Alor Setar - Apa hubungkait gambaq perempuan dalam iklan ceti haram
Iklan ceti haram tidak terkawal?
ALOR SETAR - Bermodalkan wajah perempuan cantik berpakaian kot kemas, iklan pinjaman ceti haram didakwa berleluasa sekitar Terminal Bas Shahab Perdana, dekat sini.
Tinjauan mendapati iklan ceti haram ini menular semula seakan-akan makin tidak terkawal, meskipun operasi menurunkan banting dilakukan berulang kali.
Malah, kewujudan taktik iklan itu dengan tawaran pinjaman berlesen dan kadar faedah rendah dikhuatiri mengaburi mata orang awam, lalu mereka membuat pinjaman.
Menurut Lailatul Akma Rahim, 39, ia kaedah mudah meraih pinjaman kewangan terutama bagi individu terdesak, namun mereka yang terjebak boleh merana kerana hutang.
“Dengan gambar wanita seolah-olah pekerja profesional syarikat pinjaman terbabit, ia pasti mampu meyakinkan sebilangan individu untuk memohon pinjaman.
“Malah, melalui tawaran menarik diberikan kepada bakal peminjam, kita bimbang mereka tak mampu membuat penilaian sewajarnya mengenai status syarikat,” katanya.
Lailatul berkata, dia bimbang masih ada orang awam terpedaya dengan tawaran iklan sedemikian sebelum membuat pinjaman wang yang memudaratkan diri.
Orang awam, Shukri Hussin, 45, berkata, meskipun memerlukan bantuan kewangan, namun dia mengharapkan orang awam tidak membuat pinjaman membuta tuli.
“Saya sendiri hampir membuat pinjaman terhadap ceti haram beberapa tahun lalu akibat kesempitan. Mujurnya, tidak berbuat sedemikian atas nasihat rakan,” katanya.
Katanya, bakal peminjam sewajarnya menyiasat secara teliti syarikat pinjaman wang, selain mendapatkan pandangan rakan sebelum membuat keputusan.
Manakala, Liah Taib, 65, berkata, banting iklan ceti haram itu dilihat memenuhi dahan pokok, tiang lampu, telefon elektrik di kawasan tersebut.
Katanya, ada iklan ceti haram dikesan ditampal sesuka hati pada papan tanda sehingga meninggalkan imej tidak baik.
"Kita mengharapkan banting iklan sedemikian diturunkan supaya tidak mempengaruhi peminjam, sekali gus mengelakkan sesiapapun menjadi mangsa," katanya.

No comments:
Post a Comment