Tuesday, July 8, 2014

MENTERI KITA : KAMI YANG BAWAK, SEBAB TU DIA BLEH MASUK MELESIA ...

MLM Skim Cepat Kaya Zhang Jian yang diharamkan KPDNKK juga guna menteri umno tarik pelabur

MLM Skim Cepat Kaya Zhang Jian Haram - KPDNKK


Antara bahan yang digunakan Zhang Jian untuk mempromosi syarikat MLM miliknya yang menjalankan kegiatan skim cepat kaya.
KUALA LUMPUR: Syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang dikendalikan individu dikenali sebagai Zhang Jian dipercayai menjalankan operasi skim cepat kaya secara haram.

Pemeriksaan mendapati, peserta skim itu hanya perlu melabur sebanyak RM300 dan dijamin memperoleh pendapatan antara RM2,700 hingga RM6,800 sebulan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, syarikat itu didapati tidak berdaftar mengikut Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.

Beliau berkata, kementerian memandang serius terhadap pelanggaran undang-undang dan peraturan yang dilakukan syarikat berkenaan.
"Syarikat yang ingin menjalankan perniagaan jualan langsung perlu terlebih dahulu mendapatkan kelulusan kementerian untuk memastikan aktiviti yang dijalankan adalah telus serta tidak menjurus kepada skim piramid yang merugikan pengguna.

"Siasatan sedang dijalankan ke atas syarikat ini di bawah Seksyen 27 (b) Skim Anti Piramid dan sebuah syarikat jualan langsung tempatan di bawah Seksyen 6(4) Pelanggaran Syarat Lesen mengikut  Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993," katanya pada sidang media khas di sini, Isnin.

Beliau mengulas mengenai skim cepat kaya yang diiklankan di internet melibatkan Zhang Jian yang mendakwa dirinya sebagai 'Bakal Orang Terkaya Di Dunia' menerusi papan iklan gergasi di Pulau Pinang.

Tambah Alias, berdasarkan siasatan awal, syarikat itu menawarkan pembelian pakej terpilih yang dijanjikan mampu menjana pulangan tinggi tanpa perlu menjual sebarang produk atau perkhidmatan.

"Malah peserta skim ini juga digalakkan mencari peserta bawahan bagi meningkatkan pulangan pendapatan," katanya.

Ditanya mengenai siasatan, Alias berkata, dua kertas siasatan dibuka terhadap syarikat milik warga China itu dan kaitannya dengan sebuah syarikat tempatan sejak 7 Februari lalu.

Bagaimanapun katanya, syarikat tempatan itu berdaftar di bawah Akta Jualan Langsung.

"Kita sedang menyiasat dan mendapatkan bukti sebelum diserahkan hasil siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurut Alias, bagi kesalahan kali pertama di bawah Seksyen 27(b), hukuman akan dikenakan adalah denda tidak kurang daripada RM500,000 dan tidak lebih RM5 juta atau kedua-duanya.

"Bagi kesalahan di bawah Seksyen 6(4), hukuman adalah pembatalan lesen jualan langsung," katanya.

No comments:

Post a Comment