Tuesday, January 1, 2013

UMNO/BN : TOLONGLAH JANGAN BUAT NAJIB MACAM NI ...

KESIAN! BN MINTA SAMBUNG NYAWA


GAYA ISTERI PEMIMPIN WASATIYYAH?
Perutusan piem 1Malaysia amat "mengharukan" Yong. Dia mohon disambung nyawa BN supaya dapat lagi merembat harta rakyat. Entah apa lagi yang tak cukup dengan bilangan beg birkin berjuta ringgit milik FLOM.
Katanya dia akan menepati janji!

BN MAHU 2/3
Kesian betul! Hahaha!
  1. Lebih setengah abad memerintah, adakah Bumiputera mendapat 30% equiti seperti yang dijanjikan dalam DEB? Yang kita nampak jurang pendapatan antara yang kaya dan miskin semakin jauh.
  2. Adakah semua rakyat menerima hak untuk mendapat pendidikan percuma di Institusi Pengajian Tinggi? Yang kaya belajar setinggi mana, yang miskin merempat je. Buat maksiat dan buang bayi semakin menjadi-jadi. 
  3. Adakah rakyat semua negeri dalam Persekutuan Malaysia mendapat hak samarata dari segi pembangunan? Kelantan dinafikan hak mendapat royati minyak semata-mata kerana ia diperintah oleh kerajaan PAS. Tuntutan rakyat Kelantan yang disokong Sultan Kelantan dicemuh!
  4. Adakah BN mengamalkan demokrasi seperti yang dilaungkannya dengan memberi hak kepada rakyat untuk berhimpun dan bersuara? Peserta Perhimpunan aman BERSIH dipukul. Ceramah PR diganggu dengan keganasan. 
TV, polis, tentera, SPRM, SPR, MKN, universiti, dibuat macam BN punya.(yongsukakuning)
Ini kah "empat asas daripada Dasar Transformasi Nasional yang perlu diteruskan bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi iaitu memperkukuhkan perpaduan kebangsaan, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan sistem jaringan keselamatan sosial serta meningkatkan kemakmuran negara?" (Petikan perutusan PM dalam Berita Hairan)
MASIH NAK PERCAYA? JIKA PERCAYA, SEMUA DASAR DI ATAS AKAN DITERUSKAN!
JOM UBAH!

TOLAK UMNO. TOLAK BN!

No comments:

Post a Comment