesan yang bekerja untuk UMNO dan BN adalah KEDAHAN69ERS.COM. Pelbagai pendedahan yang majoritinya adalah fitnah yang tidak boleh dinafikan oleh PR, telah dibuat oleh blog itu. Ironinya blog/portal inilah juga yang banyak menjadi sasaran blogger-blogger macai pro-UMNO Kedah yang lain kerana banyak isu yang dibangkitkan jauh lebih berkesan, terutama sekali difahamkan, portal tersebut turut digerakkan dengan pendekatan gerak dan perang saraf ala-PAS seperti kempen peribadi dari rumah ke rumah, bahkan berkampung dari surau ke surau, dari masjid ke masjid dengan tumpuan di Selatan Kedah. Pendekatan yang lebih ekstrim seperti itu tidak pernah dibuat oleh mana-mana blog atau portal pro-BN atau UMNO lain.

Hasilnya, Kedah Selatan tumbang dan tumbangnya Kedah Selatan, bermakna tumbanglah pemerintahan PR di Kedah.

Kini, menurut maklumat, pemilik portal tersebut tidak lagi berminat dan enggan menghidupkan portalnya kerana kebanyakan blogger dan macai UMNO Kedah kebulur serta kuat berhasad dengki.

Vacuum yang ditinggalkan oleh KEDAHAN69ERS.COM masih tidak boleh diisi oleh macai-macai UMNO sedia ada. Macai-macai UMNO sekarang terdiri daripada budak-budak hingusan yang perasan pandai, mempunyai blog atau portal yang tidak laku dan tidak berpengunjung tetapi berlagak besar kepala serta kuat bermegah.



Kesempatan ini perlu direbut sebaik-baiknya oleh blog/portal pro-PR di Kedah. Susun semula semua gerak kerja. Perkemaskan dan tidak perlu melaporkan semua yang okay-okay tentang PR seperti yang dilakukan oleh macai-macai UMNO Kedah sekarang, pasti Kedah dapat direbut semula. Gunakan kesempatan sifat tamak, haloba, bodoh, sombong dan berlagak macai-macai UMNO Kedah sekarang untuk mengajar mereka bahawa yang mereka bangga-banggakan sekarang, bukanlah hasil kerja mereka pun.

Lagipun memang tanggungjawab kita untuk mendedahkan betapa busuk dan teruknya pentadbiran Mukhriz di Kedah yang dikelilingi oleh golongan tamak haloba dan sentiasa lapar.

No comments:

Post a Comment