Monday, June 16, 2014

ADUN BUAT BISNES, RAKYAT NGANGA ...

Putrajaya beri konsesi bina UiTM Pasir Gudang kepada Adun Umno, kata PKR



KONSESI UITM PASIR GUDANG KEPADA ADUN UMNO DUN BERTAM & RAKAN KONGSI

Jawapan Perdana Menteri kepada soalan Parlimen saya bertarikh 10 April 2014 mengesahkan bahawa satu perjanjian konsesi telah ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia dan Cosmic Dimension Sdn Bhd bagi pembinaan UiTM Kampus Cawangan Pasir Gudang yang akan dibina oleh Cosmic Dimension Sdn Bhd dan disewakan kembali kepada UiTM.

Dalam jawapan yang sama, Perdana Menteri mengakui bahawa kos kampus adalah di antara RM280 juta ke RM315 juta tetapi UiTM terikat dengan satu perjanjian konsesi selama 23 tahun dengan bayaran sewa tahunan di antara RM56 juta hingga RM69 juta.

Semakan menunjukkan bahawa Cosmic Dimension Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang mana salah seorang pemilik saham utamanya adalah YB Shariful Azhar Othman, ADUN Bertam (Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang) dari Umno.

Beliau memegang sebanyak 1 juta saham Cosmic Dimension Sdn Bhd iaitu 20% saham pemegang konsesi tersebut. Bersama-sama seorang lagi pengarah dan pemegang saham utama iaitu Mohamed Rafik Mohd Idris (pemegang 45% saham), YB Shariful Azhar Othman mengawal secara majoriti Cosmic Dimension Sdn Bhd.

Kedua-dua YB Shariful Azhar Othman dan Mohamed Rafik Mohd Idris mempunyai hubungan rapat melalui satu yayasan iaitu Yayasan Abadi yang ditubuhkan secara bersama oleh mereka. YB Shariful Azhar Othman adalah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah sementara Mohamed Rafik Mohd Idris adalah pengarah urusan Yayasan Abadi.

Semakan terkini pada 14 April 2014 dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan bahawa penyata kewangan terakhir yang difailkan oleh Cosmic Dimension Sdn Bhd dengan SSM adalah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2008.

Penyata kewangan itu menunjukkan kedudukan aset sebanyak hampir RM6 juta dan perolehan tahunan sebanyak RM150,000 sahaja.

Sebab itu, bukan sahaja saya mempersoalkan kaedah penswastaan kampus cawangan UiTM yang digunapakai oleh Barisan Nasional, malah saya berpendapat latar belakang syarikat pemegang konsesi tidak menunjukkan kedudukan kewangan yang kukuh dan pengalaman yang panjang dalam sektor pembinaan.

Apabila dibandingkan dengan konsesi kampus-kampus cawangan lain yang menunjukkan setiap konsesi berkait dengan seorang yang rapat dengan Umno, saya menggesa Perdana Menteri menjawab sama ada perjanjian konsesi ini diberi kepada Cosmic Dimension Sdn Bhd kerana syarikat itu berkait rapat dengan seorang ADUN Umno?

Perjanjian konsesi 23 tahun yang membebankan UiTM ini sudah tentu akan membawa kesan kepada yuran dan perbelanjaan-perbelanjaan lain satu hari nanti seperti mana perjanjian tol dan IPP telah mengekang kemampuan kewangan Kerajaan Persekutuan.


RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

Friday, June 13, 2014

UMNO/BN : ALAMAK, TAK JALAN LAGI JARUM AKU ...

DAP tidak pernah salahkan PAS berikutan kekalahan PRK Teluk Intan - Lim

 


KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjelaskan kenyataan media mengenai Gobind Singh Deo baru-baru ini yang dikatakan menyalahkan PAS berhubung kekalahan DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan adalah tidak benar.

Menurut Lim, kenyataan Gobind yang juga ahli Parlimen Puchong itu telah disalah tafsir dan isu hudud bukanlah punca utama DAP gagal mempertahankan kerusi berkenaan.

“Apa yang ditulis dalam akhbar bahawa DAP ada menyalahkan pemimpin PAS atas kekalahan kami di Teluk Intan itu tidak benar. Sebenarnya Gobind mengucapkan terima kasih kepada PAS atas sokongan dan usaha mereka dalam PRK Teluk Intan.

“Gobind tidak mengatakan hudud merupakan isu utama dalam PRK. Namun, tidak dinafikan isu hudud akan menjadi lebih besar pada masa akan datang tetapi itu bukan punca utama kekalahan kami di Teluk Intan,” kata Lim.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabatnya di Yayasan Pemikiran Tok Guru pada Khamis.

Dalam pertemuan ringkas beliau bersama calon PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd Daud menjelaskan kepada Nik Aziz berhubung kenyataan Gobind itu.

Menurut beliau, Nik Aziz menyambut baik dan memahami situasi sebenar yang berlaku.

Lim menjelaskan pendirian DAP masih tidak berubah berhubung isu hudud iaitu tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum tersebut.

Sementara itu, Dyana menjelaskan, sebagai orang Islam beliau tidak menolak hukum Allah itu namun sebagai ahli parti, beliau perlu menyokong pendirian parti dalam isu ini.

“Seperti yang saya katakan saya tidak pernah menolak hudud. Sebagai orang Islam saya tidak boleh menolak hudud. Tetapi saya sama dengan parti DAP,” kata Sofea.

UMNO/BN : DAH TUH, KAMI NAK TUDUH-TUDUH SAPA LAGI ???

Usul Hudud UMNO: MCA ‘buat lawak’ salahkan DAP


tony pua (11)


KUALA LUMPUR, 13 JUN: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyatakan kehairanan atas tindakan MCA menyalahkan Pakatan Rakyat, terutama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh, berhubung usul hudud pada Sidang DUN minggu depan.
“Melucukan melihat bagaimana pemimpin MCA dan Gerakan berlumba-lumba menyalahkan Pakatan dan Hannah Yeoh kerana meluluskan usul Barisan Nasional untuk mengkaji pelaksanaan Hudud di Selangor.
“Bagaimana kita hendak memahami perkara ini – Barisan Nasional menyalahkan Hannah kerana meluluskan usul daripada Barisan Nasional sendiri?” katanya dalam satu kenyataan.
Malaysiakini melaporkan Timbalan Pengerusi MCA Selangor Datuk Seri Donald Lim Siang Chai meletakkan kesalahan kepada DAP berhubung usul itu.
Menurut laporan itu, Lim menyifatkan usul hudud yang dikemukakan oleh Adun Umno “ membazirkan masa dan wang rakyat” dan mengingatkan Hannah bahawa ada usul yang lebih penting untuk dibahaskan.
Lim juga melihat tiada keperluan untuk membentangkan usul itu, kerana ia pasti tidak akan diluluskan ekoran bilangan kerusi DUN BN yang sedikit berbanding Pakatan.
Menyifatkan hujah-hujah Lim sebagai dangkal, Tony mengingatkan Lim tentang hak setiap wakil rakyat untuk menyatakan apa sahaja pandangan ketika sidang DUN.
“Apakah bagi beliau memandangkan BN adalah pembangkang, semua usul yang dicadangkan mereka patut ditolak serta-merta, tanpa diberi peluang untuk didebatkan?
“Beliau tidak harus lupa bahawa dalam demokrasi yang sebenar, setiap wakil rakyat yang dipilih berhak untuk bersuara. Bukan tugas Speaker untuk menentukan suatu usul itu layak didebatkan atau tidak, kecualilah jika ia hal yang memang remeh-temeh,” katanya lagi.

Menurut laporan itu lagi, Lim mendesak DAP untuk bertanggungjawab ke atas isu itu, memandangkan rakyat “mengharapkan mereka untuk menyelesaikannya.”
“Saya tidak tahu sama ada hendak merasa terkejut atau bangga apabila Lim mengakui bahawa rakyat mengharapkan DAP. Adakah beliau akhirnya mengaku bahawa MCA hanyalah pasu bunga hiasan dalam BN, tiada suara dan pengaruh ke atas dasar mereka?”
“Apakah Lim sekarang mengaku bahawa mereka gagal meyakinkan sekutu mereka, Umno, untuk menarik balik usul itu daripada dibahaskan dalam dewan undangan negeri?” soal Tony.
Jika benar keadaannya begitu, beliau menasihatkan MCA untuk tidak gusar kerana DAP akan memainkan peranannya mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan menolak usul itu nanti.
“Tidak seperti MCA dan Gerakan yang tunduk kepada Umno, parti-parti Pakatan Rakyat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, dan kami percaya pada kesepakatan dan semangat saling menghormati,” bidas Tony.

UMNO/BN : KAMI GURAU-GURAU MANJA JAAA...

Pekung UMNO Terdedah: Tarik Balik Usul Bila Sepaker Benarkan Bahas!


BN tarik balik usul soal pelaksanaan hudud

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata beliau menarik balik usul yang mempersoalkan mengenai kebarangkalian melaksana hudud di Selangor hari ini kerana timbul banyak kekeliruan.

Jelasnya, usul berkenaan ditarik balik kerana ia masih boleh ditanya dalam sesi perbahasan dan tidak perlu dikemuka melalui usul khusus.

Bercakap ketika dihubungi Malaysiakini, ketua pembangkang itu berkata perkara itu diputuskan dengan persetujuan pemimpin BN Selangor.

"Ia bukan rang undang-undang persendirian. Ia hanya bertanya kepada kerajaan (negeri) sama ada mereka mahu laksanakan hudud (atau tidak).

"Kalau macam ini, kita boleh tanya dalam perbahasan," katanya kepada Malaysiakini.

Speaker DUN Hannah Yeoh dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan tersebut hari ini.

Salahkan akhbar bahasa Cina

Jelas Shamsudin lagi, kekeliruan timbul sebelum ini apabila ramai pihak menyangka BN Selangor memajukan usul untuk melaksanakan hudud di Selangor.

Beliau seterusnya menyalahkan akhbar berbahasa Cina yang menumpukan perkara itu.

"Saya fikir silap faham ini berlaku kerana terlalu banyak akhbar Cina menghubungi saya untuk bertanya tentangnya," katanya tanpa menyebut nama akbar tertentu.

Menurutnya juga, tindakan menarik balik usul selepas ia diluluskan speaker untuk dibahaskan juga adalah satu perkara biasa.

"Itu perkara biasa. Usul ini, kalau kita tengok dalam sidang DUN dan Parlimen boleh ditarik sebelum atau pada tarikh ia akan dibacakan," katanya.

Sebelum ini, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik membawakan usul itu di bawah Peraturan 26, Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Usul tersebut berbunyi:

"Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama Persekutuan".

Usul itu yang diterima Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh mencetuskan pelbagai perbincangan termasuklah daripada MCA dan GERAKAN yang merupakan sekutu Umno di dalam BN.

MCA dan GERAKAN juga menggesa agar Yeoh tidak meluluskan usul tersebut.

Yeoh dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan tersebut hari ini.


Speaker S'gor benarkan bahas usul hudud

Usul daripada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno untuk mengkaji kebarangkalian pelaksanaan hudud di Selangor diterima untuk dibahaskan oleh Speaker Hannah Yeoh.

Ia dijangka dibentangkan minggu depan.

Bercakap dalam sidang media di pusat khidmatnya di Subang Jaya hari ini, Yeoh berkata, beliau menerima empat usul untuk persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Kesemua usul itu, tambahnya, datang daripada BN.

“Daripada keempat-empat usul ini, saya terima tiga (dan) tolak satu.

“Salah satu yang diluluskan juga adalah usul membahaskan hudud. Saya terima (untuk dibahas),” katanya.

Persidangan DUN Selangor akan bersambung Isnin depan.
-mk


ULASAN GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Nampaknya semacam beriya-iya UMNO mahukan hudud di Selangor.

Tetapi parti yang sama telah menolak usul mengenai hudud di Terengganu.

Ketara sangat mereka mempermain-mainkan hukum Allah. Mereka hanya mengemukakan usul di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan tujuan untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat kerana mereka tahu dengan cara sedemikian parti-parti komponen PR seperti DAP dan PKR akan menolaknya.

Sedangkan kumpulan mereka sendiri telah terang-terangan menolak hudud di Terengganu dan tidak pernah pula mengusulkan hudud di negeri-negeri yang UMNO BN perintah.

Mereka cuba mempermain-mainkan hukum Allah dan memperdayakan Allah swt. Tidak mengapa. Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Sungguh bodoh dan berani mereka cuba untuk memperdayakan Allah, Tuhan seru sekalian alam.

Mereka tidak akan samasekali berjaya mempermain-mainkan Allah dan hukum-hakamNya, kelak Allah sendiri yang akan membalas permainan dan tipu daya mereka. Sesungguhnya Allah itu Al-Mutakabbir!

Wednesday, June 11, 2014

MENTERI TNB : KAMI NAK UNTUNG LAGI BESAR ...

TNB untung RM4.58 bilion tetapi masih tidak cukup, kata menteri..!!! Berapa banyak nak untung..??

Keuntungan Tenaga Nasional Berhad 2013 tidak mencukupi untuk tampung kos projek pelaburan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili. Gambar fail The Malaysian Insider.Keuntungan Tenaga Nasional Berhad 2013 tidak mencukupi untuk tampung kos projek pelaburan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili. Gambar fail The Malaysian Insider.Putrajaya mengakui keuntungan bersih 2013 yang diperolehi Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM4.58 bilion masih tidak mencukupi untuk menampung kos pelaburan bagi projek penjanaan baru.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata  jumlah tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan kos projek penjanaan baru, projek penghantaran dan pengagihan yang dianggarkan sekitar RM6.17 billion.
"Tidak dinafikan TNB memperoleh keuntungan bersih pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos, 2013 sebanyak RM4.58 bilion, namun jumlah itu masih belum mencukupi menampung kos pelaburan membiayai projek penjanaan baru, projek penghantaran dan pengagihan yang dianggarkan sekitar RM6.17 bilion," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau brekata demikian ketika menjawab soalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mengenai justifikasi kerajaan terhadap kenaikan tarif elektrik pada Januari 2014 dan adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar tarif pada masa akan datang.

Maximus berkata, berdasarkan mekanisme pelepasan kos bahan api dan penjanaan, kos sebenar untuk membekal elektrik akan disemak semula setiap enam bulan selaras dengan semakan harga bahan api iaitu gas (LNG) kepada sektor elektrik.
"Sekiranya berlaku sebarang perubahan harga bahan api, kos ini akan dilepaskan kepada pengguna.
"Bagi mengurangkan kesan kenaikan tarif kepada pengguna, kementerian sedang mengkaji cadangan menggunakan penjimatan daripada rundingan semula perjanjian pembelian tenaga bagi penjana tenaga bebas iaitu IPP yang melibatkan RM1.57 billion bagi tempoh kutipan Mac 2013 hingga Jun 2017 bagi menampung kenaikan tarif elektrik pada masa akan datang," katanya.

BERUNTUNGLAH JIKA MENJADI KAWAN KARIP ROSMAH ...

Untung Jadi Deepak, Ahmad Maslan Juga Turut Membelanya...

Shahbudin Husin, 
 
Isu penyelesaian baki pinjaman tanpa faedah sebanyak RM32 juta yang melibatkan ahli perniagaan kontroversi, Deepak Jaikishan terus menjadi perbualan. Ketika banyak persoalan dibangkitkan mengenai kewajaran memberi keistimewaan kepada ahli perniagaan itu, dari ruang bicara kaki lima hinggalah ke sidang Parlimen, pihak kerajaan nampaknya lebih selesa terus membela Deepak.

Walaupun sudah dijelaskan oleh bekas Pengerusi Bank Rakyat, Sabbaruddin Chik mengenai keengganan Lembaga Pengarah bank meluluskan pinjaman itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek malah pernah diugut untuk dipecat jika tidak menuruti kehendaknya, keinginan untuk melakukan siasatan juga tidak kelihatan.

Sabbaruddin juga bertegas bahawa penyambungan kontraknya yang telah dipersetujui oleh Bank Negara tidak diteruskan oleh menteri terbabit berikutan keengganan Lembaga Pengarah itu. Tetapi Hassan Malek enggan memberi sebarang kenyataan, sebaliknya hanya berkata beliau sedia disiasat.

Sebelum itu, beliau melarikan diri daripada buruan media dan enggan memberi sebarang komen.

Jika Hasan dipihak yang benar, kenapa mengelak untuk memberi penjelasan yang detail dan panjang sebagaimana yang didakwa oleh Sabbaruddin. Mengatakan dirinya sedia disiasat tidak menggambarkan beliau dipihak yang benar.

Sementara Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor yang turut dikaitkan dengan keistimewaan yang diterima Deepak masih enggan memberi sebarang reaksi sehingga ini, paling awal bertindak ialah SPRM yang mengatakan tiada elemen rasuah dalam kontroversi itu. SPRM dalam siasatan awalnya mendapati apa yang berlaku hanyalah berkaitan salah urus saja.

Soalnya sudahkah SPRM melakukan siasatan dan mendapatkan maklumat daripada Sabbaruddin sendiri? Adakah SPRM pernah melihat surat daripada Hasan Malek kepada Sabbaruddin yang mengarahkannya meluluskan permintaannya itu?

Kenapa SPRM terlalu awal mahu membersihkan Deepak dan Hasan Malek?

Hari ini Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan yang pernah berbangga dengan pointer 3.85 yang dimilikinya juga tampil menjelaskan di Parlimen bahawa tiada campurtangan menteri kabinet dalam meluluskan pinjaman kepada Deepak itu.

Kata Ahmad Maslan lagi, pihaknya juga dimaklumkan bahawa Sabbaruddin juga mengakui kenyataannya mengenai isu itu telah diputar belit oleh media alternatif.

Persoalan yang sama juga ditanyakan kepada Ahmad Maslan, adakah beliau tahu dan melihat surat Hasan kepada Sabbaruddin yang mengarahkannya meluluskan penyelesaian tanpa faedah melalui 120 keping cek post dated? Tahukah juga beliau bahawa Hasan pernah mengugut mahu memecat Sabbaruddin dalam suatu perjumpaan?

Jika beliau tidak tahu semua itu dan tidak pernah berusaha mahu mendapatkan maklumat daripada Sabbaruddin, janganlah begitu mudah bercakap urusan Deepak itu tidak ada campurtangan menteri kabinet. Janganlah memalukan diri sendiri dengan pointer 3.85 itu.

Blog ini pada 20 May lalu adalah yang paling awal mendedahkan mengenai isu keistimewaan yang diterima Deepak setelah berbual panjang dan minum petang dengan Sabbaruddin. Hanya setelah itu barulah ianya dipetik oleh beberapa blog serta portal berita, manakala ada pula portal berita yang menemui sendiri Sabbaruddin kemudiannya.

Dalam pertemuan dengan Sabbaruddin itu, beliau telah menunjukkan beberapa dokumen yang antaranya adalah surat daripada Hasan yang mengarahkannya meluluskan penyelesaian melalui pembayaran 120 cek post dated itu serta memaklumkan juga perbincangan di pejabat menteri telah bersetuju dan ia didapati telah diadakan sejak Januari 2013 lagi.

Adakah ini bukan campurtangan menteri kabinet namanya wahai Ahmad Maslan?

Kalau Ahmad Maslan tidak pernah tahu adanya surat Hasan kepada Sabbaruddin itu, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab itu. Sebelum bercakap, terutamanya di Parlimen, dapatkanlah maklumat menyeluruh terlebih dahulu dan bukannya maklumat sepihak sahaja. Setidak-tidaknya berjumpalah dengan Sabbaruddin juga.

Ahmad Maslan juga berkata, Sabbaruddin mengakui bahawa kenyataannya mengenai isu pinjaman Deepak itu telah diputarbelit oleh media alternatif. Sekali lagi Ahmad Maslan keliru. Sabbaruddin tidak pernah menyatakan kenyataannya mengenai pinjaman Deepak diputarbelit, yang beliau kata diputarbelit itu ialah kenyataannya mengenai kemungkinan BN akan kalah dalam pilihanraya akan datang sekiranya tiada sokongan golongan muda dan tiada perubahan dalam kepimpinan Najib.

Hanya ini yang Sabbaruddin kata diputarbelit, bukannya mengenai pinjaman Deepak dan beliau bertegas mengatakan ianya adalah dua isu yang berbeza. Sabbaruddin malah tidak pernah membetulkan kenyataannya mengenai Deepak dan penglibatan Hasan didalam memberi keistimewaan kepada Deepak.

Adakah Ahmad Maslan tahu dan faham pendirian Sabbaruddin itu?

Dalam isu ini, di mana kerajaan nampaknya begitu bersungguh mahu membela tiada unsur rasuah dan tiada campurtangan menteri kabinet, siapakah yang mereka ingin bela? Bank Rakyat yang menjadi naungan ribuan koperasi atau Deepak yang begitu mudah berurusan dengan seorang menteri demi kepentingan peribadinya?

Kenapakah Deepak begitu ingin dipertahankan oleh pemimpin dan pihak berkuasa sekarang? Meski tanpa hujah konkrit, hanya dengan alasan kosong dan siasatan pula tidak pernah dilakukan, Deepak terus cuba dibela dan dipertahankan.

Berbanding peniaga Melayu, usahawan kecil-kecilan dan Sabbaruddin yang cuba mempertahankan Bank Rakyat, sebaliknya Deepak jauh lebih beruntung dan suci di mata para pemimpin kita.

MENTERI "BLUR" BERI KENYATAAN SETARAF JKKK KAMPUNG

Sedap mulut saja menteri mangkuk ni!

Datuk Seri Jamil Khir Baharom mempertahankan insiden melibatkan jabatan agama Islam yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini, dan menegaskan agensi terbabit melaksanakan tanggungjawab yang diberi.

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, tindakan yang diambil oleh jabatan agama atau majlis agama mengikut prosedur yang digariskan kepada mereka.

 "Sebab itu saya katakan elok supaya agensi agama ini diberikan tugas dan tanggungjawab mereka. 

 "Biar mereka laksanakan mengikut SOP (piawaian prosedur) dan prosedur mereka," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Zakat di Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini. Baca sepenuhnya di sini

Sedap mulut saja menteri ni cakap bahawa tindakan yang diambil oleh jabatan agama atau majlis agama mengikut prosedur yang digariskan kepada mereka.

Sudah berapa kali buat tindakan melulu dan bila terbukti telah melakukan kesilapan, minta maaf begitu saja .... alahai...

Apa kejadahnya JAIS serbu rumah tanpa waran, bertindak ganas dan angkuh macam samseng,  pecahkan pintu pagar


Serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos 2011 lalu terhadap premis Persatuan Bible Malaysia (BSM) dan merampas kitab injil mereka adalah tindakan gopoh dan bodoh kerana ia telah mencetuskan ketengangan antara agama di negara ini.

Sepatutnya, sebagai menteri yang dipertanggung jawapkan keatas ajensi hal ehwal Islam, penilaian semula (review) bidang tugas dan bidang kuasa Jabatan/Agensi  dilakukan segera supaya selaras dengan kehendak perundangan dan perlembagaan negara yang memberikan hak kebebasan untuk berugama. Artikel 11(3) (A) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal keagamaan mereka sendiri tanpa campur tangan kumpulan agama lain.

Kalau kita hormati agama orang lain maka orang agama lain juga akan menghormati ugama kita :


 Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yg mrk sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dgn melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kpd mereka apa yg dahulu mereka kerjakan. (6:108)

Kita benar-benar berharap agar JAIS akan bertindak dgn lebih matang dan bijaksana supaya Islam tidak dihina.  Sesungguhnya Allah beserta org2 yg bertakwa & org2 yg berbuat kebaikan. (16:128)

PUTERI UMNO : KAMI PUN NAK MERASA JADI MENTERI JUGAK ...

PUTERI UMNO PULAK NAK JADI MENTERI.... @emysamsudin @ZahidaZarik


Isu mengenai rombakan Kabinet pada akhir minggu ini masih heboh diperkatakan meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menolak spekulasi tersebut.

Menjelang Jumaat ini, macam-macam khabar angin tercetus termasuklah dakwaan kononnya Pergerakan Puteri UMNO melobi jawatan Timbalan Menteri untuk ketuanya,  Mas Ermieyanti Shamsudin.

Lobi melobi itu didakwa berlaku semasa exco-exco Puteri membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri baru-baru ini, sebelum beliau berlepas ke China.

Dalam pertemuan singkat itu, ada exco membuka mulut meminta Perdana Menteri supaya mempertimbangkan jawatan Timbalan Menteri untuk Mas Ermieyanti.

Cadangan Puteri itu didakwa mengejutkan pihak-pihak tertentu yang berada dalam pertemuan berkenaan kerana ia tidak pernah berlaku walaupun bekas-bekas Ketua Puteri sebelum ini dilantik memegang jawatan Menteri dan Timbalan Menteri.

Datuk Seri Azalina Othman Said yang menjadi Ketua Penaja Puteri UMNO pernah menerajui Kementerian Pelancongan dan Kementerian Belia dan Sukan.

Datuk Noraini Ahmad pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia manakala Datuk Rosnah Abd. Rashid Sirlin dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.

MKP minta Mas Ermieyati menjawab segala yang dipersoalkan adakah apa yang diperkatakan ini betul atau sebaliknya. Jika tak mampu menjawab NKP Zahida Zarik boleh menjawab bagi pihak Ketuanya.

DASAR UMNO/BN : JERUNG YANG MAKAN, IKAN BILIS YANG KENA ...

Tindakan kepada penjawat awam hasil daripada audit....ini semua ikan bilis saja..

KUALA LUMPUR - Seramai 20,434 penjawat awam telah dikenakan tindakan tatatertib dan 4,743 daripadanya dibuang kerja sejak 2009 sehingga tahun lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tindakan tatatertib, surcaj atau pertuduhan jenayah di mahkamah akan dikenakan terhadap pegawau sekiranya didapati melakukan salah laku ataupun kecuaian. "Setiap teguran yang dilapor melibatkan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku atau kecuaian pelaksanaan tugas, siasatan perlu dijalankan bagi memperoleh bukti dan keterlibatan pegawai dalam kes-kes yang dilaporkan.

 "Setakat ini, penglibatan salah laku, kecuaian, penyalahgunaan kuasa tidak melibatkan secara khusus terhadap ketua-ketua-ketua jabatan. Ia merupakan salah laku yang berlaku di peringkat pelaksanaan sama ada dalam proses pembayaran, perolehan atau libatkan kehilangan aset di bawah tanggungjawab pegawai berkenaan," katanya ketika menjawab soalan dari Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Wira Mohd Johari Baharom di Dewan Rakyat, hari ini. Beliau meminta Perdana Menteri menyatakan tindakan yang telah diambil kepada ketua-ketua jabatan yang tidak melaksanakan tugas masing-masing terutamanya berkaitan dengan pengurusan kewangan seperti dilaporkan Ketua Audit Negara.



 Menurut Shahidan, pegawai yang bertanggungjawab secara terus menguruskan pemerolehan berkenaan telah disyorkan dikenakan tatatertib kerana gagal mematuhi prosedur yang sedang berkuatkuasa. "Dalam tempoh lima tahun antara 2009 hingga 2013, seramai 20,434 penjawat awam di Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Pihak Berkuasa Tempatan telah dikenakan tindakan. "4,743 dibuang kerja; 125 diturunkan pangkat dan tidak dipertimbang kenaikan pangkat bagi tempoh empat tahun; 963 diturunkan gaji dan tidak dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh tiga tahun dan 2,048 ditangguhkan pergerakan gaji dan tidak akan dipertimbang kenaikan pangkat bagi tempoh lima tahun.

 "3,491 dilucutkan hak emolumen dan tidak akan dipertimbang kenaikan pangkat bagi tempoh 2 tahun; 3,373 dikenakan denda maksimum 7 hari emolumen dan tidak akan dipertimbang kenaikan pangkat bagi tempoh 18 bulan dan 10,531 diberi amaran dan tidak akan dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh setahun," katanya.