Wednesday, September 14, 2016

Bajet 2017: Kerajaan jangan korban sektor pendidikan dan kesihatan



Dr Dzulkefly Ahmad Dr Dzulkefly AhmadKerajaan tidak boleh mengabaikan atau berkompromi terhadap sektor yang bersangkutan dengan kepentingan rakyat dan generasi akan datang dalam penyediaan Bajet 2017 yang akan dibentang pada Oktober depan, kata Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, amat penting sektor seperti pendidikan, kesihatan dan kemudahan infrastruktur diberi keutamaan dalam pelaksanaan bajet tahun hadapan.
Kerajaan katanya juga, tidak boleh selesa dengan pengumuman tentang pendapatan isi rumah yang meningkat sebanyak RM1, 141 kepada RM6, 141 sebulan, kajian Keadaan Isi Rumah ll  sepertimana Laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).
Kerajaan  tidak perlu diingatkan bahawa golongan berpendapatan RM3000 ke bawah meminjam tujuh kali nisbah pendapatan mereka untuk menyara keluarga mereka, mengikut kata penganalisis ekonomi Tan Sri Ramon Navaratnam, katanya.
Lebih penting adalah ketidakserataan (jurang) pendapatan dan kekayaan. Sebagai contoh, Dr Dzulkefly memetik kenyataan Pengarah Urusan KRI, Datuk Charon Mokhtar yang menekankan ketidakseimbangan di segi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan simpanan (Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Ternyata ketara ramai rakyat tidak menyimpan secukupnya untuk tempoh persaraan selama 20 tahun kerana terlalu banyak berhutang. Mereka ini terdedah kepada episod kejutan ekonomi (economic shocks) seperti krisis ekonomi dan kemelesetan.
Walaupun KRI mengiktiraf jangka hayat bertambah, namun kenaikan harga makanan khususnya, adalah lebih ketara dan membimbangkan berbanding inflasi secara menyeluruh mengikut Pengarah Urusannya.
Justeru Dr Zulkefly yang juga mantan Ahli Parlimen Kuala Selangor itu mengesa peruntukan belanjawan 2017 itu mestilah memastikan keutamaan dan keseimbangan bagi menangani keperluan utama rakyat.
Kerajaan sebelum ini sudah pun membuat pemotongan biasiswa dalam sektor pendidikan diharap tidak membuat pemotongan sama dalam Bajet 2017.Kerajaan sebelum ini sudah pun membuat pemotongan biasiswa dalam sektor pendidikan diharap tidak membuat pemotongan sama dalam Bajet 2017."Strategi perdana menteri adalah untuk mengalakkan rakyat berbelanja sebagai memacu pertumbuhan melalui perbelanjaan domestik dan isi rumah.
"Namun jangan korbankan masa depan rakyat dengan bebanan hutang. Lebih mustahak adalah untuk pastikan keutamaan rakyat dan kepentingan generasi akan datang seperti dalam bidang pendidikan dan perkhidmatan kesihatan.
"Persoalan biasiswa terkorban kerana dana tidak cukup sementara projek mewah diteruskan. Peruntukan asas sekolah pun tidak diperuntukkan secukupnya sehingga ada menteri tuntut PIBG untuk peruntukan dana kegiatan sekolah," ujarnya kepada Malaysia Dateline ketika diminta pandangan mengenai cadangan penyediaan Bajet 2017 kepada kerajaan.
Perbelanjaan keterlaluan Kerajaan
Perbelanjaan kerajaan untuk 'refurbish' Tugu Peringatan kepada Taman Tugu adalah keterlaluan disaat ketidak tentuan ekonomi global dan domestik.Perbelanjaan kerajaan untuk 'refurbish' Tugu Peringatan kepada Taman Tugu adalah keterlaluan disaat ketidak tentuan ekonomi global dan domestik.Terkini, ujarnya lagi, perbelanjaan kerajaan untuk 'refurbish' Tugu Peringatan kepada Taman Tugu, yang dikatakan kerajaan akan berbelanja sebanyak RM650juta adalah 'keterlaluan'.
"Sedangkan kerajaan sebelum ini sudah pun membuat pemotongan dalam sektor pendidikan dan kesihatan.

No comments:

Post a Comment