Monday, January 7, 2013

PR : WEIII! SPRM, MAI LA SIASAT KAMI NI.....

MB KELANTAN & KEDAH bagi peluang MUSUH SIASAT mereka bagimana pulak yang ada dalam musuh tuu.. tak mau siasat ke?

  
Salah "sekor" Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya mengambil tanggungjawab berani dan telus seperti mana Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat lakukan, yang sedia membuka pintu pejabatnya selama 25 jam kepada Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat apa-apa saja yang diragui berlaku penyelewengan dalam kerajaan Kelantan.
 Kalau Nik Aziz berani dan tulus membuka pintu pejabatnya maka Zahid juga perlu lebih berani dan tulus membuka gate Kementah. Kalau Nik Aziz hanya buka setakat 25 jam, Zahid perlu membuka sampai 26 jam. Kerana saya yakin penyelewengan di Kementah lebih banyak berbanding di Kota Darulnaim.

Zahid tidak perlu bersikap nampak kuman di seberang laut tetapi 'buta rengga' mengenai gajah di tepi mata. Gesaan Zahid supaya Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) melakukan siasatan berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lepas sebenarnya tidak perlu dan tidak termasuk dalam buku log yang perlu disegerakan.

Zahid tidak perlu pun concern terhadap perkara itu dengan meninggalkan perkara-perkara atau kerja lain yang berada di bawahnya yang banyak belum selesai dan disalaputi kemesterian.  Beliau perlu utamakan apa yang bergeliwat di sekitar kementeriannya. 


 
Perkara ditimbulkan Zahid itu adalah perkara remeh dan ia tiak ada kena mengena dengan kepentingan negara pun. Ia juga tidak dapat memberi benefit besar kepada UBN di dalam pilihan raya. Rakyat tidak merasa apa-apa dengan kesalahan teknik didalam parti Cina DAP itu. Undi Cina untuk Umno tidak akan mengubah kalaupun Zahid dan para pemimpin Umno lain melanyak dan memprajudiskan DAP. Bahkan cara itu menjadikan Cina lebih nekad untuk undi DAP.
p/s :  Kalau perlu bantuan habaq awai. nasi bungkuih kami bleh sponsor dengan air sirap. bas x dak, kami bleh bagi. jangan buat tak jadi pulak perkasa @ UMNO wehhh... sat gi hangpa terlajak pi masuk sempadan siam pulok. muka hangpa bukan bleh percaya ...

No comments:

Post a Comment