Sunday, August 10, 2014

MENTRI KOM & MULTI BERBUIH : KAMI TAK DAK KERJA, NAK BUAT KERJA LER NEH ...

Baik Kerajaan Hapus GST, Bukan Tutup Facebook


[gambar fail]
Orang ramai memberikan pelbagai reaksi berhubung cadangan Kerajaan Pusat untuk mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook.

Tinjauan Selangor Kini mendapati ada yang menyokong, namun ramai membantah dan ada juga mencadangkan laman sosial alternatif disediakan.

“Lebih baik cadangkan kabinet berkeras tutup pusat aktiviti judi dan pusat hiburan yg ‘serve arak’,” kata Eric Draven.

“Ramai sokong GST dihapuskan, kerajaan nak hapuskan ke tak,” soal Rizal Rodzuan.

“Nak tutup boleh, tapi mesti digantikan dengan satu aplikasi lain yg seakan Facebook ni supaya senang kita mengikuti perkembangan dunia terutama isu palestin dan isu-isu semasa,” cadang Haswandy Mahuddin pula.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Chee,k berkata Kerajaan Pusat sedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran aduan penyalahgunaan laman berkenaan.

Memetik laporan Bernama, Shabery bagaimanapun berkata, jumlah aduan aduan yang diterima sekitar 2,000 sahaja berbanding jumlah akaun di negara ini yang mencecah angka 15 juta.

tutupFB2

“Jika orang ramai berpendapat Facebook harus ditutup, kita bersedia untuk melihat perkara itu tetapi ia satu pendekatan yang radikal.

“Ramai orang berniaga guna Facebook, jalin hubungan kekeluargaan dan tak ada kena mengena dengan politik pun, aduan kita terima sekitar 2,000 sahaja.

Apakah dengan 2,000 laporan itu kita nak tutup sepenuhnya, itu kita perlu tengok balik”, katanya dipetik Bernama.


                                          Daftar akaun Facebook dengan SKMM

Kerajaan perlu mempertimbangkan agar semua pemilik akaun laman sosial Facebook berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memudahkan pengenalpastian identiti pemilik akaun.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Mohamad Md Yusoff berkata, langkah itu adalah wajar berbanding menutup Facebook supaya pemilik akaun tidak sewenang-wenangnya menyalahgunakan laman sosial.

"Sekarang ini, bila berlaku kes seperti menghina (Yang di-Pertuan) Agong, mempersenda agama, fitnah dan sebagainya di Facebook, kita susah nak jejaki siapa yang melakukannya, lepas itu ada pula alasan kena godam, akaun palsu dan server daripada luar," katanya kepada Bernama.

Baru-baru ini tindakan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebook oleh pemilik akaun 'Chandra Lawan Tetap Lawan' mendapat kecaman orang ramai dan sehingga kini SKMM sedang bekerjasama dengan polis bagi menjejaki individu itu.

Pensyarah Kanan Program Komunikasi Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Saat Awang Damit pula berkata, sekiranya cadangan itu dilaksanakan, SKMM perlu meneliti setiap permohonan pendaftaran akaun laman sosial itu bagi memudahkan pengesanan identiti.

"Misalnya, SKMM terima permohonan hari ini, dia tak boleh lulus terus, ambil masa beberapa hari sehingga ke seminggu untuk pastikan semua butir permohonan seperti nama, alamat, ID pengguna adalah betul," kata Saat.

Katanya ia bertujuan mewujudkan suasana bertanggunjawab di kalangan pengguna Facebook di samping menggunakan laman sosial itu untuk memberikan idea-idea bernas.

Saat juga berkata, keintelektualan seseorang individu yang berkongsi komen atau pandangan melalui media sosial perlu kena pada tempat dan asasnya supaya tidak berlaku salah faham dan maklumat tidak tepat disebarkan.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Program Komunikasi FKSW UMS, Dr Haryati Abdul Karim berkongsi pandangan sama agar pemilik akaun laman sosial itu berdaftar dengan SKMM.

Beliau berkata, adalah tidak wajar menutup Facebook hanya disebabkan oleh segelintir pihak yang menyalahgunakan fungsi laman sosial itu.

Dalam pada itu, Haryati mencadangkan agar satu undang-undang seperti Anti-Ungkapan Kebencian diwujudkan yang menghalang seseorang itu daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya dan boleh menimbulkan kebencian serta menghina bangsa, etnik, agama dan kewarganegaraan.

Undang-undang itu banyak diguna pakai di Eropah seperti Denmark, Perancis, Belanda dan United Kingdom bagi mengekang golongan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan laman sosial dengan mengeluarkan kenyataan kesat dan fitnah untuk menimbulkan rasa benci masyarakat.

Jumaat lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu.

Beliau berkata, kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.

- Bernama


    DAP akan anjur demonstrasi seluruh negara jika kerajaan BN haram Facebook

DAP akan menganjurkan demonstrasi di seluruh negara jika Kerajaan Persekutuan meneruskan cubaan mereka untuk menutup dan mengharamkan penggunaan media sosial Facebook.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, DAP menentang keras cubaan jahat tersebut kerana bertentangan dengan prinsip demokrasi dan menyekat hak rakyat.

“DAP menentang kuat percubaan BN ini dan tidak teragak-agak menganjurkan demonstrasi di seluruh negara.

“Tindakan ini jelas menafikan hak kebebasan bersuara rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka dan kembali kepada zaman regresif dengan membenarkan hanya mereka yang mempunyai kawalan monopoli ke atas media berhak bersuara,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook dengan alasan kononnya mengakibatkan pelbagai penyalahgunaan di laman itu,

Shabery turut berkata kementeriannya akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklumbalas orang ramai berhubung perkara itu.

Kenyataan Shabery itu mengundang kemarahan pengguna media sosial terutamanya anak muda, sehingga sebahagian mereka membuat kiriman di laman Facebook dengan menyindir cadangan kerajaan tersebut dan menulis ‘kerajaan guna Facebook untuk tutup Facebook’.

Tambah Guan Eng cadangan kerajaan adalah langkah mundur ketika sektor perniagaan dan peluang mengembangkan ekonomi banyak bergantug kepada perkhdimatan laman media sosial tersebut.

“Langkah itu sekaligus memusnahkan peluang ekonomi internet yang bergantung kepada Facebook dan boleh membawa kerugian besar berjuta-juta (ringgit).

“(Manakala) hak golongan miskin dan anak muda untuk berkomunikasi melalui media sosial secara mudah dan murah juga turut dicabuli,” katanya.

Pada sidang media sama Guan Eng mengutuk keras tindakan kerajaan menyalahguna Akta Hasutan untuk menekan pemimpin DAP seperti dilakukan terhadap Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang hanya kerana sebuah artikel tentang kematian Teoh Beng Hock.

- Roketkini

No comments:

Post a Comment