Monday, August 7, 2017

Pakatan Harapan mesti terus bergerak ke hadapan dengan jelas dan laju.


1. Dengan keputusan PAS memutuskan hubungan dengan PKR dan tidak 'hingin' langsung berPAKATAN dengan parti-parti lain dalam Pakatan Harapan maka Pakatan Harapan ( PKR, DAP, AMANAH, PPBM ) seharusnya dengan senang hati mesti terus bergerak ke hadapan dengan jelas dan segera. Tidak perlu lagi mengenyit mata, menjilat lidah, menceceh dan menoleh-noleh ke belakang apatah lagi ke arah PAS! Mahu tak mahu, rakyat terbanyak wajib diberitahu bahawa PAS perlu diletakkan dihadapan bersama barisan kerajaan Kleptokrasi untuk dihadapi secara berdepan dalam  PRU 14 nanti.

2. Segala perancangan dan strategi serta tawaran perlu terus digubal bersama kerana rakyat umum sedang menanti pergerakan Pakatan Harapan. Rakyat sekian lama telah mencari pihak untuk diberi HARAPAN bagi menumbang dan 'membungkus' kerajaan KLEPTOKRASI yang tidak pernah ada rasa sensitif dengan nasib rakayat, yang cukup menyusah dan membosankan rakyat.

3. Sama ada berlawan satu sama satu atau tiga penjuru atau berapa penjuru sekali pun, semua itu kini mesti dihadapi dengan penuh persediaan dan berstrategi untuk menang PRU 14 nanti. YAKINlah jika perjuangan, pendedahan isu dan tawaran meyakinkan rakyat terbanyak, sesungguhnya rakyat tidak bodoh untuk menolak Pakatan Harapan sebagai kerajaan baru yang menjadi HARAPAN rakyat. Kebanyak rakyat Malaysia hari ini daripada pelbagai generasi apatah lagi generasi muda telah benar-benar faham dan sangat merasakan kerajaan UMNO/BN ini memang wajib perlu diganti.

4. Kebanyakan rakyat kini semakin amat faham akan isu pemborosan pemimpin yang berprinsip "Cash is King" itu. Rakyat telah mula mengerti akan betapa beratnya pecah amanah dan kehilangan integriti pemimpin kini. Rakyat semakin tahu skandal 1MDB, SRC, isu dedak yang disumbat ke sana-sini, isu Tabung Haji, isu KWAP yang disalah guna dan lain-lain. Yang perlu kini rakyat perlu terus diberi penjelasan.

5. Dengan gelombang yang serentak dan sinergi, In shaa Allah Pakatan Harapan akan mampu untuk mara dan 'melanggar' apa sahaja penjuru yang berada di hadapan rakyat kerana rakyat telah jemu, bosan dan menyampah dengan permainan politik Umno/BN dan PAS yang tidak habis-habis, sedang nasib rakyat terus tertekan dan akan semakin tertekan JIKA kerajaan UMNO/Bn  dan (mungkin nanti) PAS (?) terus memerintah.

6. Segera dan teruskan kemaraan anda Pakatan Harapan. Rakyat menunggu tindakan dan kemaraan kamu.

No comments:

Post a Comment