Peraturan sialan yang cukup haramjadah!
Sehingga ke saat ini SPR masih bersikap pekak badak dan buta hati terhadap laungan rakyat yang impikan sebuah pilihanraya yang adil, bersih dan penuh integriti tulin. Sikap SPR yang begitu rupa terutama sikap Pengerusi apa tah lagi Timbalan Pengerusi SPR cukup 'menaikkan darah' rakyat yang sedang menunggu dan menantikan kesedaran dan perubahan sikap mereka.
SPR di bawah pimpinan dua 'ekor' itu masih bersikap mahu menjadi balaci dan abdi bodoh lagi tolol kepada Umno. Bilalah SPR mahu membebaskan diri dari kelangkang Umno yang busuk lagi membusukkan itu. Tidak cukupkah pendedahan Sabah menginsafkan dua 'ekor' itu agar tidak terus berlaku jahat dan khianat kepada negara.
Nampaknya rakyat kena bersetuju dengan Mat Sabu untuk turun ke jalan raya lagi sekali dan lebih lama jika pilihanraya ke 13 terus dipenuhi dengan najis kotor Umno/Bn.
Peraturan Baru Pilihanraya:
Kerajaan Umno/Bn (syaitan yang dikenali) telah meminda rang undang-undang kesalahan pilihanraya pada April 2012:
1. Melarang logo parti yang tidak bertanding dipasang.
2. Pondok panas ditambah jarak dari 50 meter ke 100 meter untuk menyukarkan pengecaman pengundi hantu dan warga asing.
3. Dalam bilik mengundi kedudukan wakil parti tidak menghadap pengundi tetapi melihat belakang pengundi. Ini menyukarkan pengecaman pengundi hantu.
4. Calitan dakwat kekal tipis dihujung jari bukan dicelup.
5. Pengundian awal untuk anggota keselamatan diragui kerana kesan calitan dakwat akan hilang jika mereka mengundi awal 2 hari, boleh mengundi 2 kali.
6. Pertambahan kakitangan SPR dari 100,000 kepada 240,000.
PROJEK ANALISIS DAFTAR PEMILIH MALAYSI (MERAP) MENDAPATI:
1. 59,000 nama pengundi yang lahir di luar negara menggunakan kod 71.
2. Nama tanpa dijelaskan jantina, alamat tiada nombor jalan dan nombor rumah. Lokaliti hanya mencatat nama individu dan nama kampung sahaja.
3. Nama bukan nama rakyat Malaysi mirip kepada nama Indonesia, Pakistan dan Bangladesh.
Dipetik dari sumber Harakah 1812
No comments:
Post a Comment