Tuesday, July 8, 2014

BLOGGER UMNO DUNGU: KAMI TAK SUKA KALU PEMUDA UMNO BERBAIK DENGAN PAKATAN...



Selepas insiden wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat dihalang mengedar kurma di Bazar
Ramadan Bandar Kluang baru-baru ini, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang menjemput
kedua-dua wakil rakyat ini untuk hadir ke bazar.

DAP membawa kurma dan Pemuda UMNO dengan bubur lambuk.

Ketua Pemuda UMNO Kluang, Dato Khairul Anuar Beliau mengakui bazar Ramadhan adalah tempat awam seperti mana pasar awam dan pasar tani, tiada sesiapa yang sepatutnya dihalang untuk datang ke bazar.


Peristiwa menghalang dituduh PAS terhadap Pemuda UMNO:

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

1. Tiba-tiba Kluang menjadi 'panas' apabila Ahli Parlimen Kluang dan Adun Mengkibol telah dihalang oleh petugas Bazar Ramadhan di bandar Kluang untuk meneruskan pengedaran kurma kepada pengunjung bazar tersebut.

2. Tahun lalu, program mengedar kurma untuk berbuka puasa telah pun dijalankan oleh kami daripada Pusat Komuniti Pakatan Rakyat Kluang (KCC) dan telah pun membuat edaran di tempat yang sama dan beberapa bazar yang lain seperti di Taman Intan dan Taman Makmur dan penerimaan masyarakat sangat baik dan mendapat sambutan yang luar biasa (rujuk gambar lampiran).

3. Bazar Ramadhan di bandar Kluang pada tahun lalu dikendalikan sepenuhnya oleh Majls Perbandaran Kluang (MPK) dan berbeza dengan tahun-tahun terdahulu di mana ianya dikendalikan oleh UMNO Bahagian Kluang.

4. Tahun ini, bazar Ramadhan di bandar Kluang telah diserahkan kepada satu pertubuhan yang berkaitan dengan UMNO yang mana ia diperakui oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Kluang, Md Nor Halim Mohd Amin. Sebelum daripada ini, isu mengenai bazar Ramadhan telah disiarkan di dalam Sinar Harian tentang kos sewaan gerai yang meningkat mendadak.
http://www.sinarharian.com.my/pertikai-agihan-tapak-1.293506


5. Kerana apa bazar ini diserahkan kepada UMNO dan bukan lagi dikendalikan oleh MPK seperti tahun lalu tidak dapat dipastikan setakat ini sebabnya namun yang pastinya, keadaan adalah amat berbeza pada tahun lalu apabila tidak ada apa-apa halangan untuk kedua-dua wakil rakyat ini untuk turun bertemu masyarakat Kluang yang mengungjungi bazar Ramadhan.

6. Saya melahirkan rasa kesal dengan insiden yang berlalu di bazar Ramadhan ini kerana ia memperlihatkan ketidakmatangan pihak penganjur yang tidak memberikan ruang kepada wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat untuk mengedarkan kurma kepada pengunjung bazar. Jika wakil rakyat dilayan dengan sebegitu rupa, bagaimana pula mereka melayan rakyat biasa?

7. Apapun, kami akan teruskan aktiviti mengedarkan kurma ini dan tidak bimbang dengan apa jua ancaman yang dikenakan kepada kami dan para petugas daripada KCC.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil.
Yang Di Pertua PAS Kawasan Kluang.
3 Julai 2014


Ketua Pemuda UMNO Kluang menjawab:

ISU BAZAR RAMADHAN KLUANG

Bazar Ramadhan Kluang (BRK) adalah d bawah kelolaan Majlis Perbandaran Kluang (MPK). Pemuda UMNO Kluang BUKAN urusetia dan TIDAK terlibat dalam soal keselamatan BRK.

Kami dengan TEGAS mahu memaklumkan bahawa segala tindakan atau perlakuan petugas BRK TIDAK menggambarkan akhlak Pemuda UMNO Kluang, sebaliknya ia adalah d atas kapasiti induvidu.


Secara dasarnya, Pemuda UMNO Kluang KOMITED memperjuangkan isu berkaitan agama, bangsa dan negara (bukan hanya dalam isu bazar) serta menghargai sebarang usaha untuk keharmonian rakyat khususnya d bulan Ramadhan yang mulia ini.

Kami menyeru semua pihak untuk mempamerkan AKHLAK ISLAMIYAH dalam urusan kita sesama manusia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa mahupun ideologi politik.

'Salam Ramadhan'

Ketua,
Pergerakan Pemuda UMNO,
Bahagian Kluang,
Johor Darul Ta'zim.

No comments:

Post a Comment