Tuesday, January 22, 2013

UMNO KEDAH: KAMI TAK BOLEH TERIMA HAKIKAT INI ...

BETULKE ? Daerah Baling Kini Ada... Universiti Insaniah ( KUIN )..!!!

Terkini wajah Kampus Induk Insaniah, menjelang perasmian 29 Januari 2013

Kampus induk KUIN: Dulu ‘angan-angan’, kini jadi kenyataan


Oleh: MUSLIM ABDUL RAZAK

ALOR SETAR – ‘Angan-angan kosong’, itulah perkataan yang sering didengari apabila kerajaan negeri Kedah mengumumkan untuk membina kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kuala Ketil empat tahun lalu.


Tiada siapa yang menyangka, empat tahun berlalu, kini KUIN telah siap dibina dan tersergam indah bagaikan unversiti ‘lima bintang’.
Siapapun pasti akan kagum apabila menjengok ke kolej ini kerana di hadapannya terdapat tasik buatan yang sangat cantik sepanjang 1.2 km dan tidak lama lagi ianya akan menjadi tempat kejohanan perahu panjang dan perahu naga di rantau ini.

Dewan utamanya merupakan dewan terbesar di utara tanah air dan mampu memuatkan kira-kira 5,500 hadirin dengan panggung eksperimen dengan kapasiti 1500 orang pada satu-satu masa. Dewan kuliahnya pula menepati cirri-ciri terkini dengan senibina yang mengagumkan.

Alhamdulillah, ianya dapat disiapkan dalam masa hanya empat tahun pemerintahan kerajaan negeri kini dan lebih menakjubkan ianya adalah tanpa sokongan dan bantuan daripada Kerajaan Pusat.

Sementara itu, Majlis Perasmian KUIN Kuala Ketil dan Istiadat Konvokesyen Khas yang dijadualkan pada 29 Januari ini akan disempurnakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang juga Canselor KUIN.

Baru-baru ini, Rektor KUIN, Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman menyembah maklum dan memohon perkenan YTM Tunku Bendahara dilantik sebagai Pro Canselor KUIN sempena majlis perasmian tersebut.

YTM Tunku Bendahara berkenan dilantik sebagai Pro Canselor KUIN dan meluangkan masa hampir sejam bagi mengetahui perkembangan terkini pembangunan fizikal kampus induk KUIN.

Dalam majlis perasmian itu nanti, mantan Menteri Kewangan, Dato’ Wira Dr. Affifudin Omar dilantik sebagai Pro Canselor kedua menggantikan Dato’ Dr. Halim Ismail.

2 comments:

  1. cantik, Alhamdulillah, Saya bertambah yakin dengan kepimpinan PAS

    ReplyDelete
  2. tak sangka ye, baca paper cakap projek ni gagal. Tapi ni sebaliknya. Moga Allah balas penipuan yang mereka lakukan.

    ReplyDelete