Wednesday, August 2, 2017

WANG 1MDB HABIS KENA KEBAS: TIADA WANG UNTUK BAYAR HUTANG IPIC.


http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/07/ipic-1mdb-lss-1.jpg
1. Saya terkejut dan amat hairan dengan jawapan Perdana Menteri (PM) Najib kepada soalan tambahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada sesi soal jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari Rabu (2 Ogos 2017). PM Najib menyatakan bukan soal 1MDB tak mampu bayar hutang kepada syarikat Abu Dhabi,International Petroleum Investment Co (IPIC) tetapi hanyalah soal teknikal sahaja,sedangkan 1MDB dalam satu kenyataan semalam memaklumkan kepada syarikat Abu Dhabi, pembayaran yang sepatutnya dibuat pada 31 Julai 2017 akan dibuat pada bulan ini (Ogos) kerana menunggu dana sewajarnya dari program rasionalisai 1MDB.

Sebelum itu ada laporan menyatakan pembayaran sebanyak AS$602.7 juta (RM2.6 bilion) daripada 1MDB kepada IPIC adalah sebahagian daripada penyelesaian hutang tetapi
pelabur Abu Dhabi, Mubadala berkata pihaknya belum menerima maklumat daripada bank berhubung kelewatan bayaran daripada 1MDB itu selepas tarikh ditetapkan tamat.

2. Kenyataan sebegitu membawa maksud terang-terang bahawa 1MDB memang tidak mempunyai wang untuk membayar hutang tersebut.Kenapa 1MDB perlu tunggu wang dari dana yang dimaksudkan jika benar 1MDB mampu menyelesaikan hutang dengan IPIC.Amat melucukan apabila PM Najib sesuka hati menjawab sebagai masalah teknikal sedangkan banyak pihak mengetahui 1MDB tidak mampu membayar hutang kerana wang 1MDB sudah habis kena kebas.

Ketiadaan wang ini adalah disebabkan oleh 'kecurian terancang' yang pastinya melibatkan MO1 apabila adanya bayaran kepada Aabar Investmen Pjs (Aabar Bvi) iaitu syarikat samaran yang diwujudkan serta tiada kaitan langsung dengan Abar Investmen yang merupakan anak syarikat IPIC.*1MDB 'buta-buta' telah membayar kepada syarikat samaran ini sebanyak USD3.5 bilion (RM15 bilion). Inilah yang menampakan kecurian terancang antara 1MDB dengan 'syarikat hantu' itu.

Kini tidak semena-mena 1MDB kena bayar RM2.6bilion pada IPIC sedangkan hakikatnya 1MDB tidak ada wang dan kemampuan untuk menyelesaikan hutang.

3. Saya yakin jika tidak bayar atau kelewatan bayar kepada IPIC boleh menyebabkan 'financial rating' Malaysia akan dikaji semula oleh Moody,Fitch atau Standard & Poor. Sudah tentu kegagalan dan kelewatan membayar oleh 1MDB ini memungkinkan kejatuhan financial rating kita keperingkat NEGATIF.Kalau dirating semula kepada negatif, bermakna bebanan negara kita untuk berhutang lagi di pasaran antarabangsa menjadi makin berat dan mungkin dikenakan faedah yang makin tinggi atau dikenakan dengan syarat-syarat yang lebih ketat.

4. Andai dirating semula kepada negatif kemungkinan ia akan membawa kepada 'default condition precedent' atau terkesan pada hutang-hutang lain yang negara kita miliki atau menggugat jaminan-jaminan yang diberi oleh kerajaan kepada hutang-hutang syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain.Jika Bon yang dibuka olih bank negara yang berjumlah RM2.5 bilion pada 1 ogos 2017 dan akan dikeluarkan pada 4 ogos 2017 sehari sebelum tarikh akhir yang diberi olih Ipic untuk tujuan membayar hutang 1MDB kepada Ipic,ini bermakna rakyat sekali lagi membayar untuk melindungi dan menyelamatkan pencuri negara.

Amat jelas Najibnomics gagal!

#GaliLubangTutupLubang
#CuriWangBayarHutang
#PenyangakBebasKebasWang
#RakyatMenjadiMangsa
#TakMauUmnoBN

Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
10am Parlimen Malaysia
3 Ogos 2017/10 Zulkaedah 1438H

No comments:

Post a Comment