Kuil MEGA RM12juta di PutraJaya - Satu lagi projek diluluskan Barisan Nasional pimpinan UMNO
Ketika kita bersiap-siap menyambut Hari kelahiran Rasulullah SAW, Rasul yang membawa cahaya iman dan meruntuhkan berhala-hala di sekeliling kaabah untuk menyelamatkan umat dari kekufuran, tiba-tiba sebuah kuil baru akan muncul di negara ini.
Seperti biasa `pejuang' Islam terutama pihak berkepentingan politik di negara ini akan mencari seribu alasan untuk membolehkan kuil ini menjadi kenyataan di Putrajaya seperti terkorbannya batu Cave, jalan Brickfield (little India) dan lokasi lain seluruh negara kepada penganut Hindu.
Hakikatnya Putrajaya tak perlu pun kuil ini kerana terlalu banyak kuil hindu diseluruh negara termasuk jalan-jalan, dan lebuhraya menuju ke Putrajaya. Satu-satunya rumah ibadah yang cukup `kebal' untuk diubah dan hari ini negara berhadapan dengan masalah kuil-kuil hindu sehingga jalanraya, pasaraya, bangunan dan sebagainya perlu diubahsuai untuk memberi ruang kepada kuil-kuil ini.
Dan tiba-tiba Putrajaya berbesar diri memberi ruang sebegitu luas untuk projek yang sangat-sangat menghiris hati umat Islam. Belum pun surut isu Kalimah Allah kini timbul pula isu baru yang sungguh meruntun keimanan kita kepada Allah SWT
Ya Allah, engkau bangkitkan hati-hati yang tidur untuk membantah projek ini. Allahu Akbar.
BERITA YANG MENCABAR KEWIBAWAAN UMAT ISLAM NEGARA INI.
Pusat pentadbiran negara, Putrajaya bakal memiliki kuil Hindu paling unik di negara ini yang akan dibina di Presint 20, dengan kos RM12 juta.
Duta Khas ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S Samy Vellu berkata kuil yang dinamakan Sri Lalithambikai Alayam itu menggabungkan ciri dari utara dan selatan India serta mampu menampung sehingga 10,000 orang ketika perayaan.
"Majlis pecah tanah dijangka pada bulan Mac ini dan kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada September nanti. Kita yakin ia dapat memenuhi keperluan penganut Hindu di Putrajaya, Cyberjaya dan kawasan sekitarnya yang terus meningkat," katanya pada sidang media, di Putrajaya hari ini.
Perbadanan Putrajaya meluluskan pembinaan kuil satu tingkat dan ruang pejabat dua tingkat di Presint 20 itu pada 20 Sept lepas, mengikut Seksyen 22 (3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
Menurut Samy yang juga bekas Presiden MIC, keunikan reka bentuk kuil itu akan menjadi satu lagi tarikan pelancong ke Putrajaya.
Sementara itu Presiden Persatuan Penganut Dewi Sri Maha Mariaman Devasthanam Wilayah Persekutuan Putrajaya, Datuk Kanagarajah Raman berkata pembinaan kuil dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2015.
Ini pula gereja terbesar dan tercanggih Asia Tenggara bakal bertapak di Malaysia. Gereja ini yang diberi nama CCC atau Calvary Convention Centre sedang dibina bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium.
Sebuah gereja yang terbesar di Malaysia dengan kos pembinaan melebihi RM100 juta tidak termasuk kos tanah RM35 juta.
Gereja 6 tingkat ini adalah antara gereja yang tercanggih di dunia. Dengan kapasiti auditoriumnya yang mampu memuatkan 5 ribu orang pada satu-satu masa
UMNO adalah penggubal undang-undang dimana pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan penting mengisytiharkan bahawa tindakan Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam adalah batal dan tidak sah. Ini bermakna, Mahkamah di Malaysia ini membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
ReplyDeleteKenapa umno ni melampau sangat.Ku pon tak faham.memang bodoh..bela la ugama islam..sekolah agama rakyat' mahajtahfiz ' pondok2 kau tak bela..tak bagi dana..aku sakit hati betoi la dengan kerajaan umno nie.
ReplyDelete