Friday, August 29, 2014

PM BUKAN MELANCONG, DIA MELENCUNG ....

'Mahathir mahu PM bekerja, bukan melancong'

 

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib melihat bahawa kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan berlaku kelemahan dalam pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Antara petanda kelemahan itu termasuk termasuk kemunculan banyak gerakan pendesak berhaluan kanan, kata Muhammad, yang kini menyertai PAS.

Dalam kenyataannya yang dilaporkan lidah parti PAS, Harakahdaily itu, beliau turut membangkitkan mengenai percutian Najib baru-baru ini.

"Mahathir tegas dalam segala hal membabitkan negara ini, beliau mahukan yang terbaik untuk rakyat.

"Apabila beliau kritik Najib itu menunjukkan ada yang pincang dalam pentadbiran sekarang, mungkin beliau mahukan perdana menteri yang bekerja dan bukannya melancong,” katanya.

Menurut Muhammad, Mahathir bimbang dengan kelemahan Najib dalam menangani isu kaum dan tidak akan berdiam diri sekiranya Najib tidak mengikut tuntutannya.

"Ada kita lihat waktu Mahathir mana ada wujud Perkasa, Isma atau apa-apa kumpulan yang menunjukkan mereka terlalu Melayu.

"Beliau adil untuk semua kaum tapi bila Najb mengambil Putrajaya pelbagai konflik timbul ada banyak NGO pendesak dan cuba menimbulkan pelbagai pendapat negatif," katanya.- Mkini

No comments:

Post a Comment