Wednesday, September 21, 2016

Berbekalkan Surat Kenyataan Palsu 'Ala-Ala' Tulisan Lokman Adam Bernama Ceduk Bulat-Bulat Buat Berita



Bernama merupakan pertubuhan Berita Nasional Malaysia yang membawa nama Malaysia namun hingga ke peringkat antarabangsa. Namun di zaman pemerintahan kini Bernama sudah tidak lagi dipercayai.

Sebelum ini Bernama buat hal dengan memuat naik berita PALSU mengenai Rosmah yang kononnya mendapat anugerah 'Lead By Example' daripada Antiquities Coalition oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) tetapi sebenarnya telah dibatalkan kerana pihak penganjur mencurigai dana yang diperolehi oleh Rosmah.

Semalam Bernama buat hal lagi demi mempertahankan Najib hanya berbekalkan surat palsu yang kemungkinan ditulis oleh geng Lokman Adam, Bernama terus ceduk bulat-bulat isi kenyataan PALSU.

Surat PALSU tersebut seolah-olah ditulis oleh geng Lokman Adam kerana bahasanya terlalu 'buruk' malah faktanya pun salah.

Selepas Bernama memuatnaikkan berita palsu, hampir kesemua suratkhabar arus perdana seperti Utusan Malaysia, Astro Awani dan Sinar harian turut sama memuatkan berita palsu.

Memang patut pun akhbar antarabangsa sudah tidak lagi mempercayai berita yang dikeluarkan oleh Bernama kerana Bernama banyak keluarkan berita PALSU demi untuk mempertahankan kerajaan Najib.

No comments:

Post a Comment