Sunday, September 18, 2016

HOT ~ Kerajaan Ingkar Perintah Raja Raja..!








Layan...


Kerajaan Ingkar Perintah Raja-raja


TUN Dr Mahathir Mohamad hari ini melaporkan kepada pelopor Deklarasi Rakyat di rumahnya di Seri Kembangan hasil menghadap Yang di-Pertuan Agong 15 September lepas.


Dr Mahathir menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah bagi menyerahkan petisyen Deklarasi Rakyat kepada Seri Paduka Baginda.


Hadir dalam mesyuarat hari ini adalah penandatangan dari parti-parti politik, badan bukan Kerajaan, bloggers dan penggiat media sosial.


Mesyuarat memperbaharui keputusan untuk menyembahkan petisyen yang sama kepada Majlis Raja-raja melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu.


Selain itu, usaha juga akan dibuat untuk menghadap mana-mana Raja Melayu yang sanggup berjumpa dengan wakil Deklarasi Rakyat.


Mesyuarat diperingatkan semula mengenai titah Raja-Raja Melayu pada 6 Oktober tahun lalu yang mahukan kerajaan menyelesaikan siasatan berkaitan 1MDB secepat mungkin dan mengambil tindakan tegas yang bersesuaian ke atas semua yang didapati terlibat dan arahan Persidangan Raja-raja kepada Peguam Negara, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali, pada 17 Februari supaya membuat beberapa pindaan ke atas Akta Majlis Keselamatan Negara.


Sebaliknya, Apandi menutup siasatan ke atas 1MDB dan membebaskan Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Tun Abdul Razak daripada segala tanggungjawab.


Akta Majlis Keselamatan Negara pula dikuatkuasakan menjadi undang-undang pada 4 Ogos tanpa mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong.


Dr Mahathir mengulangi hujah beliau bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapat perintah mengenai status undang-undang akta tersebut di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong boleh meminta mahkamah agung memberi pendapat mengenai kesan mana-mana peruntukan perlembagaan. (Baca lanjut di sini)


Mesyuarat berpendapat kerajaan telah mengingkari dan tidak mempedulikan titah Raja-raja mengenai 1MDB dan Akta MKN.


Wallahuaklam.


kadirjasin


Usaha menyelamatkan agama, bangsa dan negara perlu diteruskan walau apa jua rintangan..!


Berani kerana benar..!


Lu Fikir La Sendiri!!!

Posted by PUTRA MERDEKA

No comments:

Post a Comment