Thursday, August 21, 2014

UMNO/BN : KALAU KAMI MENANG, KAMI BUAT BAHASA URDU PULOK ...

Khutbah Jumaat Bahasa Cina (Mandarin) di Pulau Pinang.

‎DIFAHAMKAN salah sebuah masjid di Pulau Pinang menjadi masjid pertama di Malaysia yang ‎menyampaikan khutbah Jumaat dalam Bahasa Cina (Mandarin).

Di bawah ini keratan akhbar yang melaporkan perkara itu (sumber — Facebook).


Jika Khutbah Jumaat pun disampaikan dalam bahasa Cina, maknanya ramailah Cina Muslim di Pulau Pinang, sekurang-kurangnya lebih 40 orang

Bagi aku ini satu perkembangan yang sangat baik‎, khatib yang menyampaikan khutbah boleh mengambil peluang menunjukkan keindahan Islam sebagai jalan dakwah setiap minggu.

Aku harap tiada kumpulan² mengaku pejuang Melayu di Pulau Pinang yang akan buat ‎demonstrasi atau laporan Polis membina persepsi Islam dihina, Bahasa Melayu dipinggirkan, Cina hina Islam, Cina anti Bahasa Melayu dan lain-lain anda sebutlah sendiri.

Lagipun selama ini memang banyak masjid-masjid menyampaikan khutbah dalam bahasa selain Melayu, contohnya Masjid India dan masjid-masjid yang majoriti jemaahnya terdiri daripada suku kaum tertentu di Sabah dan Sarawak.

"Kumpulan mengaku pejuang Melayu di Penang tu bukan Melayu pun, cuma perasan Melayu"

No comments:

Post a Comment