Wednesday, September 21, 2016

Mahathir-Anwar Tutup Cerita Lama, Kini Berganding Untuk Selamatkan Malaysia





HUBUNGAN SEMULA TUN M - ANWAR TIDAK PERLU LAGI KATA2 MAAF

Setelah bertemu dan bersalaman pada 5 September lalu selepas 18 tahun bermusuhan, Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim sekali lagi membuat kejutan dengan mengeluarkan kenyataan media bersama berkaitan Akta Majlis Keselamatan Negara.

Dalam kenyataan bersama satu mukasurat yang mengecam Najib Razak kerana melaksanakan Akta Majlis Keselamatan Negara itu, tandatangan Tun Mahathir dan Anwar terpampang sebelah-menyebelah di atas sehelai kertas, suatu keadaan yang tidak dijangka akan dilakukan oleh kedua-dua tokoh itu.




Dengan seorang di luar dan seorang lagi dalam penjara, kenyataan bersama beserta tandatangan masing-masing itu seperti memperlihatkan gandingan Tun Mahathir dan Anwar sedang berpadu tenaga semula, bukan saja untuk menyingkirkan Najib, tetapi juga memulihkan imej negara.

Dua langkah besar Tun Mahathir dan Anwar, bertemu serta bersalam dan kemudian mengeluarkan kenyataan secara bersama beserta saksi tandatangan masing-masing, ia seharusnya menutup sama sekali semua cerita-cerita lama penuh duka antara mereka.

Sebelum Tun Mahathir mengunjungi Anwar, bekas Ketua Pembangkang itu sudah acapkali mengatakan beliau telah lama memaafkan kesalahan bekas Perdana Menteri itu selepas pemecatannya pada 1998 dahulu.

Melalui kunjungan ke mahkamah, bertemu, bersalam dan turut mengadakan perbincangan selama 30 minit, Tun Mahathir sebenarnya sudah dianggap bermaaf-maafan dengan Anwar. Genggaman erat tangan Anwar menyambut salam Tun Mahathir juga bererti Anwar sekali lagi menunjukkan kepada umum bahawa beliau sudah memaafkan dan melupakan sejarah lalu.

Perbuatan yang ditunjukkan jauh lebih bermakna daripada ungkapan maaf yang diluahkan melalu kata-kata.

Lagi pun kedua-dua mereka, Tun Mahathir dan Anwar adalah pemimpin hebat. Tiada duanya seperti mereka di negara kita ini. Kepentingan negara yang ada dalam jiwa mereka sentiasa mengatasi dendam peribadi.

Semalam Anwar sekali lagi melahirkan penghargaan kepada Tun Mahathir, tidak saja kerana sokongannya berhubung Akta Majlis Keselamatan Negara, tetapi juga mengenai reformasi untuk negara.

Di sebalik memahami derita yang mungkin ditanggung oleh keluarga dan anak-anaknya, terutama Nurul Nuha yang mahukan Tun Mahathir memohon maaf baru-baru ini, beliau turut mengatakan, "Cukuplah, saya sudah maafkan ramai orang tetapi yang saya bimbangkan ialah keadaan sekarang kerana pada masa ini rakyat harus hentikan gangguan dan ketidakadilan."

Kata-kata Anwar menggambarkan betapa iltizamnya ialah ingin terus bergerak ke hadapan bersama apa yang sedang diusahakan oleh Tun Mahathir dengan parti-parti pembangkang sekarang ini.

Dengan itu, sama ada perlu Tun Mahathir melafazkan kata-kata maaf atau Anwar secara terbuka memaafkan bekas Perdana Menteri itu, seharusnya tidak berbangkit lagi.

Sudah bergerak bersama untuk menyelamatkan negara, dalam erti kata lain, kedua-dua mereka telah saling memaafkan, melupakan peristiwa silam dan sedang membina tali persahabatan baru yang lebih bermakna. -shahbudindotcom



VIDEO BERKAITAN


ULASAN GB

GB bersetuju dengan pandangan Sdra Shahbuddin Husin. Apabila salam bersambut dan deklarasi bersahut, apa lagi perlu diunkit kisah lama.

Yang penting kini ialah negara perlu diselamatkan. Negara kini berada di tebing jurang kehancuran dan malapetaka angkara Najib dan konco-konconya.

Di media sosial tersebar foto-foto pertemuan Tun Mahathir dengan pemimpin pakatan pembangkang. Ini petanda baik. Kesediaan TDM untuk mengepalai Pakatan Pembangkang akan menyeragamkan fikiran dan tindakan di kalangan parti-parti pembangkang.






Inilah harapan rakyat, tunggak rakyat untuk Selamatkan Malaysia.

Yang jelas di dalam foto itu ialah pemimpin DAP, AMANAH, PKR, PPBM dan beberapa orang pemimpin NGO. Dan amat nyata bahawa mereka yang yang hadir itu mewakili pelbagai lapisan rakyat.

UMNO, PAS dan komponen BN tak masuk book. Mereka adalah penghancur negara dan pemusnah harapan rakyat.

No comments:

Post a Comment