Kerajaan Kedah Tipu Rakyat?- Terjah
1. PKWR DUN Kupang bukan pengutip bayaran untuk urusan permohonan
tanah oleh peneroka di Hutan Gunung Inas, Kupang. PKWR hanya bertindak
sebagai pemudahcara terhadap pemohon dengan menempatkan Juruukur
Bertauliah di pejabat PKWR supaya mendapatkan harga yang berpatutan di
samping para pemohon tidak perlu pergi ke pejabat juruukur yang letaknya
jauh dari rumah para pemohon tanah.
2. Rujukan di PKWR Dun Kupang mendapati nama Tahak Lahamad tidak ada
dalam senarai pemohon dan pihak juru ukur tidak menerima apa-apa bayaran
daripada beliau (Tahak Lahamad) seperti yang didakwa dalam akhbar
baru-baru ni. Justeru itu, tindakan undang-undang berikutan fitnah ini
akan difailkan oleh pihak PKWR Kupang ke atas Tahak kerana memfitnah.
3. Bayaran yang diambil (bergantung kepada keluasan tanah yang
dipohon dan diusahakan) bukan untuk mendapatkan geran tanah tetapi
adalah upah jurukur tanah (Prosedur biasa permohonan tanah). Pihak PKWR
tidak mengambil satu senpun dari bayaran mengukur itu melainkan semuanya
adalah urusan antara juruukur dan tuan tanah.
4.PKWR Kupang sentiasa berurusan dengan PTG berhubung permohonan
tanah tersebut dan dimaklumkan permohonan tersebut dalam proses akhir
kelulusan sebelum diserahkan kepada pemohon.Inilah yang menjadi 'igauan
ngeri' ADUN Pembangkang (YB Azmi Che Husin-Bayu) yang sebahagian tanah
pemohon terletak dalam DUN beliau tetapi mendapat pembelaan dari PKWR
Kupang (YB Johari Abdullah) setelah dinafikan hak mereka sejak 50 tahun
yang lalu...tiap kali pilihanraya isu pemberian hak tanah dimainkan
tetapi janji tak pernah ditepati...
5.Insya Allah penyerahan akan
dilakukan sendiri oleh YAB Dato' Seri DiRaja Menteri Besar Kedah kepada
semua pemohon setelah segala proses permohonan diselesaikan.
No comments:
Post a Comment