Sunday, August 13, 2017

Akta 355 - TANGGUH LAGI



PARLIMEN l Perbahasan mengenai usul yang dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang juga dikenali sebagai Akta 355, sekali lagi ditangguhkan.
Usul ini pada asalnya disenaraikan sebagai item ke-10 dalam Kertas Perintah, di belakang urusan kerajaan.
Selepas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan bahawa empat rang undang-undang kerajaan akan ditangguhkan kepada sidang parlimen yang akan datang, rang undang-undang Hadi ditolak ke item keenam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim kemudian membentangkan usul supaya sidang Dewan Rakyat hari ini berakhir hanya selepas lima rang undang-undang kerajaan diluluskan.
Rang Undang-Undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Pindaan) itu adalah untuk bacaan kali kedua dan ketiga.
Abdul Hadi hari ini juga tidak kelihatan di Dewan Rakyat. Beliau dipercayai sedang bercuti berikutan pembedahan jantungnya pada bulan Mei lalu.
Kerajaan, pada Mei tahun lalu, membenarkan Abdul Hadi membentangkan usul persendiriannya itu. Walau bagaimanapun, presiden PAS itu kemudian memohon agar pembentangan usulnya ditangguhkan.
Semasa persidangan Dewan Rakyat yang berikut pada bulan November, Abdul Hadi sekali lagi memohon untuk penangguhan.
Usul itu akhirnya berjaya dibentangkan pada 6 April. Namun, speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan perbahasan dan menunda sidang Dewan Rakyat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim kemudiannya membentangkan usul supaya sidang Dewan Rakyat hari ini hanya berakhir selepas lima rang undang-undang kerajaan dan usul dibentang.
Mereka termasuk bacaan kedua dan ketiga untuk rang undang-undang Angkatan Tentera (Pindaan) dan rang undang-undang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Pindaan).
Tiga perkara lain adalah usul kementerian kewangan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan, duti kastam dan duti eksais.
Selepas lima perkara itu selesai, Razali berkata, sidang Dewan Rakyat akan ditangguhkan sehingga sesi berikutnya, pada tarikh yang belum ditetapkan.

No comments:

Post a Comment