Tuesday, August 19, 2014

pm kita : aku tak mau komen apa-apa ...

Semua pakat kalut bila Mahathir istihar perang dengan Najib

Mubarak minta Dr M henti 'perang dingin' terhadap PM

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) meminta bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan 'perang dingin' secara terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata Dr Mahathir boleh menyuarakan sebarang teguran secara kekeluargaan kepada Najib dan bukannya mengkiritik dengan cara terbuka.
  
"Mubarak amat kesal dengan kritikan terbuka yang diluahkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
"Implikasi keterbukaan ini akan merosakkan perjuangan yang Tun (Dr Mahathir) sendiri akui masih belum selesai lebih-lebih lagi ia kini telah pun mengelirukan anggota-anggota parti dan rakyat keseluruhannya," katanya dalam satu kenyataan semalam.
  
Dr Mahathir menerusi blognya www.chedet.cc berkata beliau terpaksa menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Najib kerana melihat dasar dan tindakan beliau tidak berkesan.
  
Dr Mahathir berkata berdasarkan situasi semasa dalam negara, kepimpinan Najib perlu diperbaiki, justeru itu beliau terpaksa mengambil pendekatan menarik balik sokongannya supaya Najib mempelajari sesuatu.
  
"Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13 (Pilihan Raya Umum Ke-13). Malangnya, sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Najib," kata Dr Mahathir dalam blognya itu.

No comments:

Post a Comment