Deepak beli barang kemas RM13 juta untuk Rosmah – Rafizi
PETALING
JAYA 2 Januari: KEADILAN hari ini mendedahkan bukti pemindahan wang
oleh ahli perniagaan, Deepak Jaikishan kepada dua syarikat barangan
kemas mewah di Hong Kong berjumlah kira-kira RM13 juta, dikatakan untuk
isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai ganjaran bagi
satu urusniaga tanah.
Pengarah Strategi, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat
parti pagi ini, menunjukkan salinan invois dan pembayaran oleh dua
syarikat Deepak, Karpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd kepada
Dehres Ltd dan Firestone Co Ltd.Salinan itu, antara lain tertera invois bernombor 23117 dan slip pindahan wang sejumlah USD115,000 kepada Dehres Ltd oleh Carpet Raya Sdn Bhd.
Beberapa invois dari Firestone Co Ltd bagi pembelian 19 barangan kemas bernilai kira-kira RM13 juta turut ditunjukkan.
Satu salinan emel dari kakitangan Dehres Ltd juga menyebut nama Rosmah.
Rafizi menggesa pihak berkuasa menyiasat sepenuhnya.

No comments:
Post a Comment