Wednesday, July 23, 2014

MENTERI PENERANGA : YER KER ? AWAT AKU TAK TAU .. AKU APA PUN TAK TA U...

BOIKOT ASTRO DENGAN TIDAK MENJELASKAN BAYARAN BILNYA SETIAP BULAN KERANA SOKONGAN ASTRO KEPADA ZIONIS ISRAEL... ITU LEBIH BAIK!!!


Pada ketika umat Islam seluruh dunia sedang sakit hati dengan Zionis Israel, sebuah kelompok manusia yang emar merampas dan melakukan kekejaman serta penindasan ke atas masyarakat yang serba-serbi kekurangan, ASTRO yang dimiliki oleh Ananda Krishnan dan merupakan pemonopoli siaran televisyen kabel yang mengenakan bayaran sesuka hati, mengambil sikap MENENTANG KERAJAAN MALAYSIA, umat Islam di negara ini dan perjuangan rakyat Palestin.

ASTRO yang bersikap seperti maharaja di negara ini telah memutuskan untuk menyalurkan kewangan, bantuan serta dana kepada Zionis untuk terus membunuh rakyat Palestin menerusi perlantikan AMDOCS sebagai 'Subscriber Management System' syarikat media tersebut,

Selama ini, tiada sesiapa pun hatta Menteri Penerangan pun yang dapat menegur ASTRO. ASTRO tidak pernah terikat atau patuh kepada sesiapa pun, termasuklah kepada SKMM yang semakin nyenyak tidur dan hidup bergelumang dengan timbunan wang yang merupakan UFTI syarikat-syarikat telekomunikasi kepada SKMM.

Selama ni, ASTRO telah menerima pelbagai bentuk kecaman terutama perkhidmatannya yang sangat uzur pada waktu hujan. ASTRO kemudiannya menaikkan yuran dan pelanggan perlu membayar harga lebih kononnya sebagai penanggung kos perkhidmatan yang telah dipertingkatkan.

Bagaimanapun, perkhidmatan ASTRO tetap di takuk lama. Program-program yang disiarkan adalah program-program lapuk yang diulang-ulang siar berpuluh-puluh kali. Yang dipertingkatkan hanyalah bayaran bil oleh pelanggan.

Sekarang, pendedahan telah dibuat oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membabitkan kerjasama ASTRO dengan Zionis Israel.

Saranan agar memboikot ASTRO, tidak akan berkesan. Astro bergantung sepenuhnya kepada bayaran daripada pelanggan dan pengiklanan. Daripada boikot ASTRO dengan tidak menggunakan khidmatnya, lebih baik boikot bayar bilnya.

Apatah lagi, ASTRO tidak akan boleh membangkrapkan para pelanggannya kerana tahap hutang yang boleh membankrapkan adalah RM30,000.01, bukannya RM300!!!

Biarkan ASTRO dengan Zionisnya dan memusuhi umat Islam... lagipun Ananda Krishnan bukannya berada atau tinggal di Malaysia. Dia di London, sama seperti Robert Kuok yang menjadi orang terkaya di Malaysia, tetapi tinggal di Hong Kong dan China!!

MENTERI JAGA AGAMA : ORANG DAH CANTIK KENEN KE INDIA, KO PLAK KANTAOIKAN DI MASJID INDIA ...

Batik Al-Fatihah: Dibeli Di Kawasan Masjid India, Bukan Di India, Dijual Oleh Peniaga Melayu..



Baru- baru ini kecoh apabila wanita yang berasal di negara Korea ini dituduh menghina agama islam dengan memakai baju tulisan ayat Al - quran.

Maka munculah ribuan ustaz dan ustazah dalam facebook mengecam beliau tidak kurang juga ada yang mendesak supaya beliau dikenakan tindakan yang berat.

Namun ada juga dikalangan rakan-rakan facebook yang menyindir golongan ustaz - ustazah facebook dengan mengatakan kalau beliau berpakaian begini semua nak kecam tapi kalau perempuan-perempuan islam yang berpakaian seperti terlanjang tak nak kecam pula sedangkan ia menyebabkan lelaki ghairah dan berdosa besar serta dijanjikan azab oleh Allah di Akhirat nanti

Berikut perkongsian tentang baju yang mak cik korea tersebut pakai cuba tengok siapa yang menjual baju tersebut? orang Melayu namun tidak dapat dipastikan adalah beliau melayu islam atau melayu bukan islam jika beliau seorang peniaga Islam pasti lebih peka dengan isu ini. -FB/WA



ULASAN GB

Jika tweet di atas benar, maka apa yang digembar-gemburkan oleh sekalian macai untuk meniupkan api perkauman kononnya kaum Cina cuba hendak menghina Islam dan Melayu kini terkena batang hidung sendiri.

Peniaga yang menjual kain tersebut juga perlu diserbu dan disiasat dan perlu dihalang untuk menjualnya bagi tujuan membuat pakaian. Batik tersebut mungkin sesuai sebagai hiasan dinding dan seumpamanya, bukan untuk tujuan lain yang boleh dilihat mencemarkan ayat suci Al-Quran.

Sepatutnya bukan sahaja pelancong Korea itu disiasat, tetapi yang TERLEBIH PENTING ialah menyiasat semua mereka yang terlibat di dalam menyebarkan PROPAGANDA PERKAUMAN yang boleh menteruskan huru-hara di dalam negara ini. 

ORANG PENANG : KAMI TAK TERANCAM, TAPI MAKIN MENGANCAM ...

Orang Islam di Penang happy saja,yang tak happy tu gang mangkok hayun UMNO dan kroni2nya...

Bekas ketua hakim ‘penipu, rasis dan ekstremis’...

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengecam bekas hakim Tun Abdul Hamid Mohamed sebagai seorang "penipu, rasis dan estremis" kerana menuduh agama Islam terancam di negeri tersebut.

Lim berkata, kerajaan negeri DAP menyediakan peruntukan lebih banyak berbanding ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu.

"Bekas ketua hakim hanya mendedahkan dirinya sebagai seorang rasis, ekstremis dan penipu. Dia kata kami abaikan Islam tapi buta untuk melihat yang kami sudah meningkatkan peruntukan kepada mereka.

"Malah, kami beri lebih banyak peruntukan kepada orang Islam berbanding BN buat hingga Gerakan serang kami. Itu Umno kata kami abaikan Islam?" katanya kepada The Malaysian Insider di Parlimen hari ini.

Lim berkata kenyataan sedemikian bermotif politik, malah Gerakan dan Umno yang bersama dalam BN juga tidak konsisten dengan pendirian mereka.

"Mengapa ada perbezaan? Gerakan kata kami beri terlalu banyak dan Umno kata lain pula," katanya.

Abdul Hamid dalam ucapan yang dimuat naik menerusi laman sesawangnya berkata, kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan kini terancam di bawah pentadbiran DAP Pulau Pinang.

Katanya, ramai rakyat bukan Islam di Malaysia mahu agama mereka diberikan status yang sama.

Antara lain katanya, bekas mufti Pulau Pinang memberitahu susah mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang, kerana pemimpin agama lain juga menuntut hak yang sama.

“Jika kita tidak membendungnya, perkara seperti ini akan merebak ke seluruh Malaysia. Di waktu itu, waktu penyiaran rancangan-rancangan agama Islam di televisyen pun terpaksa dikongsi dengan agama-agama lain.

“Jabatan-jabatan kerajaan dan kampus-kampus universiti kerajaan yang menyediakan surau akan terpaksa menyediakan gereja, tokong dan gurdwara,” kata Abdul Hamid.

Ertinya, tambah beliau, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah tidak bermakna lagi.

Lim berkata dakwaan Abdul Hamid tersebut tidak berasaskan fakta.

Menurut Lim lagi, ia bukan perkara luar biasa apabila pentadbirannya dituduh sebagai anti-Islam dan anti-Melayu. – tmi

Nak tanya sikit berapa ekoq orang Islam dah cabut lari keluaq Pulau Pinang? Boleh bekas hakim dan mufti bagi angkanya...t/s

ISRAEL/APCO : KALAU LAGU NEH, MAMPUIH LA KAMI ....


Kejayaan Perang Darat Al-Qassam sehingga 21 Julai 2014 :


AL QASSAM MUSNAHKAN 20 KERETA KEBAL DAN MEMBUNUH 67 TENTERA DAJJAL



Terkini
Kejayaan Perang Darat Al-Qassam sehingga 21 Julai 2014 :
1. Berjaya membunuh 67 orang tentera rejim Zionis.
2. Berjaya mencederakan 150 orang tentera rejim Zionis.
3. Berjaya menawan seorang tentera rejim Zionis iaitu Sha'ul Aron.
4. 7 buah Jip berjaya dimusnahkan.
5. 3 buah drone berjaya dimusnahkan.
6. 20 kereta kebal berjaya dimusnahkan.
7. 8 buah tanker berjaya dimusnahkan.
8. 3 buah jentolak berjaya dimusnahkan.
DOAKAN SEMOGA HAMAS TIDAK TUNDUK PADA RAYUAN TEL AVIV, PBB ATAU LIGA ARAB...
Jelas sekarang Tel Aviv dan BN (Benjamin Netanyahu) khususnya dan zionis israel umumnya takut dan bimbang dgn situasi skg. Situasi yg x pernah terlintas di benak israel zionis bhw negara yg sebelum ini dikatakan paling kebal di rantau arab..tapi hakikatnya kini ia hny cerita dongeng apabila Hamas dgn sayap tenteranya Briged Izzudin Al Qassam telah membuktikan negara israel bukanlah sebuah negara kebal..faktor dan fakta inilah membuatkan israel takut dan mula brfikir utk mempertimbangkan cadangan mesir utk pelan damai Gaza-israel...
israel.zionis,yahudi skg amat2 takut..malah US selaku kekasih israel pn x berani mnghntar bantuan apabila obama hny sekadar mengecam Hamas tetapi tidak menawarkn sebarang bantuan ketenteraan...krn dia tahu kekuatan briged al Qassam x dpt digambarkan..ini mmbuatkn tel aviv smakin stress dan kecut..
.bermula dgn kemunculan skuad komando elit amfibia al qassam yg mnyerang pengkalan navy israel..dan serangan roket ke lapangan terbang ben gurion..airport ini mnjadi sasaran Hamas krn di sini terdapat pengkalan tentera udara/airforce...
semasa serangan pertama al qassam hny mnggunakn roket M75..ini roket versi lama ciptaan al qassam..namun roket ini telah mmpu melumpuhkan airport BG ini..dan kita semua tahu roket M75 ini jarak sampainya dlm lingkungan 50-75 km..dan bila dilancarkn dr Gaza, ia hny mmpu sampai ke bandar2 israel yg bersempadan dgn gaza...spt ashklon. Tapi skg al qassam telah melancarkn roket buatannya yg terbaru yg dinamakan R160(Randisi 160..mengambil sempena nama bekas pimpinan Hamas, Dr. Randisi) yg mana roket ini mampu sampai malah telah menghujani bandar Haifa..iaitu sebuah bandar yg terletak paling utara israel...
namun mimpi buruk israel tidak terhenti di situ..krn dalam siri serangan roket yg seterusnya, al qassam telah menggunakn roket terbaru dan tercanggih yg dinamakan Jabari 80 atau J80..yg mana ditujukan ke ibukota tel aviv..ini menyebabkn siren kecemasan tel aviv berbunyi tanpa henti memaksa seluruh rakyat israel mencari tempat perlindungan..rakyat israel menjadi bingung dan tertanya2..apa dah jadi dgn penangkis roket iron dome kebanggaan mereka?
Roket J80 bergerak dlm keadaan berayun dan tidak tetap, ini mnyebabkn iron dome israel gagal menangkis dan penganalisis tentera israel melalui saluran Ibrani melaporkan J80 mmg dihasilkn dgn teknology utk mengelak dari iron dome. Al qassam juga telah berjaya menjatuhkn 10 J80 ke Tel Aviv dan Beit Bam. Ada yg mengenai kem tentera zionis di Nablus. Ini telah memaksa Tel Aviv memohon maaf kpd rakyatnya krn Iron Dome mereka x dpt menghalang roket Al Qassam... Al Qassam telah melakukan sesuatu yg x pernah dilakukan oleh mana2 negara Arab sebelum ini.
Jika beberapa hari lepas kita semua umat islam teruja dgn kehebatan briged al qassam melancarkan roket J80 yg sgt canggih dan hebat itu, kini (semalam) Al Qassam membuat kejutan terbaru dgn melancarkan pesawat tanpa pemandu(drone) ciptaan sendiri yg dinamakan ABABIL..pesawat kawalan jauh ini dilengkapi roket kecil dan kamera pengintip berresolusi tinggi..ini belum lagi saya menerangkn ttg skuad elit darat..yg mana kita tahu terdapat skuad sniper atau penembak tepat, skuad RPG yg mnghancurkn kreta kebal, skuad penanam bom tepi jalan..dan hacker sistem telekomunikasi...ini semua mnjadikn israel berada dlm mimpi ngeri..
juruckp al qassam mengalu-alukn serangan darat dari zionis..krn al qassam tahu, tentera zionis bakal mnggali kuburnya sendiri..pada hemat saya, israel akan berhenti mnyerang dan berusaha mnjayakn pelan damai dgn Hamas atas alasan kemanusiaan dan keselamatan org awam...malah mesir mmberi nasihat kpd israel spy melakukan gencatan senjata sebelum israel mnjadi padang jarak padang terkukur...dan mklumat terkini Aqsa Syarif melalui laman FB rasminya melaporkan bhw lapangan terbang Tel Aviv sesak dgn rkyat israel yg mahu melarikan diri.
Dgn apa yg sy nyatakn,jelas Tel Aviv sgt takut sekarang hingga memaksa mereka berdamai dgn Hamas..tetapi kita semua tahu, apabila melibatkan pihak ke tiga sama ada dr UN atau liga arab sendiri, psti palestine mnjadi mngsa ketidakadilan atau resolusi berat sebelah..

Apa yg psti mereka takut, mereka takut dan mereka takut..marilah kita sama2 berdoa semoga Hamas tidak tunduk pada rayuan israel atau mesir atau pbb sekalipn..teruskan menghentam bumi haram israel...alang2 mnyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan..
dan kita juga brharap sayap2 tentera pertubuhan lain di palestine akn bersama al qassam dlm memerangi yahudi laknatullah itu...

Allahu akbar..bangkitlah Fatah dgn sayap tenteranya briged Martir al Aqsa, PRC dgn briged Nasir Salahudin, FLP dgn briged Abu Ali Mustapha, Jihad Islami dgn briged Al Quds dan briged2 lain yg sama2 siap sedia utk syahid mmpertahankn akidah dan bumi anbiya ini...
Takbirrr

Allahu akbar

‪#‎HidupMuliaAtauMatiSyahid‬
Jazakumullahi khoiran kathira

Katakan kpd israel..KAMU BERPERANG UNTUK HIDUP, KAMI BERPERANG UNTUK MATI..

ALLAHU AKBAR.
Wassalamualaikum

ISRAEL/APCO : KAMI PATUT DISERANG ....

Lima sebab mengapa Hamas berhak menyerang rejim Zionis

Mohd Hisham Mohd Sharif, Astro Awani 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEienNtOvF1dWtObnSQxcvH-6cCziCi-VQlLDpPkgRMa6-0icrHt7-X5Yf1gu1NICVP-KebWy3eS75PP8Y4ajNRT8FPaoFjOYdmlHduFT7WvJo6_xzz07KMdC3pUHd5cmVeBhyphenhypheni5O58o6f4M/s1600/200px-Flag_of_Hamas.svg.png
Antara alasan yang sering digunakan sejak bertahun lamanya oleh rejim pengganas Zionis sebagai legitimasi kepungan dan serangan mereka ke atas Gaza dan pencerobohan mereka di Tebing Barat adalah ‘Israel punya hak untuk mempertahankan dirinya sendiri’ iaitu merujuk kepada serangan roket oleh tentera pejuang Briged Izzudin Al Qassam dan Saraya Al Quds yang dilancarkan dari Gaza.

Terkini, ‘Israel Defense Forces’ (IDF) melalui laman media sosial telah melancarkan kempen ‘What would you do’ bagi mencari sokongan masyarakat dunia terhadap serangan yang mereka sedang lakukan di Gaza.

Alasan ini juga sering diulang-ulang oleh pemimpin-pemimpin dunia bagi menyokong tindakan rejim pengganas Zionis seperti Obama, John Kerry, Francois Holande, Angela Merkel dan lain-lain, juga diulang-ulang oleh media-media yang sering menyebelahi kekejaman rejim pengganas Zionis seperti CNN, BBC dan ABC.

Malah, ada dari kalangan mereka yang simpati terhadap Gaza juga menggunakan alasan ini iaitu HAMAS wajib menghentikan serangan roket untuk mencapai jalan perdamaian dengan rejim pengganas Zionis dan juga untuk mengelakkan kepungan dan serangan.

Hakikat yang sebenar adalah HAMAS berhak sepenuhnya untuk mempertahankan diri dengan apa jua cara bahkan lebih dari berhak untuk menyerang Israel dengan roket dan apa jua persenjataan yang ada.

Sebab yang pertama adalah kerana negara haram Israel dibina di atas tanah-tanah yang dirampas secara paksa dari rakyat Palestin sejak lebih 60 tahun yang lalu. Ramai yang dihalau keluar dari rumah sendiri untuk memberi laluan kepada pendatang haram Yahudi untuk mendirikan penempatan mereka.

Rejim pengganas Zionis juga secara sistematik dengan menggunakan kekuatan ketenteraan telah menjajah banyak dari kawasan-kawasan Palestin sejak 1948 dan 1967.

Jadi rejim pengganas Zionis sebenarnya adalah penjajah dan perampas tanah rakyat Palestin, dan mereka yang dijajah berhak sepenuhnya secara moral dan menurut undang-undang untuk berjuang membebaskan negara mereka dari penjajahan.

HAMAS, Jihad Islam, FATAH dan mana-mana jua organisasi di Palestin berhak untuk berjuang menggunakan apa jua cara bagi membebaskan negara mereka dari cengkaman penjajah.

Palestine
Gaza dibedil Israel tanpa henti sejak bermulanya serangan pada 8 Julai lalu. -Gambar fail

Sebab yang kedua, sejak 60 tahun yang lalu, rejim pengganas Zionis telah mencabul maruah rakyat Palestin dengan amat kejam. Banyak tragedi pembunuhan besar-besaran yang langsung tidak diambil tindakan oleh dunia. Shabra Shatilla, Jenin, pembunuhan 29 jemaah masjid oleh Baruch Goldstein, pembakaran masjid Al Aqsa oleh pelampau Yahudi pada tahun 1969 dan banyak lagi.

Menurut statistik dari UN sendiri, dikatakan lebih 0.3 juta rakyat Palestin telah terbunuh sejak 1967 sahaja. Itu belum yang dipenjarakan, mengalami kecederaan kekal, rumah dimusnahkan dan dihalau keluar.

Apakah satu bangsa yang punya maruah diri boleh bersabar dan tidak melawan atas penjarahan demi penjarahan yang dilakukan? Atas sebab ini, roket-roket HAMAS mempunyai sebab-sebab yang kukuh untuk menyerang kembali bandar-bandar yang dibina di atas darah rakyat Palestin.

Sebab yang ketiga, rundingan demi rundingan telah berjalan sejak puluhan tahun, namun rejim pengganas Zionis tidak pernah menepati janjinya. Tidak pernah ada rundingan yang menguntungkan rakyat Palestin dan jelas, rejim pengganas Zionis ini hanya akan tunduk dan faham dengan bahasa kekuatan sahaja.

Sebab yang keempat, Gaza, telah dikepung sejak 7 tahun yang lalu dari arah darat dan laut. Sempadan Rafah hanya dibuka sekali sekala oleh Mesir kecuali ketika zaman pemerintahan Presiden Morsi, dan tembok pemisah yang ada memisahkan Gaza dari dunia luar.

Import banyak barang-barang diharamkan termasuk barang-barang pembinaan, hanya barang-barang tertentu sahaja yang dibenarkan untuk dibawa masuk. Nelayan juga tidak dibenarkan untuk memancing lebih dari 3 batu nautika dari pantai Gaza. Jika menghampiri atau melebihi jarak tersebut, nelayan akan ditembak atau ditangkap oleh tentera laut rejim pengganas Zionis.

Sebab yang kelima, Gaza juga telah menjadi sasaran serangan bertubi-tubi oleh rejim pengganas Zionis sejak tahun 2000, Siapa yang dapat melupakan serangan demi serangan menggunakan senjata yang terlarang seperti bom fosforus yang telah membunuh ribuan kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua.

Antaranya adalah serangan pada tahun 2008 yang telah membunuh lebih 1500 nyawa di Gaza, tidak cukup dengan itu, kapal bantuan Mavi Marmara yang membawa misi kemanusiaan yang ingin ke Gaza juga diserang hingga mengakibatkan ada petugas kemanusiaan yang terbunuh.

Tidak ada manusia yang waras akalnya yang akan berdiam diri dan hanya melutut bila melihat anak-anak dibunuh di depan mata, ibu-ibu mereka ditembak dan dibom sesuka hati, sekolah dan masjid dimusnahkan, bahkan dalam operasi terbaru yang sedang berjalan sekarang, Hospital juga dibedil hingga ranap.

Media sosial telah mendedahkan kepada dunia apa yang sedang dan telah berlaku kepada Gaza secara khusus dan kepada Palestin secara umum yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Melihat kekejaman yang sedang berlaku di hadapan mata kita semua, apakah masih ada yang mempertikaikan serangan roket dari tentera Al Qassam dan mempercayai dendangan alasan rejim pengganas Zionis.

APCO : INGATKAN KUAT, RUPANYA LARI SELERAK ...

Gaza : Israel sahkan seorang tenteranya hilang dan 28 dah mampus...


SELAMA ini, seluruh penduduk dunia disogokkan dengan berita Zionis menggempur dan membedil penduduk Gaza yang kini memasuki hari ke-13.

Sepanjang tempoh itu juga rejim Zionis diketuai Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu seolah-olah meraikan kemenangan mereka dan tersenyum melihat darah dan kematian penduduk Gaza yang tidak berdosa.

Lebih 500 kematian sudah tercatat dan daripada jumlah itu, 80 adalah kanak-kanak seawal usia lapan bulan.

Bagaimana pula dengan perihal kematian atau kecederaan dialami oleh askar Zionis sejak hari pertama hingga kini?

Segala butiran itu, disembunyikan media Barat dan Pasukan Pertahanan Israel (IDF).

Tujuannya adalah untuk menggambarkan mereka mampu melawan tentera Hamas dari Briged Ezzudeen al-Qassam, Briged Syuhada Al-Aqsa, Briged Abu Ali Mustoffa dan Briged Saraya Al-Quds.

Hakikatnya, segala pendedahan itu adalah salah! Selama ini, tentera Israel penakut dan pengecut.


Mereka hanya berani menyerang penduduk Gaza melalui serangan udara dan apabila tiba misi menggempur di darat antara satu lawan satu Israel lari bertempiaran.

Bukan itu sahaja mereka juga bertempiaran lari bila dibaling batu oleh penduduk di sebuah perkampungan di Genting Gaza.

Segala kelemahan tentera Zionis kini sudah tersebar di laman video You Tube dan rangkaian media sosial, namun IDF berterusan menafikan situasi itu.

Israel minta bantuan Rusia

Ketika seluruh dunia tertumpu kepada nahas MH14, Netanyahu mengeluarkan kenyataan bahawa Israel telah mendapatkan bantuan luar untuk menentang kemaraan tentera Palestin.

Bantuan luar yang dimaksudkan sekali gus memecahkan rahsia Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin apabila beliau bertindak berdiam diri tentang insiden MH17.

Putin dikatakan tidak berminat untuk menyelesaikan masalah MH17 dan lebih menumpukan perhatian kepada pergolakan di Gaza.

Beliau juga memberi alasan terlalu sibuk dengan krisis Gaza berbanding MH17 dengan menyifatkan pergolakan di Gaza sebagai bencana perang yang perlu dihentikan segera.

Bagaimanapun, beliau terjerat apabila mendedahkan ada menerima panggilan Netanyahu selepas pemimpin itu meminta bantuan.

Putin juga dalam satu kenyataan di portal RT berkata, Netanyahu mengaku tidak mampu berhadapan dengan tentera Hamas sekiranya serangan darat akan dilancarkan.

Putin mendakwa Netanyahu meminta bantuan ketenteraan dan aset pertahanan selain meminta negara dunia lain untuk menggesa Hamas menghentikan serangan.

Helah Zionis didedah

Selama ini, Israel banyak menuduh Hamas yang menggunakan perisai manusia terdiri daripada kanak-kanak dan golongan wanita dalam pertempuran ini.


Mereka mendakwa, Briged al-Qassam sengaja meletakkan kanak-kanak dan wanita di masjid dan kawasan tumpuan bedilan namun tindakan itu dilakukan oleh mereka sendiri ketika cuba memasuki sebuah perkampungan di Nitufut dan Ashdod.

Dalam paparan video yang tersebar, rejim ini juga dilihat lari apabila dibaling batu oleh penduduk tempatan sedangkan mereka bersenjata lengkap dengan AK47 dan bom tangan. Lucu dan pelik.

Ada juga paparan memperlihatkan dua anggota Zionis gagal memanjat tembok hanya setinggi kira-kira empat meter.

Ternyata mereka bukan tentera yang hebat kerana mereka kebanyakan direkrut dari negara luar.

Ia terbukti apabila semalam, Israel mendedahkan menerima 100 remaja Britain untuk bersama-sama berhadapan dengan serangan Hamas.

13 askar Zionis terbunuh

Media mendedahkan sepanjang tempoh 13 hari serangan hanya 13 askar Zionis dilaporkan terbunuh namun jumlah itu lebih dari yang dilaporkan.

Portal Media, Al-Arabiya dan Islamic Turkey Organisation mendedahkan, puluhan tentera Zionis maut dan mayat mereka disembunyikan termasuk ratusan juga dilaporkan cedera.

Jurucakap sayap Hamas dari Briged al-Qasam melaporkan kumpulan mujahidin itu dapat menahan beberapa askar Israel dalam pertempuran kelmarin di bandar Gaza.

Bercakap di stesen televisyen Hamas Abu Ubaida berkata: “Tentera Israel, Shaul Aaron kini dalam tangan Briged al-Qassam,” katanya.

Wartawan AFP pula melaporkan, sejurus berita itu tersebar, penduduk Palestin bersorak di Ramallah dan Hebron.

Mereka melepaskan beberapa tembakan udara sebagai simbolik kemenangan kepada al-Qassam.

Difahamkan, tentera Israel itu ditahan 24 jam sebelumnya semasa satu serbuan ke atas musuh di daerah Tuffah di pinggir sebelah timur Gaza.

Pada 2006, Hamas juga pernah menculik seorang askar Israel, Gilad Shalit dan pada 2011 tahanan itu dibebaskan sebagai pertukaran kepada lebih daripada 1,027 tahanan Palestin.

Penculikan askar ini penting buat Hamas kerana ia bakal digunakan sebagai ‘alat pertukaran’ untuk tahanan penduduk Palestin di penjara Tel Aviv.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri menyifatkan penculikan Shaul Aaron adalah satu kemenangan besar dan satu bentuk cara membalas dendam terhadap pejuang yang syahid.

“Sepanjang 13 hari ini, puluhan askar Zionis maut dan cedera. Angka itu tidak didedahkan kerana mereka tidak mahu imej IDF yang dilengkapi dengan senjata dan roket canggih tercalar, “Katanya dalam satu temu bual di satu stesen televisyen tempatan.

Isarel sangkal dakwaan Hamas

Israel menafikan ada tenteranya ditawan al-Qassam di Gaza semasa pertempuran di Shejaiya, kelmarin.

“Tidak ada tentera Israel ditawan dan khabar angin itu tidak betul,” kata Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa Bersatu, Ron Prosor kepada wartawan di New York.

Media di Israel juga melaporkan penafian yang sama daripada sumber berbeza.

The Times of Israel melaporkan, IDF dengan tegas menepis dakwaan Hamas, Haaretz pula memetik sumber IDF yang mengatakan dakwaan Hamas itu meragukan dan kemungkinan Hamas menawan tenteranya adalah tipis.

Jurucakap tentera Israel sebelum itu memberitahu media bahawa IDF sedang menyiasat dakwaan Hamas bahawa ia sudah menahan seorang tentera rejim Zionis itu lapor Sinar Harian


Manakala media negara haram Yahudi Times of Israel mendedahkan hingga kini 28 orang tenteranya dah mampus..


Jumlah terkini yang Syahid di Gaza pula..


Al Fatihah buat semua yang syahid....

Tuesday, July 22, 2014

MACAI KJ : APEKEBENDE YANG KORANG BUAT TUH ???

MH17 : Marah kan Rusia tapi macai demo bawa bendera Jerman.. Bodohnya dia...


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan persefahaman dicapai dengan kumpulan pemisah pro-Rusia di Ukraine untuk memulangkan jenazah mangsa nahas pesawat MH17 serta kotak hitamnya ke Malaysia.

Beliau memberitahu perjanjian dibuat dengan Alexander Borodai, yang mengakui dirinya sebagai perdana menteri yang mengetuai puak pemisah timur Ukraine di daerah Donetsk di mana MH17 terhempas.

Tetapi hari ini satu demo telah diadakan dihadapan Kedutaan Rusia oleh Pemuda UMNO dan PERKASA..


Kalau kita bandingkan kenyataan antara Pemuda UMNO dan PERKASA yang telah mengadakan demo di hadapan Kedutaan Rusia nampak PERKASA lebih bijak dari Pemuda UMNO..

Ni kenyataan Pemuda UMNO..

Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini menyerahkan memorandum kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kedutaan Rusia bagi mendesak pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dibawa ke muka pengadilan.

Naib Ketua Pemuda BN Khairul Azuan Harun berkata penyerahan kotak hitam dan jenazah mangsa tidak mencukupi, sebaliknya dalang insiden berkenaan juga mesti didakwa.

"Pemulangan dua kotak hitam dan jenazah mangsa tidak mencukupi, sebaliknya keadilan mesti ditegakkan dalam usaha kita mencari siapakah penjenayah sebenar.

"Kami minta tiada mana-mana negara melindungi penjenayah ini," katanya kepada pemberita bersama ratusan peserta yang membuat bantahan di hadapan Kedutaan Rusia hari ini. ‎

Ini pula kenyataan PERKASA..

Perkasa Selangor pula berpandangan Ukraine perlu bertanggungjawab atas insiden serangan MH17 kerana ia berlaku di negara mereka.‎

 Yang dipertuanya, Abu Bakar Yahya berkata selain itu, Rusia perlu mempertahankan diri tidak kira sama ada mereka di pihak yang benar atau pun tidak.‎

 "Kita minta Ukraine bertanggungjawab atas kejatuhan kapal terbang yang ditembak di negara mereka dan Rusia harus mempertahankan dirinya sama ada mereka bersalah atau pun tidak kerana dikatakan senjata yang ditembak adalah buatan Rusia. 

Kenyataan penuh sila baca di The Malaysian Insider

Maka tak hairanlah kalau Pemuda UMNO itu menjadi sasaran kutukan penyokong UMNO sendiri di laman Facebook Friends of Barisan Nasional..

Antaranya...


Kesian... buat demo pun kena kutuk dengan penyokong sendiri...

Cuma yang aku hairan ialah apa kena mengena Jerman dengan insiden MH17 ini?.. Bukannya apa.. aku tertanya-tanya sebab ada antara macai yang sertai demo tu bawak bendera Jerman bukannya Rusia..


Kat bawah ni gambar bendera Rusia..


Kah.. kah.. kah.. marah kat Rusia tapi bawak bendera Jerman.. Bodohnya dia...

Monday, July 21, 2014

UMNO/BN : SAH ...DAP MEMANG ZALIM ....

JADI BENARLAH ISLAM TERGADAI KERANA DAP...

MENTERI AGAMA : HANGPA BAYAR DAH LA, JANGAN TANYA BELANJA KE MANA ...

Dr. Asri belasah PUZ, pandai kutip tapi tak tahu nak agih katanya...


Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur peranan pusat pengurusan zakat yang dianggap sudah hilang fungsi dan peranannya yang sebenar.

Menerusi blog dan akaun Facebooknya, Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA berkata, beliau tidak menafikan usaha baik yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan zakat selama ini.

Bagaimanapun beliau mendakwa, berlaku kepincangan di dalam pusat zakat apabila terdapat pegawainya sendiri yang bersifat materialistik dengan menunjukkan sikap berwajah manis di hadapan pembayar zakat dan akan berubah sebaliknya apabila yang datang adalah pemohon zakat.

“Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih 1.5 bilion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji mereka yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi.

“Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba ada si miskin kita terpaksa merintih simpati daripada pihak lain termasuk gereja,” katanya.

Mohd Asri mendakwa, tidak ada semangat dakwah dan ukhuwah Islamiyyah dalam urusan zakat.

Beliau turut mempersoalkan urusan permohonan zakat yang terlalu sulit hingga membuatkan pemohonnya diibaratkan seperti peminta sedekah hingga menyebabkan ada di antara mereka yang berhak menerima zakat tidak sanggup untuk ke pejabat zakat.

“Apa tidaknya, jika seorang makcik yang sudah tua dan uzur disuruh mengisi borang yang pelbagai,” ujarnya.

Dengan mengambil contoh dari program rancangan terbitan sebuah syarikat televisyen swasta yang sanggup mencari orang miskin dan menyiarkannya di dalam rancangan tersebut.

Katanya, peranan seperti itu harus diambil oleh pusat zakat bagi mengesan mereka yang layak menerima bantuan kerana ia penting dan bukannya hanya sekadar menunggu mereka datang.

Ini kerana jelas beliau, tidak semua orang miskin sanggup untuk datang ke pejabat zakat mengadu masalah yang dihadapi.

“Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat.

“Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan Islam yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf.

“Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas. Jika zakat berfungsi, bukan muslim juga akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam,” tegasnya lapor The Rakyat Post

MACAI UMNI : APSAL KIKI TAK SOKONG AKU PLAK ...

Dakwaan Macai UMNO Dalam Surat Terbuka Kononnya Kiki Dimaki Hamun Adalah Karut


Dakwaan Kiki dihamun mengarut

Kuantan: Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak keterlaluan dengan membuli seorang lelaki warga emas, di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, minggu lalu, bukan disebabkan selepas dimaki oleh mangsa.

Sumber polis sebaliknya berkata, berdasarkan siasatan, Kiki dipercayai bertindak sedemikian kerana bengang selepas lelaki itu tidak mahu keluar dari kereta, selepas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan kecil.

"Keterangan lelaki berkenaan juga mengesahkan dia tidak mengeluarkan kata-kata kesat kepada Kiki pada masa kejadian," katanya.

Menurutnya, surat terbuka yang mendakwa bahawa Kiki bertindak ganas kerana selepas dimaki oleh warga emas itu adalah rekaan pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya sudah membaca surat berkenaan dan pada saya semua dakwaan itu adalah mengarut," katanya.

Semalam, satu kenyataan disebarkan di laman sosial bahawa Kiki bertindak keterlaluan selepas dimaki oleh lelaki berkenaan. Ia turut menyatakan bahawa lelaki berkenaan turut menghamburkan kata cacian berbaur perkauman.

Sementara itu, Kiki dijangka akan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda di Mahkamah Majistret di sini, esok. ~HM


SURAT TERBUKA BUAT DATO' SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI.

Salam Dato' Seri yang sedang mengerjakan umrah di Makkah. Doakan tenang dalam pengabdian pada Tuhan yang Pengasih dan Penyayang.

Dulu dulu, 25 tahun dahulu, saya panggil Dato' Seri abang. Itu dulu. DS juga selalu kata saya anak didik DS. Itu dulu. Hari ini saya tidak mahu cakap soal dulu.

Saya pun sudah lama tidak jumpa DS. Saya orang kecil dikampong. DS orang bergelar di Putrajaya. Namun hari ini, saya memberanikan diri menulis dalam alam maya ini buat DS. Doa saya ada angin bayu lembut bertiup menyampaikan pada DS.

Dato' Seri yang saya sanjung budi.

Dulu dulu Dato' Seri kata, apabila hati yang berkata, hati jua yang mendengar. Apabila mulut yang berkata, hanya telinga yang mendengar. Ini hati yang berkata, Dato' Seri.

Saya dengar Kiki didakwa. Itu undang undang namanya. Kiki didakwa sebab dia pembuli jalanraya. Bagaimana pula dengan mereka yang lain.

Ada manusia pecah kereta polis.Ada manusia carutannya lebih sedakkk didengar. Ada orang cabar terbuka bawa ke mari peristiwa 13 Mei ke Pulau Pinang. Banyak lagi Dato' Seri.

Ada orang pakai baju ada kalimah dari Al Quran. Kenapa kita diam Dato' Seri. Apakah kita sudah lemah tidak boleh bernyawa.

Uncle Sim baik pada pandangan manusia. Kiki jahat. Jahat pada babak yang diambil itu Dato' Seri.

"Menurut cerita, sebaik saja kereta Pegeot Kiki dilanggar oleh kereta toyota uncle Sim, Kiki terus keluar dalam keadaan amat kecewa sebelum bergegas mendapatkan uncle Sim yg masih berada di dlm kereta. Hampir seminit Kiki ketuk cermin pintu kereta tersebut bgi menyuruh uncle tersebut keluar..

Sebaliknye uncle itu hnya menurunkan cermin dan berkata " sikit saja ma, kasi cincai lorh". Kiki yg tidak puas hati terus ketuk cermin terbabit kali ni agak kuat. Sebaliknye uncle tersebut mengeluarkan not rm50 dan paksa Kiki ambil.

Akibat berasa tercabar dgn tindakan uncle yg tak sporting tu, Kiki terus mengambil lock stereng dan mengetuk kereta terbabit. Tindakan Kiki bukanlah hendak mencederakan uncle Sim. Lepas itu Kiki bagaikan dirasuk dengan nafsu Amarah diri.

Pada mulanya mahu uncle Sim keluar. Sebaik saja uncle keluar.. Kiki terus merampas kunci kenderaan toyota terbabit. Uncle yg terkejut dgn tindakan kiki tersebut telah terlepas cakap mengatakan "pukimak melayu sohai".

Dan berlakulah tindakan yg tidak terkawal bila Kiki mengamuk. Hal yg sebenarnya Kiki mengamuk bukanlah sebab kenderaannya dilanggar sebaliknye tindakan celupar uncle tersebut menghina bangsa melayu.

Apa yg berlaku, Kiki berterusan dihina. Malah ada ugutan utk merogol beliau. Ini yg pihak media sendiri tidak mahu siarkan. Cukuplah kita berterusan memuji uncle Sim dan menghina Kiki" Usah gergaji habuk gergaji. Itu kata Dato' Seri pada saya dahulu. Sekarang saya mahu ulang kata ini pada Dato' Seri. Kita menghukum biar berpada. Hukumlah Kiki sebab dia pembuli jalanan. Soal kita, bilakah pula pembuli seniman mahu dihukum.

Negara ini akan hancur berantakan apabila segala yang viral dalam FB kita jadikan sandaran. Semua orang harus duduk dalam rumah. Diluar sana kamera hp sedia merakam.

Padang jarak padang terkukurkah kita?

Izinkan saya memanggil Dato' Seri seperti dulu dulu. "Abang Zahid, lakukan sesuatu. Pada Abang kami sandarkan harapan kepimpinan"

Roslan Ab Hamid.
20 Julai, 2014.
 -FB/WA


ULASAN GB

Macam-macam hal macai ni.

Sanggup karang cerita rekaan untuk membangkitkan sentimen perkauman untuk membenci bangsa lain.

Sepatutnya polis perlu siasat siapa pereka surat terbuka di atas dan kemudian dakwanya di bawah Akta Hasutan supaya menjadi pengajaran kepada mereka yang suka mencipta fitnah dan menyemai unsur rasisma di kalangan masyarakat berbilang kaum di dalam negara ini.

UMNO : PERANGKAP SAMAR LAIN KAMI DAH SEDIAKAN ...

Tahniah Pas Kerana Akhirnya Tidak Masuk Perangkap UMNO

https://media.zenfs.com/en_MY/News/Malay_Mail/DSC_4839_WanAzizah_3_1203.jpg
Pas akhirnya dilaporkan bersetuju dengan hasrat untuk menukar Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang telah direncanakan oleh PKR sejak beberapa bulan lalu. Walaupun parti itu belum memutuskan persetujuannya tentang calon pengganti itu, sama ada Dr Wan Azizah Wan Ismail atau Azmin Ali tetapi dengan bersetuju mengenai pertukaran itu sudah dianggap perkembangan paling positif ketika ini.

Dengan bersetujunya Pas untuk menukar Khalid serta calon penggantinya juga kekal daripada PKR, tentulah tidak banyak masalah juga untuk Pas turut akur dengan calon yang bakal dicadangkan oleh Anwar Ibrahim nanti.

Maka, seharusnya ucapan tahniah diberikan kepada Pas, meskipun persetujuan ini hanya dicapai setelah beberapa siri rundingan dilakukan dengan pimpinan parti itu. Sekurang-kurangnya dengan bersetujunya Pas menukar Khalid Ibrahim yang dijangka akan dilakukan selepas Aidilfitri in, parti itu tidak membiarkan dirinya hanyut dalam perangkap dan racun yang ditaburkan oleh UMNO.

Sejak isu pertukaran Menteri Besar Selangor, Pas dilaporkan menjadi halangan kepada hasrat itu berikutan menantu Haji Hadi Awang, Zaharuddin Mohamad dan Raja Idris Kamaruddin, dua individu yang rapat dengan Presiden Pas kini berkhidmat dengan Kumpulan Perangsang Selangor melalui perlantikan yang dibuat oleh Khalid.

Bekerjanya dua individu ini dengan pentadbiran Khalid dikatakan menjadi halangan kepada pertukaran itu kerana mereka ini diketahui lebih mahukan Menteri Besar Selangor sedia ada terus dikekalkan sehingga pilihanraya umum akan datang. Malah mereka ini juga dilaporkan memainkan peranan membawa Haji Hadi dan Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali ke kediaman Khalid pada kira-kira 11 malam, minggu lalu yang dipercayai berkaitan dengan desakan yang semakin kuat mengenai pertukaran Menteri Besar Selangor.

Dengan PKR hanya mempunyai 14 kerusi DUN manakala Pas dan DAP pula masing-masing mempunya 15 kerusi, pertukaran Menteri Besar Selangor boleh mengundang masalah jika Pas enggan bersetuju dengannya. Ia juga akan meretakkan hubungan dalam PR yang sudah terjalin erat sejak pemecatan Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 1998 lagi.

Dalam masa yang sama, melihatkan air sudah mulai keruh, UMNO mula memberi sokongan kepada Khalid Ibrahim untuk terus kekal memimpin negeri itu. Para pemimpin UMNO yang dulunya mencerca dan memaki Khalid, kini berbondong-bondong melontarkan pujian pula. Pas yang dilihat mempunyai pengaruh kuat tidak lagi dihentam, tetapi diminta menilai semula sumbangan serta kecemerlangan Khalid selama ini.

Media pro kerajaan seperti Utusan dan TV3 pula tidak henti-henti mencipta logik betapa perlunya Khalid terus dikekalkan memimpin Selangor, malah tanpa segan silu juga memuji kecekapan Menteri Besar Selangor itu dalam mengurus kerajaan dan kewangan negeri sehingga mempunyai rizab tunai melebihi RM3 billion.

Sedangkan, isu pertukaran Khalid bukan lagi berkaitan kecekapannya mengurus kewangan negeri tetapi lebih kerana jajaran atau alignmentnya yang sudah lari, kerap membuat keputussn sendiri serta membelakangkan konsep permuafakatan yang diamalkan oleh PR selama ini.

Khalid bukan saja mempersetujui secara sulit rundingan mengenai air dengan Pusat dan bersetuju secara dasar mengenai projek lebuhraya Kidex yang banyak dibantah oleh penduduk, malah juga sudah mulai melapangkan dada menghadiri majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Najib Razak. Meskipun tiada salahnya menghadiri majlis berbuka anjuran UMNO itu, soalnya kenapa sepanjang enam tahun sebelum ini beliau tidak terdetik hati menghadirinya?

UMNO bukan saja sedang memerangkap rakan-rakan PR dalam isu Menteri Besar Selangor ini, bahkan Khalid akhir-akhir lebih dilihat sebagai pemimpin kesayangan UMNO serta menjadi primadona kepada media-media miliknya.

Ini bermakna jika Pas terbuai dengan nyanyian lagu merdu yang sedang didendangkan UMNO dan bersetuju agar Khalid terus dikekalkan, yang menang sebenarnya bukanlah parti itu dan perjuangan Islamnya, tetapi yang akan menjulang trofi kemenangan ialah UMNO, Utusan dan TV3.

Meskipun persetujuan Pas ini dicapai setelah melalui beberapa proses rundingan dan memakan masa, Pas ternyata telah menunjukkan kematangannya serta tahu apakah keutamaannya dalam perjuangan sebagai sebuah parti politik. Pas dan Haji Hadi juga nampaknya tidak menjadikan kepentingan peribadi atau kedudukan menantunya yang bekerja dengan Khalid sebagai alasan untuk melakukan sesuatu yang betul bersama PR.

Sebagaimana yang dilaporkan bahawa pertukaran Menteri Besar Selangor ini akan dilakukan selepas Aidilfitri nanti, PR juga tidak harus berlengah lagi mengenainya. Lakukanlah dengan kadar segera dan tertib agar ruang selebihnya boleh digunakan untuk memulihkan semula kepercayaan rakyat Selangor yang mengikut kajian terbaru Umcedel sudah pun merudum kepada 35 peratus saja lagi sekarang ini.

Jika gagal menukar atau melengahkannya lagi, sokongan rakyat akan terus merudum tetapi dengan segera menggantikan Khalid Ibrahim, PR akan mempunyai kekuatan untuk memulihkan semula kedudukannya. Ini kerana, sama ada Dr Wan Azizah mahupun Azmin Ali sebagai bakal penggantinya, kedua-duanya adalah lebih baik daripada pemimpin UMNO Selangor yang ada sekarang. (SH 21/07/2014)

nukilan Shahbudin Husin

Thursday, July 17, 2014

KALAU ADA PROJEK, MESTI ADA SEBAB ....

Semoga projek bina Kapal Perang ini bukan untuk jadikan adik beradik pemimpin UMNO kaya raya hendakNya..


Pada tahun 1995, kerajaan telah mengswastakan Naval Dockyard di Lumut, Perak dan kontrak kerja-kerja pengendalian tersebut diberikan kepada PSCI Industries Bhd (PSCI) dengan pembayaran upah sebanyak RM300 Juta.

Adik beradik pemimpin UMNO mempunyai kepentingan terbesar di dalam kontrak ini dan projek tersebut kemudiannya dinamakan sebagai PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd.

Dalam tahun 1997 pula, PSC-Naval Dockyard dianugerahkan kontrak untuk membina 27 buah kapal-kapal perang untuk kegunaan TLDM dengan nilai berjumlah RM24 bilion.

Suatu projek yang amat besar sekali, buat pertama kali diberikan kepada sebuah syarikat swasta untuk dikendalikannya.

Pada pertengahan tahun 2007, hanya 2 daripada 27 buah kapal perang telah siap dipasang dan diserahkan kepada TLDM.

Akan tetapi kedua-dua buah kapal perang tersebut gagal dalam semua siri ujian kelayakan bagi membolehkannya untuk beroperasi.

Terdapat lebih daripada 298 jenis aduan teknikal mengenai ketidakberkesanan ke atas kedua-dua buah kapal perang tersebut, di mana ianya juga merangkumi di antara 100 dan 383 jenis peralatan yang tidak lengkap dan ada kalanya langsung tidak ada.

Itu projek yang terbukti sebagai projek mengkayakan adik beradik pemimpin UMNO..

Terbaru satu lagi projek pembinaan 6 buah Kapal Perang untuk TLDM berkonsepkan Littoral Combat Ship (LCS) bernilai RM9Billion telah ditandatangani..

Baca ni..

1. Impian Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk menyaksikan kapal perang berkonsepkan Littoral Combat Ship (LCS) sudah hampir menjadi kenyataan apabila kontrak pembinaan kapal itu ditandatangani pada bulan ini.

2. Kontrak bernilai RM9 bilion itu ditandatangani antara TLDM dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.

3. Mengikut kontrak tersebut, Boustead perlu merekabentuk dan membina kapal perang LCS sebanyak enam buah kepada TLDM.

4. Walaupun butiran kontrak masih lagi misteri, saya menjangkakan kapal pertama akan dibina pada tahun ini dan dijangka siap sekitar tahun 2018.

5. Tempoh pembinaan dan penghantaran keenam-enam buah kapal akan mengambil masa lebih kurang 10 tahun (perghh lama gila)

6. Jika mengikut butiran awal, TLDM telah pun memilih rekabentuk konsep baru yang diperkenalkan Peranchis iaitu Gowind.

7. Kapal perang Gowind ini apabila memasuki perkhidmatan TLDM akan menjadi kapal perang terbaik dalam kelasnya dan mampu menandingi keupayaan kapal jenis Delta milik Singapura.

8. Ini disebabkan Gowind direka untuk menandingi kapal-kapal perang lebih besar dan canggih milik kuasa-kuasa besar yang menunjukkan minat mereka terhadap rantau ini.

9. Dengan berat sehingga 3,000 tan, keupayaan frigate kelas Gowind ini sudah menandingi mana-mana kapal milik negara jiran tertangga seperti Indonesia-Sigma (1,692 tan), Singapura-Delta (3,200 tan).

10.Berbanding dengan saiz negara yang berkeluasan 329,847 kilometer persegi (darat) dan kawasan maritim sepanjang 2,607 kilometer, ternyata kemasukkan enam buah kapal perang ini akan menjadikan Malaysia sebagai kuasa maritim yang disegani.

11.Sehingga sekarang TLDM mempunyai empat buah kapal frigate dalam perkhidmatannya iaitu dari Kelas Lekiu (dua buah) dan Kelas Kasturi (dua buah).

12.Saya tidak mempunyai butiran secara terperinci pemindahan teknologi yang diperolehi oleh Boustead selain dari pembinaan sebahagian daripada kapal-kapal perang tersebut akan dibuat di limbungan Boustead di Lumut.

Sepenuhnya silalah baca di SINI

Apa yang kita boleh harapkan ialah semoga projek ini tidak mengulangi sejarah yang lalu dimana kapal tak dapat.. Adik beradik pemimpin UMNO yang kaya raya...

Wednesday, July 16, 2014

TOK IMAM : DEPA TAK MAU KAWAN DENGAN DIA KOT ...

Mengapa Ini Terjadi? (Gambar)

Tranungkite
Dari Anas B. Malik (radhiyallahu 'anhu), beliau menjelaskan bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam menyuruh supaya para makmum merapatkan saf-saf mereka dan Nabi akan dapat memerhatikan mereka dari belakang. Dan pada ketika itu masing-masing di antara kami pun saling merapatkanlah bahu dengan bahu dan telapak kaki dengan telapak kaki yang di sebelah. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, 3/154, no. 683)

Persoalan:
1) Mengapa kedudukan Najib berenggang sedangkan MB S'ngor (tiga dari kiri) boleh pula merapat bersama makmum lain..

2) Kenapa Najib sahaja (makmum) bersejadah sedangkan makmum lain termasuklah imam2 muda al-tahfiz(berjubah hitam) tiada bersejadah? Adakah Najib di'MULIA'kan ketika bersolat bersama2 rakyat/ makmum??? Wallahulam. Hanya Allah saja yg tahu...

Harap para menteri2 agama/ ulama2 UMNO menasihatinya.. Kerana rakyat SENTIASA MELIHAT TINGKAHLAKU PEMIMPIN..

UMNO JOHOR : KAMI NAK KOMEN PUN TAKUT ....

Berita Gempar Dari Istana Johor..


Dengan lebih daripada 3,000 hektar kawasan menjalani penambakan laut di selatan Johor dan beribu-ribu lagi hektar dalam perancangan, pasir menjadi satu komoditi yang semakin panas.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 6 Julai lalu, mendedahkan bahawa sejumlah 3,237.48 hektar kawasan di negeri ini - kira-kira separuh keluasan Putrajaya - sedang ditambak.   

Beliau mengumumkan bayaran 30 sen akan dikenakan bagi setiap satu kaki persegi tanah tebus guna untuk membantu nelayan yang terjejas oleh kerja-kerja tersebut, yang menghasilkan pendapatan sejumlah RM104 juta.

Kawasan baru di Selat Johor itu ditambak dengan pasir yang diambil daripada kawasan daratan atau dari dasar laut di tempat lain.
                       
Peningkatan permintaan untuk pasir dijangka memberi manfaat kepada syarikat-syarikat pembekal pasir dan begitu juga dengan keluarga diraja Johor.

Perniagaan pengambilan pasir yang membabitkan keluarga diraja itu dilakukan melalui Mados Sdn Bhd, satu nama yang jarang disebut dalam akhbar tetapi sudah biasa di kalangan masyarakat perniagaan di Johor.

Kali terakhir nama syarikat itu muncul dalam media adalah dalam akhbar The Star pada tahun lepas apabila ketulan batu kuari ia dilaporkan miliknya, menimpa kawasan perindustrian Bandar Seri Alam dekat Johor Bahru, mengorbankan seorang pekerja Nepal, mencederakan 11 orang dan merosakkan kira 20 kenderaan.

Menurut carian Malaysiakini di Suruhanjaya Syarikat Malaysia minggu lalu, Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar Sultan Ismail, memegang 99.95 peratus saham dalam Mados Sdn Bhd dengan pemegang saham yang lain terdiri daripada isteri kedua baginda dan sembilan daripada 10 anak baginda daripada dua perkahwinan.

Tujuh daripada anak-anak baginda juga disenaraikan sebagai pengarah, termasuk Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Ismail.

Sultan Iskandar mangkat pada tahun 2010. Maklumat mengenai syarikat tersebut kali terakhir dikemaskini pada Oktober 2013.

Dokumen mahkamah

Dalam satu memo pada 2002 oleh Mados Sdn Bhd yang dilihat oleh Malaysiakini, syarikat itu mengesahkan ia adalah pemegang konsesi untuk mengorek pasir laut di dua kawasan - di Ramunia Shoal PTD 2346 dan Kukup PTD 2923.

Dokumen itu adalah subjek kes mahkamah pada 2012
mahkamah di mana 24 nelayan telah menyaman Pengerang Independent Terminal Sdn Bhd, Dialog E&C Sdn Bhd dan kerajaan negeri Johor.

Mereka mendakwa pembinaan terminal petroleum laut dalam bebas di luar pantai Pengerang telah memusnahkan kehidupan mereka. Nelayan berkenaan kalah kes tersebut di Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

Walaupun Mados tidak menjadi pihak dalam saman itu, mahkamah menyentuh syarikat itu kerana ia telah dibangkitkan sebagai isu sampingan, di mana nelayan mendakwa mereka dihalang daripada memasuki PTD 2346 dan PTD 2923 kerana kerja-kerja pengorekan oleh syarikat berkenaan.

"Saya mendapati bahawa keterangan yang dikemukakan menunjukkan bahawa aktiviti pengambilan pasir laut telah dijalankan menurut konsesi pasir yang sah yang diberikan oleh kerajaan negeri Johor untuk Mados," kata Pesuruhjaya Kehakiman Teo Say Eng dalam penghakiman bertulisnya bertarikh 11 Disember tahun lepas.

Menurutnya, tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa aktiviti Mados mengorek pasir itu melanggar undang-undang.

Menurut transkrip prosiding mahkamah, penolong pentadbir tanah Kota Tinggi juga mengesahkan Mados pada tahun 2011 menerima lanjutan tempoh lima tahun untuk lesen operasi sementara bagi mengeluarkan pasir di sana.

Diluluskan tanpa EIA

Satu gambaran yang lebih jelas mengenai aktiviti di PTD 2346, lokasi konsesi Mados , boleh didapati di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.

Laporan itu tidak menyebut nama tetapi berkata kerajaan Johor pada tahun 2009 melanjutkan lesen operasi sementara syarikat konsesi, untuk mengeluarkan pasir di kawasan itu, walaupun tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh agensi-agensi persekutuan.

Laporan itu berkata pihak Audit mendapati aktiviti pengambilan pasir laut di PTD2346, Mukim Pantai Timur, Kota Tinggi di kawasan 22,265 hektar tidak mendapat sokongan Jabatan Perikanan Johor.

The Kota Tinggi Pejabat Tanah juga, tambahnya, telah menetapkan syarat untuk pengeluar pasir mengemukakan EIA [penilaian kesan alam sekitar] sebagaimana yang dikehendaki oleh Jabatan Alam Sekitar.

Menurutnya, permohonan pengeluar itu untuk memperbaharui lesen operasi sementara untuk mengeluarkan pasir telah diluluskan dalam mesyuarat exco pada Februari 2009 melalui ringkasan mesyuarat Bil 615/2009.

"Bagaimanapun, setakat ini, tiada EIA dibentangkan untuk kelulusan," kata laporan Ketua Audit Negara itu.

Laporan itu juga menyatakan bahawa PTD2346 adalah zon menangkap ikan dan memberi amaran bahawa aktiviti pengeluaran pasir boleh memudaratkan.

Menurutnya, apabila pengambilan pasir dijalankan di dasar laut, lumpurnya akan menyebabkan pencemaran air dan menjejaskan kehidupan ekosistem marin, manakala lumpur yang terkumpul di sepanjang pantai juga akan menyebabkan pencemaran di tepi laut.

Laporan itu menambah bahawa temubual dengan 20 nelayan di Teluk Ramunia mendapati hasil tangkapan mereka telah terjejas kerana habitat ikan telah diganggu dan peralatan nelayan sering rosak dan dipenuhi dengan lumpur.

Syarikat itu mendapat perhatian bulan lalu selepas Naib Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim membangkitkan tentang aktiviti Mados dalam surat terbukanya kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin. ~mk

MENTERI AGAMA UMNO : ADA AKU KISAH ???

WANG ZAKAT - KEMANAKAH IA DIBELANJAKAN????



 
Memang tidak dinafikan, masa ini keadaan rakyat terus tertekan dengan penghidupan harian dengan peningkatan harga barangan, kalau di bandingkan dengan 2 tahun lalu, hanya 2 tahun. Duit RM 100 jika dulu boleh muat sebakul barang, kini tinggal separuh.

Keterasaan peningkatan penggunaan wang harian ini bukan sekadar untuk mereka di kampong atau pendalaman tapi di fahamkan kalangan mereka yang di bandar dengan pendaptan sama dengan orang kampong lagi amat terasa, hatta pegawai kerajaan juga terlibat sama, tapi memang tidak dinafikan kalangan mereka yang bergaji besar " mungkin " kenaikan harga barangan ini di menjadi kudis.

Tapi jika sekadar pegawai kerajaan biasa, gaji memang cukup-cukup, kadang-kadang tak cukup untuk menampung keperluan, tambah-tambah jika tinggal di bandar. Sesetengah sindiran kita dengar, orang kampung, orang felda tak kisah harga barang naik sebab dah kaya-kaya, sebab tu majoriti mereka menyokong BN walaupun PR janji turun harga barang dalam manifesto.

Di awal tahun persekolahan, kalangan keluarga yang ada anak bersekolah memang terasa amat sekali himpitan penghidupan ini.  Semua nak pakai duit, bukan boleh lepas hanya beli pakaian seragam. Duit macam-macam buku , buku PBS, derma PIBG, derma sukan, derma majalah dan macam-macam derma dok ada ( Tak boleh sebut yuran sebab kerajaan dah umum tak ada yuran sekolah). Bantuan RM100 bak kata pepatah " hanya lekat di celah gigi sahaja " Apa tidaknya belanja untuk seorang mencecah RM200.

Nak belajar perlukan pengorbanan, semua perlu dibeli, sekolah pula perlu dibantu, peruntukan Perkapita Grant ( PCG ) di potong. Akhirnya ibubapa dijadikan " batu loncatan " untuk tujuan melengkapkan keperluan asas sekolah, seperti kertas pendua, kertas untuk ujian bulanan atau pertengahan dan akhir tahun..

Yang tua-tua pangkat tok wan dan nenek mungkin tak terasa sebab makan dah tak banyak, tak dak sangat cari pucuk paku ka, ulam pegaga ka buat sayur . Tapi yang ada anak ramai, tak kan nak makan pucuk paku hari-hari.

Sekarang, penyokong tegar BN mungkin masih bertahan makan kangkung kerana kerajaan dah janji nak bagi  BR1M . Najib dah bagi tahun dengan BR1M tu , dapat tanggung kehidupan selama setahun. Itu sindir kita, tapi sebenarnya rata-rata penyokong tegar BN ini adalah mereka yang kehidupan mereka naïf, susah dan mudah diperdaya dengan umpan kewangan.

Bagi mereka, pembangkang tak bagi apa-apa, tapi BN ada juga bagi BR1M di kala mereka susah. Sampai bila penyokong tegar ini dapat bertahan menyanjung BN ? Selagi ada umpan sekali sekala yang dilontar oleh pemimpin mereka melalui dana kerajaan.

Namun percayalah, yang atas pagar sekarang ramai yang mengeluh kesal memberi undi pada BN. Hanya terumpan dengan propaganda perkauman dan agama yang ditiup saban hari, mereka terpedaya untuk beri undi. Hari ini, ramai yang dah menyesal, ramai yang maki-maki, ada yang dah sampai tahap tak boleh pandang muka Najib dalam TV.


Keperitan hidup rakyat memang terasa sekali, bukan nak buat andaian atau pun cerita tapi ianya satu realiti dalam penghidupan, rakyat marhain amat perlu sekali berbelanja dalam keadaan " berjimat ", kerajaan pula memomokkan dengan pemberian BRIM dan kah sumbangan kerajaan melalui BRIMterseubt? 
 
Namun, masalahnya JKM dan Baitulmal pula bukan senang nak dapat bantuan, macam-macam prosedur. Bila dengar rintihan mereka yang susah, bukan sangat pegawai yang atas-atas tak lulus tapi pegawai di bawah yang banyak karenah. Itu tak kena, ini tak betul sehingga orang susah putus asa nak minta bantuan mereka. 

Sehinggakan ada yang susah terlalu marah kepada Pegawai-pegawai bawah yang payah sangat nak keluarkan bantuan ni . Mereka yang terkena dengan karenah pegawai bawah ini selalu berkata “ dok ingat duit kebajikan dan duit baitulmal itu ‘Bapak Dia Punya’”.

Bagi orang susah yang datang ke pejabat wakil rakyat PR, jika ada dana maka dapatlah wakil rakyat bantu. Jika tiada maka tiadalah , kerana wakil rakyat PR tiada peruntukan di sapu Ketua Bahagian Umno.

Ada juga wakil rakyat PR atau jika dalam PAS , ada Lujnah Kebajikan PAS kawasan yang aktif cari dana membantu rakyat. Maka, sekiranya wakil rakyat tiada dana lujnah kebajikan yang ada dana akan mengeluarkannya.

Dalam keadaan harga barang naik melangit, rakyat semakin susah penulis terasa sungguh jika pemegang amanah dana dalam PAS juga berperangai seperti pegawai bawah yang kerja di Pejabat JKM. 

Bila , ada yang nak minta derma untuk kebajikan rakyat , tak mahu keluarkan alasannya dah banyak keluar sedangkan dalam tabung masih berbelas ribu sumbangan orang ramai.

Penulis tak tahu, apakah yang ada dalam fikiran pemegang amanah seperti ini.  Tidak mengajikah dia, tidak fahamkah  akan janji Allah dalam firmanNya ini :

“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan”.  (QS: Al-Baqorah: 245)

Dari firman Allah diatas sebetulnya sudah cukup jelas untuk menjadi sebuah petunjuk bagi siapapun yang mahu membaca dan menelaahnya. Siapapun  yang mahu memberi pinjaman (dalam hal ini yang dimaksudkan adalah Sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran dengan lipat ganda yang banyak. 

Ertinya, bukan saja sedekah yang kita berikan di jalan Allah itu akan dikembalikan, tapi juga Allah akan mengembalikannya dengan jumlah yang lebih banyak. 

Memang Luar biasa! Ini adalah janji dari Allah, sebagi pejuang Islam mesti kita mampu mengimani , meyakini perkara ini untuk kemudian kita laksanakan. Tidak pernah kita dengar orang  yang menafkahkan dengan bersedekah ia kemudian menjadi miskin .

Mungkin pemegang amanah ini dok ingat ayat ini hanya dituju kepada individu bukan organisasi. Tak fahamkah dia akan barakah harta. Tak kira individu atau organisasi semuanya termasuk di dalamnya, tambahan pula kita dalam jamaah.

Janganlah ada dalam fikiran, rasa takut dana kebajikan akan kurang kerana dikeluarkan kepada mereka yang memerlukan. Percayalah, dana itu makin bertambah kerana Allah telah berjanji seperti dalam ayat di atas.
Apa yang penulis takut adalah peringatan seperti yang Rasulullah SAW bersabda :

“ Tidak ada suatu hari pun yang seorang hamba bangun pagi melainkan turun dua malaikat ke bumi. Yang satu berdoa, ‘ Ya Allah, berilah ganti kepada hambaMu yang menafkahkan hartanya’. Dan yang satu lagi berdoa, ‘Ya Allah, binasakanlah harta orang-orang yang kedekut’ ” (HR Bukhari)

Bila ada hadis menyebut perkara ini, penulis takut akan kebinasaan kepada dana yang didermakan orang ramai kepada jamaah kerana pemegang amanah bersifat demikian. 

Allah boleh beri kebinasaan melalui bencana, kecurian atau apa sahaja yang tidak disangka-sangka.Kena ingat, dana kebajikan boleh kita simpan berbelas, berpuluh ribu tapi sekelip mata Allah boleh ambil balik.

Penulis terpaksa menulis begini kerana sudah ada yang berfikiran demikian sehingga menyusahkan orang lain. Kita dok kata Umno suka sekat bantuan kepada rakyat tapi sedarkah kita, kita pun sama berperangai seperti Umno jika kita dok tahan dana kebajikan daripada dikeluarkan kepada orang miskin dan mereka yang memerlukan.

Maaflah kepada siapa yang terasa, nak bercakap tak berdaya kerana takut menyingung tapi penulis ikhlas kerana penulis membaca firman Allah di bawah,

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barang siapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar. (QS: An-Nisa: 114)

Wassalam