PERISIK dalam Agensi Kerajaan
1. Sekarang makin menjadi-jadi pula provokasi orang bukan Melayu terhadap bangsa Melayu seperti di bawah ni;
2. Lepas satu..satu provokasi seumpamanya berleluasa terutama di alam maya. Seolah ada satu gerakan tersusun yang direncanakan oleh sekumpulan individu atau organisasi tertentu bagi mengeruhkan hubungan antara kaum di negara ini.
3. Keadaan menjadi lebih buruk apabila pihak berkuasa seperti KDN, Peguam Negara (AG), PDRM dan SKMM yang sepatutnya bertanggungjawab menangani krisis antara kaum ini daripada merebak, hanya mengambil sikap sambil lewa - hanya setakat berjanji akan melakukan siasatan, memberi amaran, tetapi tiada tindakan pun yang diambil.
4. Tapi jika provokasi itu dilakukan oleh MELAYU...cepat saja tindakan pihak berkuasa, tanpa perlu pun laporan polis, seperti yang berlaku pada 'Kiki Steering Lock'. Dalam masa kurang seminggu, Kiki dihadapkan ke mahkamah dan diperintah membayar denda RM5,000 serta diarah melakukan khidmat masyarakat - ATAS KESALAHAN MEROSAKKAN HARTA PERIBADI CINAPEK TUA!! PELIKNYA beratus laporan terhadap samseng BERSIH yang merosakkan harta benda awam termasuk memusnahkan kereta polis - TIADA PULA TINDAKAN.
5. Berbanding sekian banyak laporan polis yang dibuat terhadap orang bukan Melayu yang terbukti sengaja menghina bangsa Melayu dan Islam secara melampau di alam maya, tidak pula diendahkan oleh KDN, AG, PDRM dan SKMM. Seolah wujud TANGAN-TANGAN GHAIB dalam agensi itu yang sengaja mahukan krisis ini berlarutan. TampakADA YANG CUBA MENGHALANG tindakan diambil terhadap provocateur-provocateur yang sengaja ingin menanam dendam berpanjangan bangsa Melayu dan Islam terhadap kaum lain.
6. Sumber kami mendedahkan anggota polis sendiri kini pening dengan SOP PDRM dalam menangani kes-kes seperti ini. Malah anggota PDRM sendiri mengesyaki TANGAN-TANGAN GHAIB dalam KDN, AG, PDRM dan SKMM adalah terdiri daripada perisik-perisik (spy) antarabangsa yang cuba untuk memporak-perandakan keharmonian antara kaum sebagai persediaan ke arah mewujudkan krisis dalaman yang lebih besar dalam negara.
7. Agenda mereka ialah menanam sentimen benci dalam diri bangsa Melayu terhadap kerajaan dan pihak berkuasa Malaysia yang tampak berat sebelah dalam menangani krisis antara kaum; serta mewujudkan perasaan tidak percaya antara kaum supaya ia kekal menjadi dendam yang tidak berkesudahan. Apabila rakyat terutama bangsa Melayu yang merupakan penduduk majoriti Malaysia sudah hilang kepercayaan terhadap pemerintah, maka senanglah kerajaan sedia ada digulingkan.Sentimen benci dan dendam tak berkesudahan dikalangan rakyat ini adalah agenda jangka panjang yang dirancang sebegitu licik tanpa disedari.
8. Sumber kami memaklumkan, ketika wujudnya ISA, hampir setiap bulan SB dan MIO akan menangkap perisik-perisik luar yang cuba untuk menggangu-gugat keselamatan dan keharmonian negara. Tetapi semenjak pemansuhan ISA, tiada lagi perisik atau musuh dalam selimut yang ditangkap. Adakah perisik-perisik baru yang tidak lagi menjadi sasaran SB dan MIO, kini sudah berjaya meresapi KDN, AG, PDRM termasuk Jabatan Perdana Menteri bagi merealisasikan rancangan memusnahkan Malaysia dari dalam sebelum agenda PERANG YANG LEBIH BESAR MELANDA NEGARA?
9. Baru-baru ini Najib dipuji seantero dunia kerana kononnya berjaya berunding dengan puak pemisah bagi mendapatkan kembali kotak oren (black box) MH17; walaupun tindakan Najib itu akhirnya anti-klimak apabila kotak hitam itu diserah pula ke England untuk dianalisis. Heh! Bertalu pujian yang diterima Najib termasuk daripada ahli kongres Amerika walhal satu dunia tahu bahawa Amerika adalah sekutu kamceng Israel. Bahkan ahli kongres Amerika Syarikat semuanya menyokong Israel.
10. Namun tidakkah kita terfikir kemungkinan Najib dibantu oleh TANGAN-TANGAN GHAIB bagi mengalihkan fokus rakyat terhadap sentimen kaum yang semakin parah dalam negara, disamping cuba mengangkat Najib sebagai 'Hero Malaya' semata-mata untuk menutup kelemahannya menangani krisis antara kaum di negara ini? Tidakkah kita terfikir TANGAN-TANGAN GHAIB ini memang berkehendakkan Najib yang 'baik-hati', 'lembut', LEMAH dan 'sayangkan Cina' ini kekal sebagai Perdana Menteri bagi menjamin kebencian dan dendam berterusan bangsa Melayu terhadap kerajaan?
11. Kerajaan Malaysia hari ini kelihatan SANGAT LEMAT terutama dalam menangani isu yang melibatkan keselamatan negara - pencerobohan sempadan, konflik antara kaum dan kadar jenayah yang semakin menjadi-jadi. Jika polis (KLIK) pun dah mula bergaduh sesama mereka - habis nasib rakyat ni camno?
12. Malaysia sedang diambang kemusnahan dan pentadbirannya kini 'diserang' luar dan dalam. Sama ada Israel/barat akan menyerang kita, ATAU kita akan musnah dulu disebabkan rakyat pelbagai kaum berperang sesama sendiri; pilihan kini atas siapa?
12. Malaysia sedang diambang kemusnahan dan pentadbirannya kini 'diserang' luar dan dalam. Sama ada Israel/barat akan menyerang kita, ATAU kita akan musnah dulu disebabkan rakyat pelbagai kaum berperang sesama sendiri; pilihan kini atas siapa?
No comments:
Post a Comment