Monday, September 19, 2016

Penyokong Adnan "Ugut" Sertai Parti Bersatu Jika Dia Di Gugurkan













BENTONG: "UMNO Bentong akan lumpuh, kami ramai-ramai akan sertai BERSATU jika Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob digugurkan sebelum Pilihanraya Umum Ke-14 ini", kenyataan sumber yang PDONews semalam.

"Apa nak jadi, jadilah... kami tetap sayangkan Adnan. Siapa yang menimbulkan masalah dalam parti sebenarnya?. Adnan atau siapa?. Kenapa perlu ditukar sebelum PRU sedangkan negeri Pahang adalah kubu kuat UMNO BN sejak zaman berzaman. Orang lain buat masalah besar kepada negara.. orang lain pula yang dipersalahkan", tambah sumber itu lagi.

Semalam, media melaporkan empat orang Menteri Besar akan digugurkan sebelum pilihanraya umum ini bagi memperkukuhkan lagi jentera BN. Salah seorang yang terlibat adalah Menteri Besar Pahang.

PDONews, baru-baru ini ada melaporkan tentang perkara itu. Ia berikutan kenyataan Adnan sendiri yang membayangkan tidak akan bertanding lagi pada PRU-14 ini. Desas-desus semakin kuat tersebar mutakhir ini.

Persoalannya, beranikah penyokong Adnan di Bentong keluar parti dan bersama Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukriz agaknya. Atau mungkin juga ia hanya ugutan agar Adnan tidak digugurkan.

Jika benar, sudah pasti BN akan lumpuh di Bentong. Pada PRU-13 lalu, BN hampir kecundang di kerusi Parlimen apabila Liow Tong Lai hanya mendapat majoriti 379 untuk menewaskan calon DAP, Wong Tuck. Malah lebih parah lagi hanya DUN Pelangai saja yang dimenangi oleh BN melalui Adnan Yaakob, manakala DUN Ketari, DUN Sabai dan DUN Bilut semuanya disapu bersih oleh DAP.

Melihat kepada faktor ini, maka amat bahaya jika Adnan digugurkan sebelum PRU-14 kerana sudah pasti penyokong beliau di Bentong akan keluar parti atau pun membuat undi protes. Jika ini terjadi, Parlimen Bentong sudah pasti akan tumbang termasuk juga DUN Pelangai itu sendiri sebenarnya.

Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan terkini isu panas ini. Segalanya terletak ditangan Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak sekarang. Silap percaturan maka padah dibuatnya. #pdonews

No comments:

Post a Comment