Monday, August 18, 2014

TUN DR. M: NAJIB AMAT MENGECEWAKAN ???

Dasar kerajaan Najib rosakkan hubungan kaum, ekonomi dan kewangan negara — Tun Mahathir.

‎MANTAN Perdana Menteri Malaysia, yang paling lama berkuasa, Tun Mahathir hari ini secara terbuka membelasah Datuk Seri Najib Tun Razak melalui tulisan di blog miliknya.

Melalui tulisan panjang lebar di blognya, chedet.co.cc  termasuk petikan beberapa kisah dongeng tentang raja dan pembesar kaki ampu‎, Tun Mahathir menyimpulkan di akhir tulisannya bahawa dasar pentadbiran Najib sebagai merosakkan hubungan antara kaum, ekonomi dan kewangan negara.

"Sesungguhnya, banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara" tulis beliau. 



‎Jika dilihat, kesimpulan yang dibuat oleh Tun Mahathir di dalam membelasah Najib ini sama sahaja seperti yang dikatakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat berulang kali sebelum ini.

Nampaknya Tun Mahathir sudah sedar bahawa apa yang dikatakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat berulang kali sebelum ini, tiada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka.

Namun apakah perkara tersirat di sebalik serangan terbaru Tun Mahathir terhadap kepimpinan Najib Tun Razak ini?

"Mukhriz Mahathir to be Prime Minister before 2020"

No comments:

Post a Comment