Friday, September 23, 2016

Tak Sependapat?.. Tunggu Apa Lagi Najib.. Pecat Saja Dia Tu..



Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak memberitahu bahawa parti komponen itu mempunyai pendapat berbeza mengenai persempadanan semula yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

Menurut Najib, terdapat kesan dan implikasi yang perlu diambil kira daripada persempadanan semula yang dibuat SPR.

Sehubungan itu, beliau memberitahu bahawa BN akan mengumpul segala cadangan daripada parti komponen mengenai persempadanan semula melalui jawatankuasa yang akan dipengerusikan oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"BN termasuk Umno ada pendapat yang berbeza dengan cadangan awal SPR kerana ada banyak kesan dan implikasi yang perlu diambil kira daripada pelbagai aspek.

"Jadi mesyuarat putuskan supaya BN dan semua parti komponen, kita akan gabung pandangan dan cadangan melalui sebuah jawatankuasa yang akan di pengerusikan oleh setiausaha agung BN," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi BN di PWTC di Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu, ditanya bila jawatankuasa tersebut akan bersidang dan menghantar maklum balas kepada SPR, Najib berkata ia akan dilakukan secepat mungkin dan dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan suruhanjaya itu.

"Kita mesti buat antara SPR punya jangka masa (tempoh bantahan). Kita tak boleh melewati, kita akan mengikut undang-undang negara," katanya.

Justeru, Najib turut menegaskan bahawa dakwaan yang mengatakan Umno bersetuju dengan persempadanan tersebut adalah tidak benar.

"Tidak betul kalau kata Umno terima.

"Tidak, Umno pun banyak pandangan berbeza dalam cadangan besar yang dibawa SPR itu," katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada persempadanan semula itu memberi implikasi kepada BN, Najib memberitahu bahawa kesan itu berlaku terhadap banyak kawasan.

"Banyak kawasan. Bukan sahaja kerusi yang ada dalam tangan BN tapi ambil pandangan juga daripada semua kawasan parlimen dan DUN," katanya lagi.

Malah, Najib turut menegaskan bahawa cadangan persempadanan semula SPR hanyalah cadangan awal dan bukan keputusan muktamad.

Katanya, penilaian berhubung persempadanan semula itu juga perlu dilihat selepas melalui proses bertemu dan penglibatan orang ramai.

Beliau turut menafikan dakwaan pembangkang yang mengatakan persempadanan semula yang dibuat SPR hanya menguntungkan BN.

"Ini cadangan asal. Kena lalui proses penglibatan orang ramai baru kita boleh buat keputusan muktamad sama ada persempadanan ini adil atau tidak.

"SPR badan bebas dan jalankan kerja mengikut pertimbangan mereka," ujarnya lapor Malaysiakini

No comments:

Post a Comment