" Takut Rugi Di Dunia. Menteri Ini Seolah-Olah Tidak Mahu Rakyat Memboikot Barangan Israel. Sedih Sungguh "
Ketahuilah oleh kamu wahai KJ, rezeki bukannya datang dari manusia, rezeki datangnya dari Allah. Itu mutlak jangan disanggah, jangan kerana takutkan rugi dunia kamu sanggup bersekongkol untuk tidak memboikot barangan Yahudi.
Kamu ingat Nestle begitu bodoh sekali nak mengaku mereka menyokong Israel secara terang-terangan ??. Kamu menteri jangan bercakap hanya ikut logik akal sahaja sebaiknya fikir dahulu sebelum berkata-kata kerana segala ucapanmu diperhatikan oleh rakyat.
Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.
Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tindakan memboikot itu boleh menyebabkan pekerja di kilang-kilang yang memproses di Malaysia kehilangan pekerjaan.
"Boikot produk sangat susah. Kalau kita nak boikot produk Israel, kita tak tahu produk itu datang dari Israel ke atau datang dari mana.
"Sebagai contoh, ada yang kata boikot produk-produk Nestle. Produk Nestle yang dijual di Malaysia ini dibuat di kilang Nestle di Rembau. Kalau kita boikot Nestle, ramai pekerja di sana kehilangan pekerjaan di kawasan saya," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Exco Pemuda Umno di sini, hari ini.
Menurutnya, keputusan memboikot barangan itu boleh dilaksanakan sekiranya syarikat tersebut jelas menyokong Israel.
"Jadi, kita kena fikir betul-betul. Kalau boikot sesetengah produk, yang rasa kesannya bukan Israel tapi orang kita, pekerja kita, rakyat kita dan sebagainya.
"Kecuali jelas bahawa syarikat itu menyokong (Israel) dan tidak ada kena mengena dengan pekerja di sini dan sebagainya," katanya. Sumber : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment