Thursday, August 21, 2014

TUN DR. M : BERAKHIRNYA SEBUAH CINTA ...

Ini MAHATHIR Lah !


 Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Baru sahaja Pakatan Rakyat melepasi kemelut panjang isu MB Selangor, kini giliran BN pula resah dengan stand Tun Mahathir yg secara tiba-tiba menyatakan rasa tidak puas hati dengan pentadbiran Najib yg lemah, seterusnya menarik balik sokongan terhadap Najib. Tidak hairanlah, kerana siapa tidak kenal Dr Mahathir. Sesiapa sahaja yang tidak membawa aspirasi Mahathirisme, akan dilawan, dicantas dan diserang.
2) Tunku Abdul Rahman sudah kena. Tengku Razaleigh pun sudah kena. Anwar Ibrahim lagi teruk kena. Dan kita tahu Pak Lah yg ada gelaran Mr Clean pun tersungkur dek tekanan Sang Mahathir. Maka tidak hairan, apabila Najib tidak bersesuaian dengan kehendaknya, dia akan bertindak selagi hayat masih dikandung badan.

3) Ketika beliau meletakkan jawatan, Pak Lah dipilih menggantikannya kerana mahu imej Pak Lah yang merupakan cucu ulama besar, akan dapat menyekat perluasan kuasa PAS yg dilihat semakin rancak selepas Anwar dipecat dan keputusan PRU 1999 yg menggusarkan beliau. Strategi mengangkat Pak Lah dengan slogan Islam Hadhari -nya berupaya merencatkan PAS, PRU 2004 PAS hilang Terengganu.

4) Walaupun Slogan Islam Hadhari membuatkan BN menang besar 2004, tetapi aspirasi Islam Hadhari tidak selari dengan Mahathirisme. Maka Dr Mahathir sendiri mengkritik kepimpinan Pak Lah secara terang-terangan. Suara kritikan dan herdikan beliau dibesar-besarkan pembangkang, memudahkan tekanan yg beliau berikan kepada Pak Lah digandakan.

5) Pada masa yang sama, Najib yg dilihat ada potensi oleh Dr Mahathir, bermain "Playsafe". Dalam diam Najib memulakan kempen 1Malaysia ketika Pak Lah sedang bersilat dengan Dr Mahathir. Kempen 1Malaysia sudah berjalan sebelum Pak Lah letak jawatan lagi. Sudah ada web www.1malaysia.com ketika Najib menjadi TPM lagi, dan saya tak pasti jika ia wujud lebih awal dari itu. Aspirasi 1malaysia yg cuba menerapkan nilai pelbagai kaum ini menarik perhatian Dr Mahathir sebagai sesuatu yg boleh diketengahkan untuk menggantikan konsep Islam Hadhari.

6) Maka Najib menjadi pilihan. Idea gagasan 1Malaysia mungkin idea yg cukup kuat untuk mengembalikan dominasi BN yg kalah teruk pada 2008. Dr Mahathir menyerang Pak Lah. Juak-juak Pak Lah cuba mem-backup Pak Lah. Ada menteri yang sebut "Kita hormat Mahathir, tapi setia menyokong Pak Lah". Namun akhirnya Pak Lah ditekan sehingga terpaksa meletakkan jawatan. Begitu sekali mereka hina Pak Lah sehingga "berterima kasih kepada Pak Lah kerana meletakkan jawatan".

7) Maka naiklah Najib dan mula membesarkan kempen 1Malaysia. Pelbagai inisatif dan bantuan kepada rakyat miskin diperkenal. Semua kerja-kerjanya dicop dengan logo 1malaysia, supaya orang enal itu kerja Najib. Lama kelamaan Dr mahathir dapat mencium ketidak bagusan konsep 1Malaysia yg Najib bawa. Beberapa kali beliau menegur. Mungkin tegurannya tidak dapat mengubah Najib yg semakin blur dan berkecamuk. Tambahan banyak insiden luar kawalan yg semakin menjadi-jadi yg Dr mahathir nampak Najib gagal mendepaninya.

8 ) Akhirnya Dr Mahathir mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Najib. Ada yg cuba pertahan Najib dengan ayat "Kita hormat Mahathir, tapi sokong Najib"., ada yang suruh Mahathir tegur secara dalaman. Mereka sudah rasa bahang nya sebagaimana ketika Mahathir serang Pak Lah. Itu lah Mahathir yang kamu tidak belajar daripada sejarahnya!

9) Kalau dulu Pak Lah diserang, Najib mula kempen 1Malaysia nya secara senyap-senyap, kali ini ketika Najib diserang Mahathir, apa yang Muhyidin buat? Dr Mahathir pun belum tunjuk apa-apa hint untuk Muhyidin ganti Najib. Kenapa? Mudah, Muhyidin langsung tak ada apa-apa idea untuk memacu negara! Pak Lah ada Islam Hadhari-nya, Najib ada 1Malaysia-nya... Muhyidin masih leka dibuai kerusi TPM, dgn harapan lepas Najib kompon dia jadi PM.

10) Tetapi serangan Dr Mahathir terhadap Najib membuka mata Muhyidin, mungkin. Jika Najib tumbang, harapnya Mahathir akan memilihnya. Tapi atas kapasiti apa? Tidak hairan Muhyidin baru-baru ini mengumumkan mana-mana Bahagian Umno yg dapat memberikan idea yg bombasitik, idea yg WoW kepadanya, akan diberi hadiah bernilai RM10,000. Terkial-kial dia mencari idea untuk menambat hati Dr Mahathir!

11) Itulah sedikit sebanyak ulasan saya mengenai serangan terbaru Dr Mahathir.

Sekian

No comments:

Post a Comment