Wednesday, September 21, 2016

Darjah PSM Yang Diterima Oleh Nallakarupan Setaraf Hakim Mahkamah Persekutuan



Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang dikurniakan oleh kerajaan Najib kepada S Nallkarupan kini setaraf Hakim Mahkamah Persekutuan.

Antara Hakim Mahkamah Persekutuan yang menerima darjah yang sama dengan Nalla adalah Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Penganugerahan darjah ini adalah bagi mengenang jasa mereka kepada negara dan rakyat.

Apa jasa Nallakarupan kepada negara dan rakyat?

Nallakarupan juga dikurniakan Ahli Dewan Negara itu pernah mahu menyaman Tun Mahathir kerana beliau kehilangan tiga jawatan pentingnya iaitu Pengarah Eksekutif Perhubungan Awam Magnum, Pengarah Kamunting Corporation Bhd. dan Pengarah Malaysian Plantations Bhd. setelah dipenjara.

No comments:

Post a Comment