Sunday, September 18, 2016

Persempadanan Semula Hanya Untungkan BN



Usaha persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jelas mendatangkan keuntungan kepada BN.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan itu juga melanggar semangat demokrasi dan prinsip keadilan dalam proses pilihan raya.

“Saya menggesa agar pengundi yang terkesan akibat pemindahan mendadak di kerusi-kerusi Parlimen dan Dun untuk segera memasukkan bantahan mereka.

“Walaupun ramai yang mungkin bertanya ke mana hala tuju negara selepas ini, atau apakah kita mampu menyelesaikan masalah-masalah besar seperti dialami sekarang, saya percaya ramai juga yang masih menaruh harapan bahawa wujud masa depan yang lebih baik buat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, SPR memaklumkan akan melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi negeri-negeri Tanah Melayu berlandaskan peruntukkan Fasal 2 Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan.

SPR juga akan melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi Sabah selaras dengan pindaan Fasal 2 Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang telah diwartakan pada 18 Ogos 2016.

Katanya, rakyat harus terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan keadilan dan melawan kezaliman.

“Saya percaya dengan iltizam rakyat untuk menentukan masa depan negara yang lebih cerah, sekali gus mengatasi keruncingan yang melanda,” katanya laporSInar

No comments:

Post a Comment