Tuesday, July 15, 2014

EXCO UMNO KEDAH : DIA KALUT DAHHH ....

Benarkah ada EXCO KEDAH kalut bila ada pendedahan dalam isu agihan projek untuk kontraktor kroni..!!??

oleh Mummy Rokiah

SIAPA CEMAR SIAPA? CUBAAN MENCEMAR EXCO ATAU EXCO TELAH MENCEMAR AMANAH RAKYAT?

Memang hampir tepatlah pendapat ramai rakan atas pagar yang mengatakan "orang UMNO" kalau dengar sahaja projek Kerajaan tak ubah seperti kucing lapar ikan. Teliurnya menitik sehingga ke dagu. Perebutan projek Kerajaan sesama orang UMNO sendiri sudah lumrah ianya ibarat perebutan sebiji bola oleh 22 pemain dalam gelanggang Piala Dunia.

Di dalam perebutan projek sesama sendiri ini ada yang menggunakan kaedah tikam belakang, tikam depan, tikam rusuk kanan, tikam rusuk kiri, das kaki kanan, das kaki kiri, lompat tikam dan berbagai lagi malah yang lebih memalukan ada yang sanggup menarik londeh seluar sesama kawan. Apa juga cara diguna pakai untuk mencapai matlamat.

Semuanya hanya berpunca dari saling kejar mengejar projek-projek kerajaan baik yang kecil mahupun yang mega. Baik yang sekenit mahu pun yang gajah. Baik projek jangka pendek mahupun projek jangka panjang. 


Matlamat akhir kesemuanya ini adalah sebagai mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk menabur wang ketika bertarung dalam pemiilihan UMNO yang akan datang. Mereka percaya dengan wang itu kelak mereka mudah menyogok perwakilan dan membeli kuasa. Dengan wang mereka kekal berkuasa sebagai Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat (itu pun kalau mereka menang pilihanraya).

Blog ini yang menjadi mata, telinga dan suara rakyat cuba menyuarakan rungutan kontraktor kecil yang periuk nasi mereka sedang dipasirkan maka ada pula penulis yang cuba membela dan konon ada cubaan mencemar imej exco.

Jika diteliti tulisan di atas ianya amat jelas lagi bersuluh telah membuktikan ada perebutan projek di antara sesama sendiri di dalam UMNO hari ini. ADUN dan Ahli Parlimen tidak ngam kerana berebut projek. Peruntukan projek Ahli Parlimen pun hendak digagau oleh ADUN. 

Kemelut ini berlaku hampir di majoriti di kawasan atau bahagian di dalam negeri kedah di mana Wakil Rakyat tidak memegang jawatan Ketua Bahagian. Sehinggakan Pegawai Daerah di daerah tersebut pusing kepala. 

Terdapat juga punca ini berlaku akibat dari desakan kuncu-kuncu dan opportunis yang dulu telah melabur ribuan ringgit dengan memenangkan Si Polan bin Si Polan sebagai Ketua Bahagian dan hari ini mereka menagih kembali hutang mereka yang mereka rasa patut dibayar balik.

Persoalannya bagaimana kah kesudahan semua episod ini? Ke mana kah hala tuju politik BN dan UMNO di Kedah hari ini? Di mana slogan rasuah sifar seperti yang dilaungkan MB, Mukhriz Tun Mahathir? Sedar kah mereka? mereka baru sahaja celik menjadi pemerintah kini sudah nampak belang apabila berlaku perebutan projek kerana mahu cepat kaya.

Bagaimana perasaan rakyat yang memilih mereka dahulu? Akan kekalkah rakyat menyokong BN/ UMNO jika begini lah kelaku dan perangai yang jelas penuh keserakahan.

Memang tepat seperti kata pepatah Melayu “Mati semut kerana gula” dan “Mati UMNO Kerana Harta”. 

"Harta Yang Ada Sekangkang Kera, Menjadi Rebutan Bagai Nak Gila, Kelak Tergadai Hilang Kuasa, Mata Terbeliak Lari Cempera. Jangan Dok Cari Salah Siapa, Kerana Diri Ampunya Angkara"

No comments:

Post a Comment