Melayu Johor paling miskin di Malaysia kerana faktor kos hidup, kata DPMM
KUALA LUMPUR,— Orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling
miskin di Malaysia, kerana kos hidup meningkat kerana orang asing yang
semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia, kata presiden Dewan
Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas.
Menurut Syed Ali, 80 peratus dari tanah di Iskandar Malaysia dimiliki orang asing menyebabkan Melayu di Johor kian terpinggir.
“Pada tahun 1800, Melayu Johor adalah paling kaya di negara ini, tetapi
kini yang paling miskin, kerana kedatangan orang asing yang membeli
tanah di sini, kita tidak lagi mampu untuk menampung kos hidup,
terutamanya di Johor Bahru.
“Pembangunan Iskandar ini memundurkan dan meminggirkan orang Melayu
dari segi ekonomi, dalam kes tanah dipunyai oleh bukan Melayu,
terutamanya bangsa asing,” kata Syed Ali dalam sidang media di ibu
pejabat DPMM hari ini.
DPMM juga menggesa kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula projek
Iskandar Malaysia, dengan memperuntukkan 30 peratus projek di Nusajaya
kepada orang Melayu.
“Dalam resolusi Kongres Ekonomi Melayu Zon Selatan yang berlangsung
pada 6 Januari lalu, kedudukan orang Melayu di Johor jauh ketinggalan
dari segi perbezaan ekonomi.
“Orang Melayu di Kelantan lebih kaya di Johor kerana setiap ringgitnya
lebih bernilai, umpamanya mereka boleh beli rumah banglo RM200,000
sedangkan di Johor RM1.5 juta,” katanya lagi.
Iskandar Malaysia, berkeluasan 221,634 hektar, meliputi keseluruhan
daerah Johor Baharu, Mukim Jeram Batu, Mukim Sungai Karang, Mukim Serdat
dan Pulau Kukup di dalam Mukim Ayer Masin, yang kesemuanya terletak
dalam daerah Pontian.
Sejak pelancarannya pada November 2006, koridor ekonomi itu telah
menerima banyak kepentingan asing, bukan sahaja dari Singapura yang
berjiran, malah dari Timur Tengah dan United Kingdom.
Kerajaan telah menyenaraikan enam sektor yang disasarkan yang
berasaskan perkhidmatan di dalam industri kreatif, pendidikan, khidmat
nasihat kewangan dan perundingan, penjagaan kesihatan, logistik dan
pelancongan bagi Iskandar Malaysia.
muka makan rasuah di bawah x mau komen ker???
No comments:
Post a Comment