Panas!! Umno, MCA dan MIC serang Tun Dr Mahathir
KUALA LUMPUR: Semua pihak dalam BN samada Umno, MIC dan hari ini MCA melahirkan rasa tidak senang mereka dengan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat suruhanjaya diraja mengenai kerakyatan sebelum merdeka.
Hari ini, MCA tidak bersetuju dengan cadangan Mahathir untuk menubuhkan sebuah panel Suruhanjaya Di Raja (RCI) istimewa bagi mengkaji kewarganegaraan sebelum Merdeka, sambil menegaskan ia telah disepakati antara nenek moyang pada ketika itu.
Namun, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meragui Dr Mahathir benar-benar serius semasa membuat cadangan tersebut, memandangkan bekas perdana menteri tersebut cuba menyatakan kerajaan hanya memberi kerakyatan kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut undang-undang.
Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata dakwaan bekas perdana menteri itu berhubung isu pemberian kerakyatan kepada warga asing sebelum merdeka tidak perlu diberi tumpuan.
Katanya, tumpuan sebaliknya perlu diberikan ke atas perjalanan siasatan suruhanjaya diraja (RCI) dalam isu pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah yang kini sedang berlangsung.
Sebelum ini, anak mantan Presiden MIC, S Vell Paari telah mengecam dan menyelar Tun Mahathir akan hasutan yang dihamburkannya tentang kaum India dan Cina bersabitan kerakyatan semasa era kemerdekaan dahulu.
Vell Paari adalah Pengarah Strategik MIC.
Kenyataan Mahathir itu turut mendapat perhatian pakar perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari yang berkata, cadangan Dr Mahathir agar dikaji balik kerakayatan sebelum merdeka itu akan menjejaskan kontrak sosial antara kaum.
Jelasnya, cadangan itu disifatkan demikian kerana ia menganggap pemberian kewarganegaraan kepada orang Cina dan India yang dibuat perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, dilakukan secara tidak sah./HarakahDaily
No comments:
Post a Comment