PETALING JAYA: Pemimpin lantang PKR, Hassan Abdul Karim mengakui “malu” dengan perjuangan suku abad yang cuba “membawa perubahan hakiki dipanggil reformasi”.
Ahli Parlimen Pasir Gudang itu menerusi sebuah sajak berkata, separuh jiwanya telah mati dan merasa tewas dengan kemenangan tanpa integriti.
Bagaimanapun, beliau terkejut apabila mendapati naratif berbeza baru-baru ini dengan orang tertentu bercakap tentang “realpolitik” dan “Macchiavellian”.
Hassan mengakui dirinya naif selama ini.
“Aku ambil peti kayu di tepi katil tidurku, lalu aku lipat dan kusimpan segala risalah dan teks ucapanku yang menyeru reformasi, reformasi, hampir suku abad, selama ini.
“Kini aku malu pada diri sendiri. Aku malu untuk ucapkan kata-kata keramat itu lagi, separuh jiwaku telah mati. Aku merasa tewas ketika menang tanpa integriti seperti ini,” luahnya.
Pengumuman Jemaah Menteri kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim mengundang kritikan, apabila Pengerusi Barisan Nasional, Ahmad Zahid Hamidi yang masih mempunyai kes berterusan di mahkamah dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
Kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih pula “kecewa” dengan Anwar turut memegang portfolio kewangan dan menyifatkan ia “amalan buruk” yang dimulakan Dr Mahathir Mohamad, diteruskan Abdullah Ahmad Badawi dan “disalahgunakan” Najib Razak dengan memegang dua jawatan penting itu.
No comments:
Post a Comment