Tuesday, August 5, 2014

JKKK KEDAH : KAMI DOK KERJA MAKAN ELAUN BUTA ...

Rakyat Kedah jangan dok bagi JKKK makan elaun buta, hangpa terjah aja jika ada masalah..!!

Mukhriz Tun Dr. Mahathir (tengah) bersama dengan sebahagian penerima elaun JKKK Peringkat Zon Selatan di Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani, Kedah, semalam. - Utusan/Abd. Razak Osman 
 
SUNGAI PETANI- Semua ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini diminta berintegriti dan sanggup bekerja secara lebih berhemah tanpa ada amalan pilih kasih terhadap penduduk di kawasan masing-masing. Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, ia merupakan cara terbaik untuk memajukan masyarakat desa melalui dasar-dasar baharu setelah diperkenalkan oleh kerajaan.

"Mereka juga perlu berani menjawab sebarang prasangka buruk setelah disebarkan oleh pihak tertentu kepada kerajaan, termasuk berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan di negara ini, tidak lama lagi" katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan elaun kepada seramai 1,444 JKKK termasuk pengerusi dan setiausaha peringkat Zon Selatan di Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani, di sini hari ini.


Menurutnya, setiap komen rakyat melalui JKKK perlu disampaikan ke peringkat atasan kerana ia boleh dijadikan panduan untuk membuat perubahan.

"Pemimpin JKKK perlu menyusun strategi baharu di samping sanggup mengikuti pelbagai kursus anjuran kerajaan negeri kerana mereka adalah ejen transformasi di peringkat tempatan," katanya.
Seorang penerima elaun, M. K. Sennivasan, 56, dari Kampung Cempedak, Jalan Padang Lembu, Gurun berkata, tanggungjawab JKKK ketika ini banyak berubah dan mereka perlu berbuat sesuatu agar masyarakat tidak mempertikaikan tentang tugas yang dilakukan.

No comments:

Post a Comment