*ADAKAH KERAJAAN MAHUKAN AKHLAK ANAK2 KITA JADI BAIK?
BUKU LUCAH "PANTAI KASIH" DIJADIKAN TEKS SASTERA TKT 4. KINI FILEM PEKAK PULA MEMPROMOSI SEKS BEBAS DAN PENAGIHAN/PENGEDARAN DADAH*
BUKU LUCAH "PANTAI KASIH" DIJADIKAN TEKS SASTERA TKT 4. KINI FILEM PEKAK PULA MEMPROMOSI SEKS BEBAS DAN PENAGIHAN/PENGEDARAN DADAH*
�
Jangan bg anak2 bwh umur tengok cerita "PEKAK"
Tindakan Brunei Haramkan Filem Pekak Ini Memang Tepat!’
by OMM
about 20 hours ago
78.9k Views
tindakan-brunei-haramkan-filem-pekak-ini-memang-tepat
Menurut Syarifah Amani, “Rugi dan kasihanilah Brunei kerana mengharamkan Pekak”. Selepas menonton saya kira 2/3 filem tersebut, saya setuju, malah saya salute tindakan Brunei dan saya kecewa mengapa Malaysia tidak bertindak sedemikian. Saya mula tidak sedap duduk selepas tiga puluh minit pertama. Semakin lama semakin gelisah. Akhirnya saya keluar dalam keadaan menggigil tangan kerana menahan marah. Kesan dari filem ini, saya sudah “dengar” di dalam panggung ketika menontonnya. Kesan seterusnya? Saya tak sanggup bayangkan.
Sebelum itu, saya harus beri kredit pada pembukaan cerita yang segar, sudut kamera yang kreatif dan lakonan Zahiril Adzim dalam menunjukkan kesunyian orang pekak. Sayangnya filem ini bukan cerita tentang dia.
Berikut adalah 11 sebab mengapa saya keluar panggung sebelum filem Pekak berakhir.
1. Babak Dara dan Melur mencuri di kedai runcit.
Dara disuruh Melur mengalihkan perhatian pekedai runcit sementara dia mencuri rokok. “Bang, mana satu bagus?” tanya Dara kepada pekedai runcit, mereka berdiri di rak tuala wanita. “Entah, saya tak pernah pakai” jawab pekedai tersebut. Penonton remaja yang duduk di barisan belakang dalam panggung ketawa. Bila Melur sudah berjaya mencuri sekotak rokok, Dara pon berkata, “Tak apalah bang, cancel”. Pekedai OK saja, tak tahu apa-apa. Budak-budak remaja di belakang sekali lagi ketawa. Kemudian kedua-dua Dara dan Melur cepat-cepat berlalu dari situ. Mereka berjaya mencuri. Adakah mencuri itu lucu? Anak sekolah dalam pakaian seragam sekolah mencuri rokok itu lucu? mempermainkan orang lain dan mengambil haknya itu lucu?
2. Babak Dara dan Melur melepak dan merokok di halaman flat mereka.
Persoalan filem ini bermula di babak ini. “Wei, kau dan on belum dengan Kamil” tanya Melur. Kalau bukan kerana ada terjemahan bahasa Inggeris, saya tak tahu apa maksud “on”. “On” bermaksud “sleep”. Ya, Melur bertanya pada Dara, kau dah tidur dengan Kamil ke belum? Remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa. Dara menafikan. Alasannya, baru kenal sebulan dengan Kamil. “Aku baru je berapa jam kenal Azman dan “on” dah!” cabar Melur. Setiap kali menyebut “ON”, Melur menjungkit bahu. Perkataan “ON” tu, ditekankan. Setiap kali itulah, remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa berdekah-dekah. Apa yang lucunya tentang seks bebas bawah umur?
3. Masih babak yang sama
Melur memujuk Dara untuk mengikutnya keluar malam itu. Dara menolak dengan alasan takut dimarahi bapanya. “Eleleh… strict sangat bapak kau tu, biar aku “servis” dia sikit!”. Sekali lagi Melur menjungkit bahu dan remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa berdekah- dekah.
4. Babak Azman menghisap dadah dengan alat semacam rod kaca
Saya tak tahu apa benda yang dia hisap dan apa dia guna, tapi babak tu memang mirip video demo youtube. Maksud saya begitu ‘upclose’ dan ‘detail’. Anda rasa, kalau budak-budak remaja yang belum cukup akal tengok ada tak rasa nak cuba tak?
5. Babak Melur dan Dara berpura-pura mengaji untuk memperdaya bapa Dara.
Melurnya kononnya datang untuk mengajar Dara mengaji, tetapi sebenarnya mahu memujuk Dara mengikutnya keluar ke parti malam itu selepas ayah Dara keluar bekerja. Melur datang berbaju kurung dan berselendang. Muka polos tanpa mekap. Ayah Dara menyangka, Melur anak yang baik. Dia memuji Melur dan menyuruh Melur menemankan Dara di rumah malam itu. Ketika ayah Dara tiba-tiba membuka pitu bilik anaknya, mereka sebenarnya sedang bersolek lantas pura-pura mengaji dan Dara menyorokkan baju seksi yang dibawa Melur utuknya. Ketika babak ini, anak-anak remaja dibelakang ketawa berdekah-dekah. Lucu kah bila anak-anak hilang hormat pada bapanya? Lucukah bila anak-anak menipu orang tuanya?
6. Babak Kamil jumpa Uda pertama kali.
Kamil mengadakan parti. Uda datang menghantar dadah. Bila Kamil tahu yang Uda seorang pekak, dia merenung Uda dekat-dekat dan menanggilnya bodoh beberapa kali. Dia mahu memprovok dan mengejek Uda. Bodoh! bodoh! bodoh! …………… tiba-tiba dari belakang ada suara kanak-kanak berteriak bodoh!bodoh! Saya pon menyumpah dalam hati. Bodoh! mak bapak bodoh mana yang bawa anak kecil tengok cerita macam ni? Ini filem klasifikasi P13, kenapa ada anak kecil? Dan penjaga pintu pawagam? apa kerjanya?
7. Masaalah yang diangkat dalam filem ini ialah
“Apa yang Kamil perlu buat supaya dapat tidur dengan Dara?” Ya, dari awal, ini saja dialog mereka. Kau dan on dengan Dara? Bila kau nak on dengan Dara. Azman dan Melur adalah penasihat Kamil. Kamil yang dipaparkan sebagai orang berada mengadakan pesta demi pesta semata-mata untuk meniduri Dara. Ketika filem Hantu Kak Limah pecah panggung, frasa “Kita bakar!” menjadi sebutan dimana-mana. Tak mustahil dialog “dah on” ni akan jadi buah bibir anak-anak remaja di belakang tu selepas menonton filem ini.
8. Uda? Uda sebenarnya cuma watak sampingan.
Adakah filem ini membincangkan masalah Uda yang pekak? Tidak sama sekali. Bagaimana Uda boleh pekak? Tak tahu. Cuma diceritakan Uda ditinggal orang tuanya dalam hujan di kaki lima kedai ketika berusia lebih kurang lima tahun. Uda kemudian di bela oleh bossnya sekarang. Apakah jenis kepekakan Uda? Tak di ceritakan. Semulajadi atau kemalangan? Entah. Cuma ada satu babak berjumpa doktor dan klinik doktor tu macam tak bertauliah saja. Doktor cuma menerangkan peratus kejayaan implan ialah 90% dan
suruh Uda datang semula bila dah ada duit. Saya tak pasti itu doktor atau tukang telinga.Berapa kos yang perlu Uda sediakan? Tak tahu. Uda menjual dadah dalam keadaan tenang dan senang. Hanya tunggu orang datang, beri barang dapat duit. Beberapa kali dipaparkan nilai simpanan Uda meningkat puluhan ribu dalam masa pendek. Amboi! Apa mesejnya? Nak beritahu pada remaja-remaja di belakang tu yang jual dadah ialah cara mudah dapat duit. Dan asalkan kau ada niat mulia, kau berada dalam keadaan ‘darurat’, kau tetap naif. Kau orang baik. Kau tak berdosa.
9. Pengarah sekarang dah berani buat babak bercumbuan
Saya harapkan cerita ini akan menyuntik kesedaran dan keperihatinan masyarakat pada golongan OKU secara umum dan golongan pekak secara khusus.
Tapi sayangnya cerita ini cuma memaparkan seks dan dadah. Konflik cerita ini bermula bila Kamil masih gagal meniduri dara walaupon beberapa kali memasang perangkap dan klimaxnya bila Azman pula yang menikmati Dara. Pengarah sekarang dah berani buat babak bercumbuan dari sisi pandangan belakang pasangan bercumbuan. Aku tahu mereka bukan buat betul-betul. Tapi remaja-remaja yang di belakang tu naik syok juga! Satu lagi adengan bercumbuan Melur dan Azman di kolam mandi kering. Sangat melampau! Saya masih ingat pada akhir tahun 90-an. TV Singapura mula menayangkan adengan bercumbuan dari sisi belakang. Masa itu gegar jugalah masyarakat Singapura. Mereka berbahas baik-buruknya hal tersebut. 10 tahun kemudian? Hmmm… perkara biasa. Adakah kita juga bergerak ke arah itu?
10. Babak pemerkosaan Dara oleh Azman.
Inilah babak terakhir sebelum aku keluar dengan tangan menggigil menahan marah. Dara mabuk, tak sedarkan diri, terbaring atas katil. Azman melutut di atas Dara. Bila kamera fokus pada Azman dari depan dan dia mula buka seluar, saya terus bangun. Adakah penulis tidak belajar seni “tell but not show?”. Remaja-remaja di belakang diam. Sama ada mereka simpati pada Dara atau menikmati Dara seperti Azman. Saya tak tahu. Tak sanggup nak fikir.
11. Dalam filem ini tiada orang “baik” yang menyantuni anak-anak yang sesat.
Watak paling “baik” adalah bapa Dara. Tetapi bapa dara adalah watak “ulama penghukum”. Itu berdosa! Kau nak masuk neraka? Nak jadi macam mak kau? Bapa dara menghukum anaknya secara fizikal. Dara tertekan. Dara kurang kasih sayang. Stereotaip? Heh.
Kenapa saya marah?
Kata Syarifah Amani, “Kita jangan menipu atau jangan cuba sorok [realiti] … Itu cara kita berdakwah. Insya Allah, orang dapat kebaikan daripadanya” Saya anggap Amani tersasul menyebut “dakwah”. Siapakah sasaran penonton cerita ini? Pemimpin negara? Supaya mereka mahu buka mata pemimpin negara akan keseriusan masalah sosial di negara ini? Atau adakah mereka sasarkan ibu bapa yang mempunyai anak remaja? Supaya ibu bapa berjaga-jaga akan tingkah laku anak mereka? Jangan sorok fakta, sasaran penonton filem ini adalah remaja. Seperti
remaja-remaja yang duduk di barisan belakang ketika saya menonton. Adakah filem ini mampu beri pengajaran baik? Anda nilaikan sendiri dari cerita saya di atas. Sebelum keluar panggung saya sudah mendengar kesannya. Saya tidak pekak.
Bergiat secara aktif dalam NGO, membuka telinga saya dari kepekakan terhadap isu-isu sosial. Saya mengenali Puan Vimmi Yasmin Razak secara peribadi walaupon saya baru pernah berjumpanya sekali. NGO kami telah bekerja sama beberapa kali. Ketika beliau mula menubuhkan Rumah Kita (rumah perlindungan untuk ibu remaja dan anak tidak sah taraf), Our Touch menyokong dengan dana sewa selama setahun. Saya membaca luahan rasa Kak Vimmi setiap hari di facebook beliau. Tentang anak-anaknya, tentang cucu- cucunya. Kerisauannya tentang gejala sosial yang melanda generasi muda negara ini dan jerit perih mencari dana untuk membela mereka. Anak-anak yang tersasar ini, beliau peluk dan pelihara. Tapi siapa akan merawat puncanya? Kejahatan tak perlu di ajar, syaitan ada di mana-mana. Kenapa kita mahu membantu syaitan? Bukan ada satu saja rumah perlindungan seperti ini di negara kita, banyak! Bukalah telinga anda, dan dengarkan rintihan mereka.
Kenapa saya marah? Menurut Ustaz Pahrol Mohd Joi, jika anda tak merasa marah melihat kemungkaran, tepuk dada tanya iman. Marah bukan sesuatu yang sentiasa negatif. Saya marah bila remaja-remaja di belakang saya menikmati cerita ini dengan gelak tawa. Seolah-olah kesemua yang kerja salah yang dilakonkan adalah “normal”. Saya bukan marah kepada mereka. Saya marah dan kesal kerana mereka tidak mampu melindungi diri sendiri dan tidak dilindungi masyarakat dari anasir-anasir seperti ini. Perbuatan songsang diringankan dengan komedi. Penjual dadah adalah “hero”. Ringan-ringan tak apa.
Kau tidak adil kau tidak menontonnya sampai habis
Durasi filem ini 1 jam 36 minit. Filem bermula kira-kira jam 8.05 malam dan saya keluar kira-kira 9.25 malam. Selama satu jam dua puluh minit filem tu penuh dengan adengan-adengan rendah moral dan ia belum berakhir. Adakah anda fikir beberapa minit terakhir filem tu mampu
memurnikan minda anak-anak remaja yang tercemar dengan segala kebejatan yang diajar selama sejam lebih sebelumnya? Dapatkah mereka memadam imej-imej rendah moral dan dialog-dialog rendah akhlak dari minda mereka?
Tindakan Brunei tepat
Media-media Malaysia melaporkan antara alasan mengapa Brunei mengharamkan filem Pekak kerana ada adengan seperti perempuan menghisap rokok. Sebenarnya adengan perempuan menghisap rokok tu yang paling sopan. Adengan lain lebih teruk lagi. Lelaki perempuan sama
saja. Adengan hisap dadah. Adengan panjat tembok sekolah. Adengan bercumbu. Adengan curi keluar malam dengan lelaki.
Tapi mereka kan menang anugerah di luar negara?
Adakah kiblat kita di Cannes? Asal mereka mengiktiraf filem kita maka kita ‘terpaksa’ mengiktirafnya sama? Apakah pembaris akhlak mereka sama dengan kita? Tanpa mengguna penilaian agama pon, adakah nilai budi bahasa kita sama seperti mereka? Ironi, Perancis tak pernah menjajah kita tapi kita pula terhegeh-hegeh mahu menyanjung mereka. Saya menerangkan analogi ini kepada kawan saya. Pelancong barat sangat suka ke Phuket. Phuket adalah syurga dunia. Pelbagai pesta sepanjang tahun. Full moon? Half moon? Arak murah, perempuan bersepah. Tetapi apakah Phuket tempat pelancongan terbaik untuk kita?
Filem ini memang PEKAK
Bukan filem ini saja tajuknya Pekak. Penulis, pengarah, penerbit sampai kepada pihak yang meluluskan tayanyan filem ini. Semuanya Pekak. Pekak pada masalah sosial negara. Pekak pada tata susila. Pekak pada keresahan masyarakat. Pekak pada rintihan pihak-pihak yang saban
hari berjuang membawa pulang anak-anak yang tersesat di jalan gelap. Jika anda tak mampu membantu mereka, janganlah menambah masaalah yang ada!
Sinopsis cerita boleh baca disini
Ketika melangkah keluar panggung, ada dua stroller di ruang tepi. Saya secara bersahaja bersuara perlahan “Siapa yang bawa anak ni? Baliklah! Cerita ni tak elok bagi anak-anak tengok. Saya pon tak sanggup tengok lagi” Saya rasa hendak menangis lihat si kain putih bermain-main sendiri di tepi tangga sedangkan ibubapanya sedang menonton adengan rogol. Sedih dan marah. Tangan saya menggigil.
TOLONG VIRALKAN...
No comments:
Post a Comment