Wednesday, August 13, 2014
UMNO SELANGOR : DEPA TAK KEBULUQ MACAM KITA ...
PAS tidak akan tuntut jawatan kosong exco
Oleh Wan Anis Ilyani W. M. Azhar dan Shuhaniza Said
SHAH ALAM: PAS tidak akan menuntut ADUN PAS dilantik untuk mengisi enam kekosongan kerusi exco Selangor, kata Pesuruhjaya PAS negeri itu, Iskandar Abdul Samad.
"PAS tidak akan menuntut ADUN-ADUN PAS dilantik sebagai exco," ujarnya melalui aplikasi WhatApps kepada Antarapos.
Semalam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memecat enam exco yang mewakili DAP dan PKR kerana didakwa cuba 'mengurangkan kecekapan' badan tertinggi itu.
Tindakan itu diambil setelah tiga exco masing-masing DAP dan PKR mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menganggap Khalid sebagai menteri besar “peralihan” sementara menunggu perlantikan calon baru Pakatan Rakyat untuk mengisi jawatan itu.
Mereka juga bertekad untuk tidak berjumpa dengan Khalid kecuali pada mesyuarat rasmi exco “untuk mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukan parti masing-masing.”
Iskandar dalam pada itu menegaskan kesemua empat exco PAS yang ada akan meletakkan jawatan jika Khalid bertindak melantik ADUN Umno untuk mengisi kekosongan tersebut.
"Kami akan keluar dari kerajaan jika ADUN Umno dilantik sebagai exco.
"PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat. PAS akan menjaga kepentingan Pakatan Rakyat di dalam kerajaan.
"Kami masih membawa semangat Pakatan Rakyat dan berpegang kepada prinsip-prinsipnya," ujar Iskandar.
PAS telah membuat satu pengorbanan besar dengan terus berada di dalam kerajaan negeri Selangor.
"Kami lakukan supaya perancangan dan program-program kerajaan dapat diteruskan. Supaya rakyat tidak kerugian akibat dari kemelut ini.
"Tetapi kami menghadapi risiko dituduh telah mengkhianati Pakatan Rakyat," ujarnya lagi.
PKR dan DAP semalam mendesak PAS agar memulaukan mesyuarat exco yang diadakan hari ini.
Bagaimanapun desakan itu tidak diendahkan PAS dan kesemua empat exconya menghadiri mesyuarat itu.
Ketika ditemui pemberita di lobi bangunan setiausaha kerajaan negeri (SUK), keempat-empat exco terbabit berkata mereka berbuat demikian demi tugas dan amanah rakyat serta memastikan kerajaan negeri tidak lumpuh akibat krisis dalam Pakatan Rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment