Tuesday, August 5, 2014

ORANG TANJUNG DAWAI : KALAU CAKAP MACAM NEH, KAMI PUN BOLEH JADI ADUN !!!

Rakyat bukan nak ambil tahu bajet negeri ke perseketuan, yang kami tahu habaq "jalan berlubang & berlopak"

Baik pulih Jalan Semeling-Bedong berlopak tunggu bajet JKR

SUNGAI PETANI :  - Masalah laluan berlubang dan berlopak yang membelenggu pengguna Jalan Semeling-Bedong dekat sini akan diatasi sebaik sahaja Jabatan Kerja Raya (JKR) memperoleh peruntukan dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri, Datuk Tajul Urus Md. Zain berkata, ketika ini, beberapa tindakan susulan mula dilaksanakan oleh JKR bagi mengatasi masalah berkenaan.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri tidak dapat menggunakan peruntukan sedia ada bagi memperbaiki laluan berkenaan memandangkan jalan tersebut adalah jalan Persekutuan dan diselenggarakan oleh JKR Persekutuan.

"Saya juga merupakan pengguna laluan ini dan faham benar masalah yang dihadapi pengguna. Namun begitu, kita perlu menunggu kelulusan daripada kerajaan pusat untuk mengeluarkan peruntukan membaik pulih.

"JKR negeri telah memajukan perkara ini dan sebanyak RM3.2 juta diperlukan. Kita berharap ia dapat diluluskan dalam tempoh terdekat. Apabila lulus, langkah seterusnya akan diambil dalam kadar segera," katanya kepada pemberita selepas meninjau jalan tersebut di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah JKR Kedah, Samsudin Bakar.

Tajul Urus mengadakan lawatan tersebut susulan daripada aduan yang dibuat orang ramai menerusi laman web sosial berhubung kesulitan yang mereka hadapi apabila menggunakan jalan tersebut.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai memberitahu, JKR turut memberikan jaminan bahawa masalah tersebut akan diatasi segera demi memastikan keselamatan dan keselesaan para pengguna.

"Pada masa sama kita meminta pengguna jalan raya agar berhati-hati dan tidak memandu atau menunggang kenderaan mereka secara melulu bagi mengelakkan kemalangan," katanya.

No comments:

Post a Comment