Wednesday, July 2, 2014

MACAI UMNO/BN : MCA SAJA NAK CARI PASAI ...

Berbeza dengan Umno, MCA sokong kajian UMcedel

OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Naib Presiden MCA Senator Datuk Dr Hou Kok Chung mempertahankan kredibiliti Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam menjalankan kajiannya mengenai politik tempatan secara akademik.

Hou berkata, hasil kajian UMcedel memberikan sudut pandangan yang menyegarkan walaupun adakalanya nampak seolah-olah memihak kepada satu pihak.

Katanya, semua pihak boleh menerima bulat-bulat hasil kaji selidik UMcedel sebagai kajian akademik dan perlu dihujahkan secara akademik, pada masa sama mereka boleh menilainya sebagai input penting bagi memperkukuh kedudukan dan pengaruh politik mereka terhadap rakyat.

"Apa yang perlu dielakkan ialah tuduhan tidak berasas terhadap Redzuan serta hasil kajian UMcedel.

"Kita perlu matang dan mengambil sikap 'bersetuju untuk tidak bersetuju' berhubung hasil kajian UMcedel.

"Secara peribadi, saya mendapati banyak hasil kajian UMcedel adalah berani, telus dan boleh membantu semua pihak yang bersedia mendalaminya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yakin pihak universiti akan membuat penilaian yang objektif dan profesional tentang kedudukan Redzuan sebagai pengarah UMcedel.

"Saya amat mengenali beliau sebagai rakan sejawat sejak zaman saya sebagai ahli akademik di UM sehingga ke hari ini.

"Sepanjang mengenalinya dan berkawan dengannya, saya mendapati beliau amat objektif dan sangat jelas tentang tanggungjawabnya di UM dan UMcedel," katanya.

Katanya, pengetahuan mendalam Redzuan mengenai senario politik menerusi kajian akademik UMcedel meletakkan beliau antara yang cukup masak dengan situasi politik sehingga ke peringkat akar umbi.

Beliau berkata, kajian yang dijalankan pula menggunakan kaedah kajian yang sesuai dan tepat dalam menghasilkan maklumat politik yang benar.

"Keseluruhan proses yang bermula daripada penyediaan kertas soal selidik hingga pengumpulan maklumat; dan akhirnya menganalis dan menjana hasil kajian, dilakukan secara akademik, dan juga saintifik," katanya.

Pengasas Umcedel itu dilaporkan meletakkan jawatan ekoran campur tangan pihak luar yang mengarahkan pentadbiran UM supaya berbuat demikian.

Jawatan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) yang disandangnya selama dua penggal juga tidak disambung walaupun dicalonkan semula melalui sistem undian elektronik oleh kakitangan akademik fakulti.

Pengarah UMcedel kini digantikan dengan Dr Amir Saifude Ghazali manakala jawatan dekan fakulti diserahkan kepada timbalannya Prof Dr Md Sidin Ahmad.

Bagaimanapun, Naib Cancelor UM Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin semalam menafikan wujudnya tekanan politik daripada Kementerian Pendidikan yang mengarahkan supaya jawatan Redzuan digugurkan.

Sebaliknya, keputusan itu mengambil kira kepentingan universiti memandangkan Redzuan akan bersara tahun depan dan mahu penggantinya menyesuaikan diri dengan kedudukan yang disandang beliau selama ini.

Mengenai pelantikan dekan, Amin menjelaskan proses itu merupakan amalan pemilihan biasa selepas tempoh khidmat mereka berakhir 30 Jun 2014.

Bermula dengan permohonan daripada staf akademik, pengundian oleh kakitangan fakulti, kemudiannya ke peringkat temuduga dihadapan panel yang dilantik dan diketuai oleh naib canselor sendiri.

Subseksyen 24 (4) Perlembagaan UM turut menyatakan, naib canselor hendaklah melantik seorang dekan/pengarah daripada tiga calon disenarai pendek yang menerima markah tertinggi.

Redzuan merupakan seorang daripada tiga calon yang disenarai pendek, selain Md Sidin dan Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah.

Isu ini turut mempengaruhi bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang mengumumkan peletakan jawatannya sebagai felo penyelidik kanan UM atas alasan prinsip kebebasan akademik dan solidariti

No comments:

Post a Comment