Wednesday, January 30, 2013

PM NAJIB: STRATEGI KITA TERKANTOI AWAL ...

Permainan tarikh terkantoi?

SELENA TAY
Sudah jelas bahawa Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) akan diadakan pada bulan Mac ini. Ini bererti hasrat Perdana Menteri Najib Tun Razak untuk melakukan strategi serang hendap dan memberi Pakatan Rakyat (PR) satu kejutan dengan membubarkan Parlimen secara tiba-tiba telah gagal sama sekali.

Kini rakyat 1Malaysia sudah maklum dan sudah bersedia menghadapi PRU13 pada bulan Mac.

Semua parti komponen dalam Pakatan bersama dengan ahli serta penyokong PR sudah bersiap-sedia dan hanya menunggu pembubaran Parlimen sahaja.

Adakah ketidak-cekapan pentadbiran Kerajaan BN telah menyerlah kerana perlu menunggu hingga tempoh melepasi 5 tahun selepas 8 Mac 2008 baru mampu mengadakan pilihanraya?

Oleh itu, rakyat 1Malaysia harus memilih untuk menukar kepada pentadbiran yang lebih cekap, telus, bersih dan adil dibawah PR. Rakyat tidak perlu takut membuat perubahan kerana kewibaan PR telah terbukti terlaksana di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak (walaupun lebih kurang 10 bulan sahaja mentadbir).

Sudah tibalah masanya untuk rakyat Malaysia memberanikan diri dan mengorak langkah untuk maju ke depan. Kita tidak boleh berada di takuk yang lama untuk selama-lamanya. Sampai bila kita hendak berasa takut untuk buat perubahan?!

Kini kita pun sedang berada dalam zaman internet dan media sosial. Ayuh, beranikanlah diri sebelum terlewat.

No comments:

Post a Comment